Tuesday, November 27, 2012

TIMBALAN KETUA AMK PAHANG UMUM LETAK JAWATAN!



KUANTAN, 27 Nov - Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Aidil Haryman Mat Nor mengumumkan perletakkan jawatan beliau berkuatkuasa serta merta hari ini. Menerusi posting terbaru di laman sembang sosial facebook beliau, Haryman atau lebih dikenali dengan gelaran Alang menyatakan perletakkan jawatan itu berkuatkuasa mulai jam 1.00 pagi ini (27 November).


Tidak diketahui apakah punca beliau berbuat demikian, namun alasan utamanya ialah mahu menumpukan perhatian kepada parlimennya sahaja. Apapun, berdasarkan mesej-mesej panas yang terdapat di wall FB beliau ternyata adanya pergolakan dalaman sayap kanan parti itu di Pahang antara beliau dengan kepimpinan AMK negeri.

"Aku dah letak semua jawatan di dalam AMK Pahang ... Sekarang aku tiada kena mengena lagi bersama AMK Pahang. Fokus aku hanya tempat sendiri, Parlimen Kuantan. Selama ini aku sangkakan, hanya cabang yang bermain politik seperti itu.... tetapi AMK juga dah mula mengikut jejak yang sama...Kalau dulu hanya seorang yang digelar TIMBANA, tetapi sekarang dah ramai yang mahu digelar TIMBANA", kata kenyataan di FB beliau itu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan ringkasnya Ketua AMK Pahang, Ahmad Sani Abd Ghani pula berkata tidak berlaku sebarang masalah antara beliau dengan kepimpinan AMK negeri, jika ada sekali pun beliau akan cuba berbincang untuk cari jalan penyelesaian terbaik. - Pahang Daily Online

PengundiBaharu: PKR menuju kehancuran!

1 comment:

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...