Wednesday, January 2, 2013

MASALAH AIR: KERAJAAN PAKATAN SALAHKAN SYABAS #SAYANGISELANGOR




BERITA PERTAMA:

AMPANG: Kerajaan Selangor enggan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah gangguan bekalan air yang melanda di beberapa kawasan di negeri itu sejak seminggu lalu.

Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad sebaliknya berkata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) merupakan entiti yang harus dipersalahkan kerana gagal untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi. - Selanjutnya...

BERITA KEDUA: 

SHAH ALAM: Dalam situasi penduduk berhadapan dengan masalah gangguan bekalan air, kerajaan Selangor terus menuding jari kearah kerajaan pusat mendakwa ianya berpunca daripada sikap sengaja melambat-lambatkan proses penstrukturan semula air di negeri itu.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin dalam satu kenyataan hari ini berkata, gangguan air di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan sejak seminggu lalu ekoran projek penswastaan industri air yang tidak dilakukan secara berhemah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Selangor terdahulu. - Selanjutnya...

PengundiBaharu: Bila sudah jadi kerajaan, sepatutnya mereka patut berfikir bagaimana cara untuk selesaikan masalah rakyat, bukannya suka suka tuding jari pada orang lain... Inilah jadinya bila pilih mereka yang berjiwa pembangkang menjadi kerajaan.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...