TR1MA: Nizar kata Najib Rasuah Pemandu Teksi
Terkini;
7 JANJI NAJIB UNTUK KELANTAN: NIK AZIZ KATA RASUAH JUGAK!
Berikut adalah laporan KL-TODAY.COM
Barisan Nasional (BN) sewajarnya melaksanakan tujuh projek mega di Kelantan, yang diumumkan dua hari lalu, awal-awal lagi dan bukannya hanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana ia menunjukkan kerajaan pusat tidak ikhlas. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mengadakan tujuh projek mega di negeri itu, yang diumumkan ketika kunjungannya Ahad lalu, umpama rasuah bagi memancing undi rakyat.
“Kalau betul-betul nak buat kena buat sekarang kerana ia sudah menjadi tanggungjawab mereka (pusat) untuk menyalurkan duit untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
“Jika mereka laksanakan sekarang ia langsung tidak memberi apa-apa tekanan atau menggugat sokongan rakyat kepada Pas kerana rakyat sudah tahu pelaksanaannya adalah untuk kebaikan bersama.
Nik Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hari Air Kelantan di Pasar Kok Lanas di sini pagi tadi.
Sebelum itu bagi Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Mohd Ramli berkata, Najib tidak perlu berjanji untuk memajukan Kelantan kerana kesemua janji tersebut kerajaan negeri sudah terlaksanakan.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, segala janji sedemikian bukanlah perkara baru malah ia hanya janji kosong menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
Menurutnya, sepatutnya, kehadiran perdana menteri itu bukan lagi menambah janji sebaliknya melunaskan banyak perkara tertunggak untuk negeri berkenaan. - KL-TODAY.
Cuba tanya Nik Aziz kenapa dia sorok perkara ini:
Cuba tanya Nik Aziz Buku Jingga Pakatan Haram tu adakah Umpama rasuah bagi memancing undi rakyat?
Cuba tanya Nik Aziz yang ini rasuah atau sedekah?
JANJI DICAPATI KERAJAAN PAS KELANTAN:
PengundiBaharu: Usah tertipu lagi. TUKAR!
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.