Barisan Nasional (BN) sewajarnya melaksanakan tujuh projek mega di Kelantan, yang diumumkan dua hari lalu, awal-awal lagi dan bukannya hanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana ia menunjukkan kerajaan pusat tidak ikhlas. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mengadakan tujuh projek mega di negeri itu, yang diumumkan ketika kunjungannya Ahad lalu, umpama rasuah bagi memancing undi rakyat.
“Kalau betul-betul nak buat kena buat sekarang kerana ia sudah menjadi tanggungjawab mereka (pusat) untuk menyalurkan duit untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
“Jika mereka laksanakan sekarang ia langsung tidak memberi apa-apa tekanan atau menggugat sokongan rakyat kepada Pas kerana rakyat sudah tahu pelaksanaannya adalah untuk kebaikan bersama.
Nik Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hari Air Kelantan di Pasar Kok Lanas di sini pagi tadi.
Sebelum itu bagi Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Mohd Ramli berkata, Najib tidak perlu berjanji untuk memajukan Kelantan kerana kesemua janji tersebut kerajaan negeri sudah terlaksanakan.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, segala janji sedemikian bukanlah perkara baru malah ia hanya janji kosong menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
Menurutnya, sepatutnya, kehadiran perdana menteri itu bukan lagi menambah janji sebaliknya melunaskan banyak perkara tertunggak untuk negeri berkenaan. - KL-TODAY.
Cuba tanya Nik Aziz kenapa dia sorok perkara ini:
Cuba tanya Nik Aziz Buku Jingga Pakatan Haram tu adakah Umpama rasuah bagi memancing undi rakyat?
PETALING JAYA: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa, pemimpin PAS telah membocorkan rahsia pemberian tanah seluas 10,526 ekar di Gua Musang Kelantan.
Ngeh dilaporkan sebagai berkata, beliau hairan bagaimana dokumen tersebut boleh bocor sedangkan itu adalah maklumat sulit antara mereka dan pemimpin PAS.
Beliau, bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada benar atau tidak beliau merupakan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian tanah bernilai lebih RM30 juta.
Ngeh memberi alasan surat SSM yang didedahkan sebuah blog kelmarin merupakan dokumen yang menjadi rahsia antara beliau sebagai peguam dengan anak guamnya.
”Kerana saya peguamnya. Di bawah undang-undang, ada benda yang menjadi rahsia yang tidak boleh didedahkan. Ia untuk melindungi anak guam,” katanya ketika ditemui pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagaimana dilaporkan blog www.pengundisetiasungairapat.blogspot.com.
Sementara itu, Exco kerajaan negeri Perak, Datuk Hamidah Osman mendakwa Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausahanya, Datuk Nga Kor Ming merupakan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian tanah bernilai lebih RM30 juta di Kelantan.
Hamidah berkata, pencarian beliau di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati dua pemimpin kanan DAP negeri itu merupakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.
”Saya sudah buat pencarian di SSM pada Isnin lalu dan saya mendapati Koo Ham dan Kor Ming merupakan antara enam ahli lembaga pengarah di syarikat tersebut.
”Jika tidak ada kena mengena, mereka perlu berani menafikan jika mereka bukan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. itu.
“Dan jika mereka ada kepentingan di syarikat itu, mereka perlu dedahkan berapa kos yang dibayar untuk membeli tanah tersebut,” katanya yang juga Adun Sungai Rapat.
Dalam satu entrinya kelmarin, blog pisau.net mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar atau 10,526 ekar di Gua Musang, Kelantan kepada Ngeh yang juga Adun Sitiawan dan Adun Pantai Remis, Nga.
Sementara itu, sebuah NGO iaitu Barisan Bersatu Nambikei (BBN) membuat laporan polis ke atas Nik Aziz berhubung dakwaan rasuah tersebut.
Presidennya, B. Kalai Vanar mendakwa Nik Aziz telah memberi tanah seluas 4, 259 hektar di Gua Musang, Kelantan untuk membolehkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jalamuddin sebagai menteri besar Perak pada 2008.
Katanya, ini kerana DAP yang menang majoriti kerusi negeri di Perak. - AntaraPos.
PengundiBaharu: Cai kata sebab UMNO lah Tanah rezab Melayu makin sikit. Kehkehkeh!
LAHAD DATU 17 Feb. - Perdana Menteri berkata, Sabah kini bukan lagi negeri termiskin di Malaysia, sebaliknya ia berada pada kedudukan pertengahan antara kaya dan termiskin, jauh mengatasi Kelantan yang tercorot.
Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, berdasarkan situasi semasa, ditambah dengan pelbagai perancangan jitu kerajaan Barisan Nasional (BN) dan semua agensi, Sabah amat berpotensi untuk melonjak menjadi antara negeri terkaya di Malaysia.
"Saya ingin beri soalan teka-teki kepada anda semua, negeri manakah yang paling miskin," sambil dijawab serentak oleh orang ramai: "Kelantan."
Najib mengiyakan jawapan itu dengan mengatakan kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan Pas Kelantan.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta pemimpin setempat.
Hampir 10,000 penduduk setempat menghadiri majlis perasmian itu. Perdana Menteri turut menunaikan sembahyang Jumaat bersama penduduk di Masjid Projek Mesej Kampung Nala yang kali pertama digunakan.
Tambah Najib, semasa Sabah mencapai kemerdekaan pada 1963, taraf kehidupan rakyatnya amat daif dengan lebih 70 peratus daripadanya dibelenggu kemiskinan.
"Nala dalam bahasa Tamil bermaksud besar, jadi BN beri jaminan akan meneruskan agenda transformasi 'nala' kepada Sabah dan penduduknya," katanya.
Jelas Najib, setiap tahun Felda menyalurkan bantuan sebanyak RM50 juta kepada kerajaan negeri, selain daripada sumbangan RM22 juta untuk projek Mesej ini.
Malah, kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga pada tahun ini telah menyalurkan pelbagai kemudahan dan projek pembangunan kepada negeri ini.
"Antaranya sebanyak 15,455 buah rumah mendapat sambungan bekalan elektrik, 68,092 rumah (bekalan air bersih) dan lebih 458,000 kilometer jalan," katanya.
SHAH ALAM, 9 FEB : Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menafikan dakwaan Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) Pulau Pinang, Tan Tee Beng bahawa Datuk Zaid Ibrahim ditawarkan untuk bertanding atas tiket Pas di Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.
"Saya tidak ada dengar ada tawaran dan tidak tahu menahu ada tawaran...saya tidak ulas atas andaian. Itu kena tanya pihak pengurusan parti Kita, saya tidak boleh campur tangan, katanya kepada Antarapos.com.
Semalam, Tee Beng mendakwa Mat Sabu menawarkan Zaid tiket Pas untuk bertanding kerusi Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.
Menurut beliau, susulan tawaran itu juga Zaid berhasrat untuk membubarkan Kita yang diterajuinya lebih setahun lalu.
“Zaid ada agenda peribadi untuk menutup Kita yang mana disebabkan tawaran itu, Zaid mahu membubarkan parti supaya dapat bertanding lebih bebas di bawah Pas selain mengelak imej buruk sekiranya beliau keluar Kita nanti. Perkara ini sedang hangat diperkatakan di kalangan pemimpin dan ahli Kita sejak Jumaat lalu,” kata Tee Beng semalam.
Selasa lalu, Tee Beng dan Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim dipecat berkuatkuasa serta-merta kerana didakwa membuat kenyataan yang menjejaskan parti itu.
Terdahulu, Zaid mengumumkan akan membubarkan Kita menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang bakal diadakan tidak lama lagi. Pembubaran itu dianggapnya wajar bagi menghapuskan keraguan bahawa Kita tidak memihak kepada pembangkang.
Komen PengundiBaharu: Dah lah mengkhianati perjuangan UMNO. Masuk PKR, rakyat Hulu Selangor tak mahu dia, merajuk, keluar PKR... Tubuh Parti KITA 'sekular', konon tak menyebelahi Pakatan Rakyat, yang ahli dia ramai-ramai pindah ke PKR tu apa kes?! Dalam Parti KITA pun orang lawan dia. Masuk jelah PAS tuh, lawan dengan UMNO kat Kota Bahru PRU13 nih, nak tengok juga Zaid masih diperlukan atau tidak!. Bukan Takat Zaid yang saman Hudud Kelantan dulu PAS boleh terima, Syiah Sesat pun mereka boleh terima. Betul tak Mat Sabu...?
Berikut adalah intipati Khutbah Nik Aziz yang disampaikan pada 21 March 2008 di Masjid Yayasan Albukhari, Alor Setar, Kedah:
"...Istiadat menyambut Maulud baru timbul lepas pada 300 tahun atau 400 tahun lepas Nabi kita wafat, zaman Nabi tidak ada Maulud, zaman sahabat tidak ada maulud, zaman Tabiin tidak ada Maulud, kita buat Maulid ni pertamanya kerana kita nak bertanding dengan orang kristian…"
"Kristian setiap 25 Disember mereka mengadakan Cristmas sambut hari lahir Nabi Isa."
"Betulke? ada manfaat buat maulud, atau ada benda lain yang lebih manfaat......"
DALAM NIK AZIZ CAKAP ISTIADAT SAMBUTAN MAULID NABI TUH ADALAH SEBAB NAK BERTANDING DENGAN ORANG KRISTIAN... NIK AZIZ POTONG KEK HARI JADI OK LAGI...
MALAM SEMALAM (SABTU, 4 FEB 2012) BERSAMA SULTAN KELANTAN DAN TOK PA... NIK AZIZ BUAT APA? NAK BERTANDING DENGAN ORANG KRISTIAN KE...?
Berikut adalah intipati Khutbah Nik Aziz yang disampaikan pada 21 March 2008 di Masjid Yayasan Albukhari, Alor Setar, Kedah:
"...Istiadat menyambut Maulud baru timbul lepas pada 300 tahun atau 400 tahun lepas Nabi kita wafat, zaman Nabi tidak ada Maulud, zaman sahabat tidak ada maulud, zaman Tabiin tidak ada Maulud, kita buat Maulid ni pertamanya kerana kita nak bertanding dengan orang kristian…"
"Kristian setiap 25 Disember mereka mengadakan Cristmas sambut hari lahir Nabi Isa."
"Betulke? ada manfaat buat maulud, atau ada benda lain yang lebih manfaat......"
DALAM NIK AZIZ CAKAP ISTIADAT SAMBUTAN MAULID NABI TUH ADALAH SEBAB NAK BERTANDING DENGAN ORANG KRISTIAN... NIK AZIZ POTONG KEK HARI JADI OK LAGI...
MALAM SEMALAM (SABTU, 4 FEB 2012) BERSAMA SULTAN KELANTAN DAN TOK PA... NIK AZIZ BUAT APA? NAK BERTANDING DENGAN ORANG KRISTIAN KE...?
Jangan fitnah la!
E-COLI Mana ada, COLI WANITA ada la...
Ini Semua kerja UMNO nieh!
Salah UMNO buang COLI merata-rata!!!
TANAH MERAH 23 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji masalah air yang melanda Kelantan akan diselesaikan segera sekiranya rakyat negeri ini memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah pada pilihan raya umum akan datang.
Muhyiddin berkata, nasib rakyat Kelantan hanya akan terbela jika mereka menyokong BN memandangkan kerajaan Pas Kelantan sudah terbukti gagal menjaga kebajikan rakyat meskipun telah memerintah selama 21 tahun di negeri ini.
Beliau berkata, bekalan air bersih yang diterima sebahagian rakyat Kelantan hari ini pun merupakan ihsan dan usaha yang dilakukan BN ketika memerintah Kelantan suatu ketika dulu.
"BN memberi jaminan masalah air ini akan diselesaikan segera. Kita jamin masalah rakyat adalah keutamaan dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
"Pas tidak dapat memberikan apa-apa walaupun ini adalah perkara asas tetapi mereka gagal sampaikan anak-anak kita yang sedang membesar terpaksa menggunakan air kotor," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Rakyat Parlimen Tanah Merah di Sekolah Kebangsaan Gual Ipoh di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan bantuan sebanyak RM1.4 juta untuk menyiapkan masjid di Kampung Belimbing.
Terdahulu ketika berucap, Ikmal turut memohon peruntukkan sebanyak RM4 juta daripada Kerajaan Pusat untuk untuk projek-projek kecil di daerah ini termasuk bekalan air bersih dan baik pulih masjid yang dapat memberi keselesaan kepada lebih 100,000 rakyat Tanah Merah.
Jelas beliau, rakyat Tanah Merah telah berjanji akan memberi sokongan padu kepada BN kerana kesedaran yang timbul bahawa nasib mereka hanya boleh dibela oleh kepimpinan BN.
"Banyak masjid dan surau di Tanah Merah yang teruk dan daif yang memerlukan perhatian kepemimpinan Pas tetapi langsung tidak diendahkan," ujarnya.