Thursday, February 14, 2013

SIAPA YANG MAKI HAMUN HARUN DIN PERTAHAN KALIMAH ALLAH?! #BNPRU13


Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sekali lagi menyuarakan tentangannya terhadap cadangan rakan komponen DAP untuk menterjemah perkataan 'God' kepada kalimah Allah dalam kitab Bible Kristian di Semenanjung.

Ini merupakan penegasan kali kedua dibuat oleh Haron selepas Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan ketetapan melarang kalimah Allah diterjemah pada 13 Januari lalu.  

Dalam ceramahnya di sebuah masjid di Taiping baru-baru ini, Haron berkata beliau menerima ugutan dan maki hamun daripada pihak-pihak tertentu bersabit pendiriannya yang menentang sikap ambil mudah sesetengah umat Islam mempertahankan kalimah Allah. 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan bahawa Pakatan Rakyat berpegang kepada konsensus yang membenarkan orang Kristian menterjemah kalimah Allah asalkan ia tidak disalahgunakan.

Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan veteran DAP Lim Kit Siang dan Anwar seminggu sebelum Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan menyanggah pendirian Pakatan Rakyat.

"Ada kesannya kepada masyarakat? Umat Islam masih ada yang menyokong. Saya bertegas sikit, hantar SMS maki saya...tidak mengapa. Tapi macam mana kita boleh terima? Apa tujuannya orang Kristian dan terjemah God kepada Allah?

"Dulu masa tahun 2008, bila timbul isu ini saya panggil wartawan semua datang...saya bawa Bible dan Al-Quran pada ketika itu, saya tidak akan setuju kerana Allah yang orang Islam sembah, (adalah) Allah yang selama-lamanya.

Haron berkata belum pun kalimah Allah diterjemah dalam Bible, banyak kes murtad telah dicatatkan di negara ini.

Beliau mendakwa terdapat sesetengah pihak yang tidak berfikir panjang yang hanya ingin memenuhi tuntutan politik semata-mata.

"Kalau kita benar dan kita redha Allah diletakkan kepada God, bermakna kita rela Allah itu disyirikkan oleh manusia. Sebab itu saya mengambil kesempatan untuk menyeru sekali lagi, saya akan mempertahankan kalimah ini sehingga akhir hayat saya. Saya tidak redha Allah dikufurkan," tegas beliau. - AntaraPos

Sila lihat video rakaman dibawah ini:


PengundiBaharu: Apa lagi, tolak Pakatan undi BN!

1 comment:

  1. Haron Din, tahniah kerana mempertahankan kalimah Allah. Tapi selagi anda berada didalam pas dimana pas wa'la dan to'at pada dap yg.berusaha mengadai kalimah dan berganding dengan P Gay R yg.menyatakan agama semua adalah sama,,,apakah status anda pada masa itu?

    BUBAR PAS dan kembalilah bersatu dalam satu ukhuwah bersama Umno !!! itu cara yg.paling bijak menentang agenda penentang islam.

    gen2felda
    CERAMAH UMUM DATO DR.HASAN ALI
    Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor
    TMN.SRI LAMBAK (T6),KLUANG,JOHOR

    15/2/2013 JUMAAT 9.00 MALAM.
    SEMUA DIJEMPUT HADIR

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...