Monday, February 25, 2013

SOKONG NIK AZIZ DAN HADI KELUAR FATWA BRIM "HARAM SYARIE"! #BNPRU13




MUAR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada berani mengeluarkan fatwa mengharamkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut mencabar pemimpin tertinggi PAS itu mengeluarkan satu lagi fatwa bahawa mereka yang menerima BR1M juga haram.

"Jika mereka tidak haramkan ini bermakna apa yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah kerja amal dan untuk membantu rakyat supaya lebih sejahtera, bahagia, dan boleh gunakan bantuan itu untuk menguruskan keperluan keluarga mereka," katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini meneruskan serangannya terhadap Barisan Nasional (BN) apabila menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mirip habuan yang diberikan oleh Firaun kepada orang Mesir.

Beliau berkata dana BR1M yang diberikan adalah hak rakyat justeru kerajaan BN tidak berhak untuk menuntut nama melalui pemberian itu.

"Cerita BR1M ini bukan cerita baru, Firaun pernah bagi BR1M. Kekayaan digunakan untuk menyesatkan rakyat. Firaun berucap, 'aku sebagai raja di Mesir, air sungai yang mengalir ke kampung, ini adalah projek aku'.

"BR1M adalah hak rakyat, bukan duit BN," kata beliau ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di sini, hari ini.

Beliau dalam ucapannya pada sebuah majlis sambutan Tahun Baru Cina di Alor Setar baru-baru ini juga mendakwa program bantuan tunai BR1M yang dilaksanakan kerajaan bertujuan untuk memancing undi selain menyifatkan penerima bantuan tersebut sebagai bodoh.

Kenyataan Hadi itu disifatkan sebagai senada dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang membayangkan pemberian BR1M umpama memberi makanan kepada haiwan. - AntaraPos


PengundiBaharu: Rakyat secara keseluruhannya termasuk pencacai PAS di hina oleh Ulamak Politik...!

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...