Friday, April 12, 2013

PAS DAN PKR REBUT KERUSI BERA. ITU BELUM BAGI PERINTAH NEGARA! #PRU13




SIDANG MEDIA JENTERA PILIHAN RAYA PAS PARLIMEN BERA BANTAH KERUSI PARLIMEN BERA DITANDINGI OLEH PKR.

Jentera Pilihan Raya PAS Bera dan seluruh Unit Peti Undi (UPU) di Parlimen Bera merangkumi Dun Kemayan, Guai dan Triang ingin menyatakan bantahan terhadap tindakan PKR meletakkan calonnya bertanding di Parlimen Bera berdasarkan pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 April 2013 di Kuantan.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengumumkan bahawa Parlimen Bera akan ditandingi oleh PAS. Kenyataan tersebut telah disiarkan oleh Harakahdaily pada 6 April 2013.

Parlimen Bera adalah sebuah parlimen “target” yang ditetapkan oleh PAS Pusat untuk dimenangi pada PRU 13 nanti.

Sebaik sahaja selesai PRU 12 pada tahun 2008, Jentera Pilihan Raya PAS Bera dan seluruh UPU telah memberi tumpuan sepenuhnya kepada gerakkerja memenangkan PAS di Parlimen ini sebagaimana yang diamanahkan oleh kepimpinan.

Kerusi Parlimen Bera sememangnya kerusi PAS dan tidak pernah dimasukkan ke dalam mana-mana rundingan pertukaran kerusi dengan PKR atau DAP sejak tahun 2008.

Kerusi ini juga tidak mengalami pertindihan tuntutan antara PAS dan PKR.

Pimpinan PKR Cabang juga secara konsisten menyatakan di hadapan umum bahawa PAS akan bertanding di Parlimen Bera manakala PKR kekal di Dun Kemayan.

Justeru tindakan PKR merampas kerusi Parlimen Bera melalui pengumuman Timbalan Presidennya, Azmin Ali pada 3 April 2013 adalah permulaan kepada kemelut bantahan yang berlaku di Parlimen Bera ketika ini.

Alasan bantahan akar umbi PKR di Temerloh setelah kerusi Parlimen tersebut diumumkan ditandingi oleh PAS tidak mewajarkan Parlimen Bera dijadikan “kambing hitam” untuk menebus kekecewaan segelintir pemimpin dan penyokong PKR. Perlu diingatkan bahawa, seluruh jentera pilihan raya PAS Bera tidak terlibat dengan pertikaian tersebut dan tidak sepatutnya pertikaian tersebut dipanjangkan ke Parlimen Bera yang tidak ada kena mengena dengannya.

Kami ingin menegaskan bahawa jentera pilihan raya PAS Bera merasa kesal, dukacita dan dikhianati apabila PKR mengumumkan bertanding di Parlimen Bera.

Tindakan ini dianggap membelakangkan persetujuan bersama sebelum ini untuk mengekal agihan kerusi di Bera berdasarkan formula 2008.

Tindakan ini juga dianggap satu pengkhianatan kepada seluruh jentera pilihan raya PAS Bera dan UPU-UPU di bawahnya yang telah memberi tumpuan sepenuhnya kepada Parlimen Bera selama ini bersesuaian dengan arahan kepimpinan.

Berbeza dengan PKR, mereka hanya giat di sebahagian tempat di Dun Kemayan dan sebahagian besar aktivitinya menumpang jentera dan program jentera pilihan raya PAS Bera.

Akibat dari tiadanya rundingan yang mendalam, mengakibatkan PAS “hilang” kerusi Parlimen Bera dalam keadaan ahli dan jentera PAS yang ramai sedangkan PKR Cabang Bera yang kurang ahli dan jenteranya, namun telah Berjaya memperolehi dua kerusi (1 Parlimen, 1 Dun) untuk ditandingi.

Berdasarkan maklumat yang diterima dan tinjauan yang dibuat, kami percaya tindakan PKR merampas kerusi Parlimen Bera dari PAS telah menimbulkan keresahan dan bantahan dari kalangan pengundi, penyokong, ahli dan jentera parti dari seluruh peringkat.

Kami merayu agar kepimpinan PAS Pahang dan PAS Pusat mempertimbangkan bantahan kami ini dan meletakkan calon dari PAS bertanding di sini.

Pada pandangan kami, calon yang paling layak untuk mewakili Pakatan Rakyat di Parlimen Bera adalah Pesuruhjaya PAS Pahang sendiri, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, atau mana-mana calon dari PAS yang difikirkan layak dan boleh menang oleh pimpinan tertinggi parti.

Kami menuntut PKR menarik diri dari bertanding di Parlimen Bera, dan kerusi ini diserahkan semula kepada PAS.


Kami protes tindakan PKR merampas kerusi Parlimen Bera dari PAS.

Sekian.


Mohd Shahrul Mohamed
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantah PKR Rampas Kerusi Parlimen Bera.
&

Ketua-ketua UPU seluruh Parlimen Bera dan seluruh ahli Jentera Pilihan Raya PAS Bera.









PILIHAN TEPAT!

PILIHLAH BARISAN NASIONAL...



1 comment:

  1. dan satu lagi kemungkinan pas hilang telur ialah di dun padang tengku, dalam parlimen lipis. calon yg bertanding ialah calon pas, lambang yg digunakan ialah lambang pkr....paling bodoh dan mengarut!!!

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...