KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini mengarahkan kerajaan negeri Selangor tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen.
“Maka sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa singkat kemungkinan besar negeri Pakatan tidak akan turut serta terutamanya Selangor sementara negeri-negeri lain masih membincangkan tetapi di DUN Selangor kami mencadangkan kami mahu menunggu sehingga daftar pemilih itu benar-benar bersih,"katanya.
Spekulasi bertiup kencang Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Tetapi pada masa yang sama, pembangkang yang bekerjasama dengan penganjur BERSIH 3.0 merancang mahu mengadakan himpunan besar-besaran di Dataran Merdeka pada 28 April ini.
Bantahan itu kononnya bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil sedangkan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Mengenai Proses Pilihan Raya yang turut dianggotai oleh pembangkang telah meluluskan syor dan cadangan yang dikemukakan mereka.
Walau bagaimanapun, Anwar dan Pakatan Rakyat terus mempertikaikan usasa itu termasuk peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“SPR umpamanya berbincang dan teliti dengan semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di Selangor agar memastikan tidak ada penipuan dalam pilihan raya.Ini kerana di peringkat persekutuan kita tidak upaya dan saya percaya kita akan dipanggil dalam masa yang singkat,” katanya.
Anwar selain itu mendakwa terdapat kira-kira hampir setengah juta penambahan undi yang diragui kini masih tidak diperjelaskan oleh SPR.
“Sehingga Disember 2011, di Selangor sahaja ada pertambahan hampir setengah juta pengundi baru,” katanya.
Pakatan pembangkang yang merangkumi Parti Keadilan Rakyat-DAP-Pas membentuk kerajaan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan selepas pilihan raya umum 2008.
Pada 17 November lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.
Sementara itu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pusat bagi menjimatkan peruntukan kewangan dan tenaga kerja.
Manakala Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak semasa sidang medianya selepas pelantikan semula dua Exconya baru-baru berkata, beliau menyerahkan keputusan membubarkan DUN kepada kepimpinan Pas-Pusat. - AntaraPos
PengundiBaharu: Lantak kau lah Anwar. TIBAI!
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.