Ia berikutan kuasa menyelenggara masalah banjir adalah dibawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang merupakan jabatan persekutuan dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Oleh itu kataya, kerajaan persekutuan harus menyediakan dana dan peruntukan bagi menyelesaikan masalah tersebut dan bukannya menunding jari kepada Pakatan Rakyat Selangor.
Menurut beliau, peruntukan untuk JPS di Selangor telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) manakala Kerajaan Negeri hanya bertanggungjawab kepada pembayaran gaji pegawai dan kakitangan JPS yang bekerja di negeri ini.
"Ini bermakna semua urusan pembangunan dan pengurusan sungai adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat termasuk kerja-kerja tebatan banjir," dakwanya.
Menurut beliau, kerajaan Negeri Selangor sudah berbincang dengan JPS dan dimaklumkan JPS telah memohon RM1 billion daripada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah banjir ini termasuk menjalankan kerja-kerja pengurusan, pembersihan dan penyelenggaraan sungai.
Justeru, masalah banjir perlu diatasi secara holistik oleh Kerajaan Pusat dan mana-mana kerajaan negeri, kata Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu.
Walaubagaimanapun, kata Exco kerajaan tempatan itu, menyedari masalah banjir adalah besar maka Kerajaan Negeri Sejak 2008, telah menguatkuasakan peraturan bahawa sebarang projek pembangunan perlu dibuat mengikut kejadian dataran banjir 50 tahun.
Beliau juga membidas Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno selangor, Datuk Seri Noh Omar yang kononnya mempolitikkan isu tersebut dan tidak mengemukakan sebarang penyelesaian. - AntaraPos
PengundiBaharu: Bodohnya Exco Kerajaan Pakatan nih. Nak bantu rakyat pun berkira dan komferm2 memilih!!!
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.