SHAH ALAM: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menggesa kerajaan negeri Selangor memansuhkan sekaligus cukai pintu rumah kos rendah dan bukannya sekadar memberikan diskaun.
Pengerusinya, Hamizun Khairuddin berkata tindakan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memberikan diskaun 20 hingga 25 peratus kepada pemilik pangsapuri terpilih membuktikan tiada keadilan ekonomi diberikan kepada rakyat di negeri itu.
“GAPS hendak menggesa supaya cukai pintu rumah kos rendah ini dihapuskan sama sekali di Selangor.
“Tambahan hutang yang kerajaan negeri kepada pemilik-pemilik pangsapuri kos rendah ini lebih tinggi dengan diskaun yang diberikan dalam hal peratus cukai pintu ini,” katanya.
Semalam pemilik pangsapuri kos rendah di negeri itu kononnya dikatakan boleh menarik nafas lega apabila kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan diskaun cukai pintu tersebut.
Khalid berkata ganjaran tersebut diberikan sebagai ‘hadiah’ kepada rakyat memandangkan kerajaan negeri dapat mengurangkan kos pengendalian, pelupusan dan pengumpulan sampah hampir RM 100juta.
Bagaimanapun apa yang mencuitkan hati, dalam usaha kerajaan Selangor di bawah pimpinan PR menguwar-uwarkan pembahagian hasil ekonomi secara rata kepada rakyat di negeri itu, kini dilihat indah khabar dari rupa.
Ini memandangkan PR dalam manifestonya sebelum ini akan mengurangkan cukai pintu ‘rumah kediaman’ sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersial sebanyak 10 peratus.
Bagaimanapun Khalid semalam menegaskan diskaun tersebut hanya boleh dinikmati pemilik pangsapuri kos rendah yang menetap di situ.
Khalid kemudian menambah bagi individu yang menyewakan kediaman tersebut kepada penghuni lain akan dikenakan cukai pintu seperti biasa.
Justeru Hamizun menyelar tindakan tidak wajar yang diumumkan oleh Khalid semalam.
“Dia harus memberikan kedudukan ekonomi kepada seluruh rakyat Selangor dan tidak mendiskriminasikan kepada beberapa golongan sahaja,” katanya lagi. - AntaraPos
PengundiBaharu: Terpilih...?
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.