Tuesday, June 5, 2012

TAK ADA CAN NAK SALAHKAN UMNO, AKHIRNYA PAKATAN SALAHKAN PENAJA...


KETUA Penerangan PKR Pulau Pinang, Johari Kassim berkata, beliau sendiri menghentikan tarian ala K-Pop dalam Bertam Nite baru-baru ini.

Menurut beliau, PKR selaku penganjur hanya bersetuju dengan tarian tradisional dari tiga bangsa - Melayu, Cina dan India - sebagaimana yang ditawarkan oleh penaja, Public Pavilion Holdings Sdn Bhd.

Tambah beliau, tarian 'K-Pop' yang ditaja oleh pihak bukan Islam itu adalah di luar kawalan penganjur serta tidak wajar dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

"Saya sendiri tampil menghentikan tarian itu. Saya kemudiannya memohon maaf kepada semua yang hadir atas insiden yang di luar pengetahuan penganjur.


Orang PAS nih bertanya...


"Penganjur (PKR) asalnya ditawarkan tiga tarian (kebudayaan) bangsa sahaja, bukan tarian itu," ujar beliau semasa dihubungi  PenangInsight.com  malam tadi.

Difahamkan, tarian tradisional Melayu, Cina dan India dipersembahkan pada malam berkenaan.

Tetapi, tarian ala K-Pop yang dipersembahkan kemudian telah mengejutkan hadirin yang hadir, termasuk Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Abdul Halim Hamid (pemimpin PAS Kawasan Bertam).

Justeru, Johari berkata satu sidang akhbar lanjut akan diadakan di Pejabat PKR Cabang Bertam pada jam 5 petang esok.

"Penaja sendiri akan memberi penjelasan esok, diharapkan pihak penaja juga akan memohon maaf atas apa yang berlaku," ujar beliau.

1 comment:

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...