SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digesa menilai kembali skim yang diperkenalkan oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin bersabit pemberian saguhati RM50 kepada semua kaum ibu di Malaysia.
Zuraida sebelum ini menyatakan untuk memberi saguhati RM50 kepada semua kaum ibu di negara ini jika berjaya memerintah negara namun dibantah Khalid.
Beliau kemudiannya menyifatkan Abdul Khalid sebagai seorang ahli poltik yang tidak mengikuti pergerakan parti dan tidak memahami manifesto yang sudah dipersetujui bersama.
Katanya lagi, Abdul Khalid 'terlalu sibuk' menguruskan kerajaan negeri sehingga mengabaikan kerja-kerja di peringkat parti.
"Mungkin MB tidak mengikuti pergerakan parti. Dia tidak.. kurang maklumat tentang pergolakan di peringkat parti. Jadi, dia juga kena faham, mereka yang bertanggungjawab mengeluarkan manifesto ini telah membuat kerja mereka untuk membuat perkiraan dan sebagainya.
"Jadi mungkin MB sibuk dengan kerja di peringkat Selangor dan dia tidak tengok ada kerja-kerja lain diperingkat parti," katanya.
Tardahulu Pakatan Rakyat menaruh satu lagi janji kepada rakyat dengan memberi jaminan akan memberikan saguhati RM50 itu kepada semua kaum ibu jika pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan pusat nanti.
Sumbangan itu dikatakan bagi meringankan beban kaum ibu.
Khalid bagaimanapun menyatakan kerajaan tidak akan menjana pendapatan sekiranya mengambil pendekatan dengan hanya memberi bantuan tanpa mementingkan produktiviti. - AntaraPos
PengundiBaharu: Selamatkan Selangor dan Malaysia daripada Pakatan Haram!
cik zue ooi.... jangan lu ingat RM50 tu besa' sangat yea. Sekali pegi mini market atau pasar malam 50 tu habis, malahan tak cukup.
ReplyDeleteLu dapat projek sana sini peduli apa, 50 pun ibaratkan 50 sen pada lu. RM50 itupun bukannya lu punya duit kann.
Sorilah, gue dapat lebih dari itu dengan menjaga anak2 kecil.
Bantuan dari PKR ni bahaya, tidak ikhlas langsung. Ini bantuan nak dapatkan undi. Nothing more than that.