Tuesday, June 26, 2012

"TEMA MERDEKA 'JANJI DITEPATI' TIDAK BERERTI" - RAFIZI RAMLI




SHAH ALAM: PKR mendakwa program "Jelajah Janji Ditepati" bertemakan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun melanggar etika sebuah kerajaan.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan mengadakan program tersebut pada hari kemerdekaan semata-mata untuk meraih undi.

"Bila BN menggunakan hari kemerdekaan sebagai tema kempen pilihan raya, itu sudah melanggar etika," katanya ketika diminta mengulas.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan menangkis pandangan Rafizi sekaligus menyifatkan modal yang digunakan pemimpin pembangkang itu sebagai imaginasi liar.


Rahman berkata, Pakatan Rakyat tidak seharusnya mengaitkan program JJD dengan usaha BN untuk meraih undi.

"Janji Detepati itu bukan semestinya ada kaitan dengan BN, mungkin ia sebagai satu slogan daripada rakyat yang mengatakan janji mesti ditepati, tidak semstinya ada kaitan dengan mengundi,"

Sambutan Hari Kemerdekaan bertemakan "Janji Ditepati" akan diadakan di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 31 Ogos nanti.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sambutan kali ini dijangka akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai. - AntaraPos

PengundiBaharu: Rafizi tahu Pakatan Rakyat kuat bohong dan tidak menepati janji!

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...