Thursday, January 3, 2013

MASALAH AIR DI SELANGOR: KEROSAKAN RUMAH PAM SELESAI DIPERBAIKI #SAYANGISELANGOR




KUALA LUMPUR 3 Jan. - Kerosakan di dua rumah pam yang menjadi punca krisis air di ibu negara sejak 29 Dis lepas selesai diperbaiki bagi membolehkan ia beroperasi semula, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya secara berperingkat ke semua kawasan terbabit dalam tempoh lima hari.

Katanya, kerosakan di rumah pam Wangsa Maju siap dibaiki pada jam 11.45 pagi semalam manakala Pudu Hulu Baru selesai jam 5 pagi ini.

Kedua-dua rumah pam telah beroperasi semula, tetapi rumah pam Wangsa Maju beroperasi pada kapasiti yang lebih rendah iaitu 170 juta liter sehari (JLH) berbanding kadar biasa melebihi 200JLH, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bagi membantu penduduk yang terjejas, Syabas menggerakkan sebanyak 40 buah lori tangki air dan menyediakan 174 buah tangki air statik ke kawasan terjejas. - BERNAMA

PengundiBaharu: Kerajaan Pakatan Selangor kata SYABAS tak bagus...? KEHKEHKEH!

2 comments:

  1. Syabas sbg operator kena la jaga pam2 ni betul2...kalu tak mampu kita bole tukar operator

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Syabas dan bukan state government. I think the Federal Government should ensure that the construction of new dams and channelling of water be speed up so that the rakyat will not suffer.

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...