Showing posts with label TUKAR KEDAH. Show all posts
Showing posts with label TUKAR KEDAH. Show all posts

Saturday, April 13, 2013

KENAPA WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT? SIRI I: ISU MORAL #PRU13 #BNPRU13

DIUNGGULI OLEH - PARTI KUAT ROGOL


Anwar Ibrahim



Azmin Ali


Exco Kerajaan PKR Selangor


Ahli Majlis Kedah


TEMPAT KEDUA - PARTI ADA SPENDER


Buat masa dia nihlah top #1 dalam Parti Ada Spender


NEXT????


PengundiBaharu: Jawapan standart cacai "Ini semua salah UMNO!", "UMNO amalkan politik kotok!" bla bla bla... sampaikan, Mustapa Ali pegang spender depan kamera pun salah UMNO! Ahli Majlis tertinggi Kedah 'zina tangan' depan kamera pun salah UMNO! Anwar sedap-sedap pun semua salah UMNO...

Sunday, January 6, 2013

TABUNG MEMALI: LAPORAN POLIS TERHADAP PAS KEDAH #BNPRU13



KUALA LUMPUR: Satu laporan polis terhadap Badan Perhubungan PAS Kedah akan dibuat dalam masa terdekat berhubung penyelewengan wang hasil kutipan derma Tabung Memali yang diusahakan parti itu suatu ketika dahulu.

Menurut bekas Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Zainon Ismail, satu jawatankuasa kecil sedang dilaksanakan bagi mengenalpasti proses perundangan yang boleh diambil.

“Saya sedang berusaha untuk membentuk satu jawatankuasa kecil untuk membincangkan tentang bagaimana proses perundangan yang patut kita ambil.

“Maksudnya bukan saya sahaja (tetapi) ada orang-orang lain yang akan bersama dengan saya sebab kita rasa isu ini penting..satu penipuan, penganiayaan kepada balu-balu yang masyarakat tidak tahu,” katanya ketika ditemui pemberita malam tadi.

Menurut Zainon ataupun turut dikenali sebagai C.N Al-Afghani, laporan polis yang akan dibuat berkisarkan tentang tindakan Badan Perhubungan PAS Kedah merampas sebahagian daripada wang pampasan yang diberikan kerajaan Malaysia kepada balu-balu yang terlibat.

Katanya, balu-balu yang menerima pampasan dengan jumlah RM20,000 diminta memberikan sejumlah RM3,000 kepada parti dengan alasan untuk membiayai kos guaman mereka.

“Ia melibatkan PAS Kedah...sebab yang meminta wang itu ialah PAS Kedah. Jadi kita minta PAS Kedah kembalikan semula hak balu, itu sahaja. Bukan kepada individu ataupun mana-mana pihak lain tetapi kepada Perhubungan PAS Kedah,” jelas beliau.

Terdahulu ketika memberikan taklimat mengenai buku tulisannya ‘Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali’, Zainon mempertikaikan tindakan PAS Kedah mengambil sejumlah wang berkenaan yang bertentangan dengan tujuan asal penubuhan Tabung Memali.

Justeru, tindakan PAS Kedah ini tegas beliau adalah satu penipuan terhadap balu-balu mangsa Memali yang dakwanya kini diabaikan oleh pemimpin-pemimpin parti yang memperjuangkan Islam itu.

“Kita akan membuat satu laporan bagaimana PAS Kedah telah menipu balu-balu ini dengan mengutip setiap balu ini RM3,000 selepas mendapat pampasan RM20,000 daripada kerajaan Malaysia sedangkan mereka ceramah, seluruh Malaysia (mengutip derma).

“Dan akhirnya apabila kerajaan Malaysia beri RM20,000, mereka minta daripada balu-balu ini seorang RM3,000 dengan alasan untuk membayar kos guaman. Nampak satu penipuan...kalau kamu sudah mengutip kepada orang ramai untuk bantu balu biaya kos guaman, kenapa kamu minta semula daripada balu untuk kos yang sama. Bermakna kamu menipu balu-balu,” tegasnya yang mesra disapa ‘Cikgu Non’ itu.

Pada tahun 2002, mantan Presiden parti, Allahyarham Fadzil Noor telah mengumumkan penutupan tabung tersebut bagi mengelakkan fitnah.

Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985 telah mengorbankan seramai 14 orang dan menyaksikan berpuluh yang lain tercedera.

Insiden yang dinamakan ‘Operasi Angkara/Operasi Hapus’ oleh pihak berkuasa itu menyaksikan penahanan beratus-ratus orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Ia dilaksanakan pihak berkuasa bagi menangani penularan ajaran sesat yang dipercayai cuba dibawa oleh Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya yang turut terbunuh semasa insiden tersebut. - AntaraPos.

PengundiBaharu: KO PAS Kedah!

Wednesday, December 19, 2012

UPDATE INSIDEN PERGADUHAN KEDAH: AMARAN SEBAR MAKLUMAT PALSU! @PDRMsia @HishammuddinH2O


Berikut adalah kenyatan terkini berkenaan
insiden pergaduhan yang berlaku di Kedah semalam:


Dato' Ahmad bin Ibrahim, Ketua Polis Kedah pohon supaya orang ramai menghentikan perbuatan menyebarkan maklumat palsu mengenai kejadian pergaduhan perkauman di Sg. Petani. Tindakan tegas akan diambil terhadap semua yang menyebarkan berita palsu berkenaan kes tersebut. Sekiranya ada maklumat atau pertanyaan, orang ramai boleh berbuat demikian menghantar pesanan di dalam private mesej fb ini.. https://www.facebook.com/PolisKedah

Tuesday, December 18, 2012

KENYATAAN TERKINI INSIDEN PERGADUHAN DI KEDAH @PDRMsia @HishammuddinH2O




PERHATIAN :


PADA 18/12/2012 JAM 2330HRS YDHSAC DATO ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB TIMBALAN KETUA POLIS KEDAH TELAH MENGADAKAN SIDANG AKHBAR DI IPD KUALA MUDA BAGI MEMPERBETULKAN BERITA PALSU BERKENAAN KEADAAN HURU HARA DI DAERAH KUALA MUDA , SG PETANI KEDAH SEPERTIMANA DIGEMBAR GEMBURKAN DI BLOG , FACEBOOK , TWITTERS DAN SMS OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB . KEADAAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI DAERAH KUALA MUDA ADALAH SELAMAT DAN TERKAWAL WALAUPUN TELAH BERLAKU INSIDEN PERGADUHAN ANTARA BEBERAPA PEMUDA MELAYU DAN PEMUDA INDIA PADA 16/12/2012 AWAL PAGI . KESEMUA YANG TERBABIT DI DALAM KES TERSEBUT TELAH DITANGKAP (SERAMAI 13 ORANG TERDIRI DARI MELAYU DAN INDIA ) , MANGSA JUGA TELAH DIRAWAT DAN HANYA TINGGAL SEORANG SAHAJA YANG MASIH DIRAWAT DI HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM DARI 5 ORANG YANG TERCEDERA . EKORAN INSIDEN TERSEBUT , PIHAK PDRM TELAH MENGAMBIL TINDAKAN AWAL DENGAN KAWALAN KESELAMATAN SEPERTI FRU , LSF , MPV , JSJ , NARKOTIK , SB DAN ROADBLOCK DI SEMUA LOKASI DI DALAM DAERAH KUALA MUDA BAGI MENJAMIN KESELAMATAN ORANG AWAM KHUSUSNYA .


PESANAN DARIPADA YDH SAC DATO' ABDUL GHAFAR BIN RAJAB UNTUK SEMUA MASYARAKAT MALAYSIA AMNYA 



YDH DATO' ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB BERSAMA MASYARAKAT INDIA BERSALAMAN SELEPAS TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM


YDH DATO' ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB BERSAMA MASYARAKAT MELAYU BERSALAMAN SELEPAS TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM



ANTARA MASYARAKAT INDIA DAN MELAYU YANG HADIR


KETUA KETUA MASYARAKAT DAN NGO YANG HADIR TAKLIMAT PADA 16/12/2012


PESANAN OLEH YDH DATO' ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB SELAKU TIMBALAN KETUA POLIS KEDAH

Sumber Gambar & Kenyataan: http://www.facebook.com/HeaIpdKualaMuda

Monday, February 27, 2012

AZIZAN BERSAMA 8 EXCO ANGKAT SUMPAH


[Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh]

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan lapan anggota EXCO kerajaan negeri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini.

Lapan EXCO itu ialah Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib, Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad, Tan Joon Long @ Tan Chow Kang, Datuk Siti Ashah Ghazali dan S Manikumar, yang masing-masing menerima tawaran pelantikan semula.

Azizan sebelum ini mengumumkan hanya lapan EXCO akan mengangkat sumpah jawatan bagi sesi 2012 walaupun lazimnya EXCO kerajaan negeri dibarisi 10 anggota.

Dua EXCO sedia ada yang tidak termasuk dalam senarai mengangkat sumpah sumpah hari ini ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah tiga lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.

Kedah adalah satu-satunya negeri dengan jawatan pengerusi jawatankuasa peringkat negeri (EXCO) perlu diperbaharui setiap tahun.

Sebelum ini, Phahrolrazi dan Dr Ismail sudah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...