Monday, February 27, 2012

AZIZAN BERSAMA 8 EXCO ANGKAT SUMPAH


[Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh]

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan lapan anggota EXCO kerajaan negeri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini.

Lapan EXCO itu ialah Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib, Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad, Tan Joon Long @ Tan Chow Kang, Datuk Siti Ashah Ghazali dan S Manikumar, yang masing-masing menerima tawaran pelantikan semula.

Azizan sebelum ini mengumumkan hanya lapan EXCO akan mengangkat sumpah jawatan bagi sesi 2012 walaupun lazimnya EXCO kerajaan negeri dibarisi 10 anggota.

Dua EXCO sedia ada yang tidak termasuk dalam senarai mengangkat sumpah sumpah hari ini ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah tiga lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.

Kedah adalah satu-satunya negeri dengan jawatan pengerusi jawatankuasa peringkat negeri (EXCO) perlu diperbaharui setiap tahun.

Sebelum ini, Phahrolrazi dan Dr Ismail sudah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...