Monday, August 15, 2011

'Bukan Islam lebih faham bila berkawan dengan PAS' - HarakahDaily


[Gambar Hiasan]

TASEK GELUGOR, 15 Ogos: Hubungan dengan PAS sejak kemenangan Pilihan raya Umum tahun 2008, banyak mengajar masyarakat bukan Islam, khususnya dalam DAP untuk mengenali dan memahami Islam dengan lebih mendalam.

Demikian dinyatakan oleh Bendahari DAPSY Pulau Pinang, Steven Sim, ketika menyampaikan ceramah bersama dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz di Markas PAS Padang Menora malam tadi.

Menurut beliau lagi, jika sebelum ini pemikiran bukan Islam banyak diracuni oleh MCA dan Gerakan dengan membuat pelbagai dakwaan yang menakutkan, tetapi kini setelah menjadi rakan dengan PAS, bukan Islam telah banyak memahami Islam yang sebenarnya.


[Gambar Hiasan]

"Kerana berkawan dengan PAS jugalah, majlis berbuka puasa turut dianjurkan oleh pemimpin DAP seperti Lydia Kok di Berapit, Bukit Mertajam bagi meraikan sauadara-saudara Islam yang berpuasa.

"Dulu kita tidak diajar untuk memahami unsur-unsur baik dan harmoni ini. Kini, pemimpin di kalangan DAP bukan saja boleh turut sama untuk berbuka puasa bersama-sama seperti mana yang sering dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, tetapi juga berjaya memahami konsep hubungan baik tersebut.

"Hubungan baik ini juga tidak berjaya diresapi oleh pimpinan MCA dan Gerakan, walaupun mereka telah sekian lama berkawan dengan Umno. Oleh kerana itu jugalah, kita melihat kecelaruan sentiasa ada dalam komponen parti tersebut," tegasnya lagi.

Turut hadir sama dalam majlis ceramah tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Pinang Pinang, Yusni Mat Piah.


TAKBIR!
ALLAHUAKBAR!

3 comments:

  1. memang Dap jd faham tentang islam di sbbkan Pas...
    sbb tu Dap berani mempermain2kan ayat2 quran semata2 utk berpolitik, dlm masa yg sama melarang membaca ayat quran mengunakan pembesar suara di masjid2 dan surau2, itu yg pelik minat tp dilarangkan pulak...
    melarang sambutan maulidurrasul...
    membantah penggunaaan perkataan jawi...
    mencemarkan kesucian masjid utk berpolitik dan bersenamjoget...
    menyokong memurtadkan akidah org islam...
    membantah segala bentuk larangan yg melibatkan maksiat oleh kerajaan pas...
    dan banyak lg...
    Ini lah yg Dap faham tentang islam bila berkawan dgn pas bg membuatkan mereka ni boleh memkotak katikkan islam dan org2nya sekali...
    Tp x dgr langsung plak puak kafir ni ada yg telah diislamkan oleh pas...

    Dap ni cukup pandai menggula2kan kononnya berkawan dgn pas mereka jd faham dgn islam, cukup manis kata2 mengampu Dap ni...
    apa lagi melompat2 lah puak pas ni, tp masaalahnya puak pas ni x sedar yg mereka ni nak kena jual dan dah kena jual pun...
    kalau mereka yg kena jual x pe lah jugak ini yg x boleh diterima...
    agama dan akidah yg mereka jual pd Dap...
    maruah islam jd hancur digadaikannya pg puak kafir Dap...
    Tahniah Pas...

    ReplyDelete
  2. PAS tak sedar bahawa DAP nak tarbiyahkan PAS dalam membentuk satu pasukan sosialis yg mantop yg mana semua agama adalah sama tiada agama yg lebih agung drp fahaman sosialis. DAP yg inginkan tampuk pemerintahan PUTRAJAYA bukannya "AAAnugerah Tuhan" sebab DAP tahu "AAAnugerah Tuhan" akan duduk kerusi PARLIMEN SG. BULOH tidak lama lagi. PAS hanya barua dan keldai DAP utk mendapatkan undi umat Melayu dan Islam. Selepas dapat PAS dan diperbudak-budakkan spt sekarang...

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...