Tuesday, August 9, 2011

Rusuhan UK: Pelajar Malaysia cedera dan dirompak!


ZALIM!: Syaitan pon ada di bulan Ramadhan...
Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota itu Isnin.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun, pelajar itu, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

"Pelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.

"Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga kementerian berkenaan dan agensi di bawahnya, di Institut Kemajuan Desa (Infra).

Mohd Shafie berkata keluarga mangsa, yang berasal dari Selangor, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata MARA turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan pelajar di kawasan berisiko tinggi di kota itu ke sebuah penempatan di Leicester Square bagi menjamin keselamatan mereka. - AgendaDaily.

Ingat BERSIH2.0? Memang tak lari daripada warna Kuning.


Ratu Elizeberth pun pakai baju kuning waktu Perdana Menteri Najib pergi jumpa dia tempoh hari. Maka berbanggalah puak-puak otak kuning, BERSIH2.0 mengatakan mereka turut didokong oleh Ratu ini.
 

Mungkin Ratu Elizeberth cuba kata pada DS Najib: "Berikan rakyat anda kebebasan bersuara."

Tetapi apa sudah jadi United Kingdom atau 'The Father of Democracy' bagi puak Pakatan terutamanya pada hari ini?!

LIHATLAH...




No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...