Shah Alam 11 Ogos - Satu Memorandum Sokongan Kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah diserahkan oleh NGO Gerakan Cegah Murtad yang mewakili NGO NGO Lain kepada Menteri Besar Selangor.
Isu Murtad semakin berleluasa di Negeri Selangor Darul Ehsan. Menurut sumber, gerakan memurtadkan umat Islam & muaalaf di Selangor kini berjalan dengan sangat aktif. Peristiwa yang berlaku baru-baru ini merupakan 'Tips of Iceberg' yang sangat membimbangkan dan menyentuh hati serta perasaan umat Islam.
Kami rakyat Selangor menggesa pemimpin Umat Islam tidak bertelagah sesama sendiri dalam menangani isu ini. Pemimpin Umno dan Pas serta pemimpin Islam dalam Pkr wajib melihat isu ini merentasi ideologi, agenda dan fahaman politik. Aqidah Umat Islam adalah lebih penting dan tiada ternilai berbanding dengan politik murahan yang dimainkan oleh Dap dan sesetengah individu yang ingin meraih undi dari keberantakkan umat Islam dalam isu ini.
JAIS adalah pihak yang berwajib di Negeri Selangor yang di berikan kuasa oleh Undang-undang negara dan negeri untuk mengawal selia dan melaksanakan Enakmen-enakmen yang ada kaitan dengan isu ini. JAIS harus bebas dari ancaman, ugutan dan tohmahan serta campur tangan politik. Isu agama terutamanya isu murtad adalah perkara yang wajar diurus secara profesional dan effisien.
Adalah amat dikesali Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tunduk kepada tekanan politik Dap dan mengambil pendekatan menyalahkan JAIS dalam isu ini. MB tidak pertahankan Islam, MB apologetik dan menjadikan Institusi Islam dinegeri ini dipandang rendah oleh masyarakat lain. Kami rakyat Selangor menggesa agar semua pihak akur kepada kedaulatan undang-undang dinegara ini yang menyebut soal kebebasan beragama seperti yang terkandung dalam perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.
Jika kedua-dua perkara ini di patuhi tidak timbul soal ada usaha setengah pihak yang mahu memurtadkan umat Islam. MB wajar memahami perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan dengan lebih fasih sebelum mengambil pendirian yang sangat berat sebelah menghentam pasukan penguatkuasa JAIS.
Tindak tanduk pegawai penguatkuasa JAIS dalam isu ini adalah berlandaskan peruntukan undang-undang Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan Orang Islam) 1988 yang terpakai untuk seluruh umat Islam yang berada di bumi Selangor. Rakyat yakin pasukan JAIS telah menerima aduan, membuat pelbagai penyelidikan, risikan dan intipan bagi memastikan kes baru-baru ini benar.
Selepas ianya sahih baru lah pemeriksaan dijalankan. Bukti-bukti sahih akhirnya telah diperolehi dan dikumpulkan. Kes ini adalah contoh usaha untuk memurtadkan umat Islam. Amat malang dan menyedihkan kerana ianya berlaku. Ini bertentangan dengan undang-undang di negara ini. Kebenaran dalam isu Murtad ini wajar di sebarluaskan agar ianya dapat memberikan kefahaman dan kesedaran kepada seluruh umat Islam.
Kami rakyat Selangor berdoa agar Tragedi Natrah kekal menjadi lipatan sejarah. Hanya kebijaksanaan pemimpin negara yang berjiwa besar sahaja yang mampu merungkai isu agama yang sensitif dan rumit seperti ini. Kami rakyat Selangor menyokong penuh usaha gigih dan berterusan JAIS untuk menggunakan segala kuasa yang ada didalam undang-undang untuk menangani isu Murtad ini secara tuntas.
Kami rakyat Selangor akan bersama JAIS untuk mempertahankan semua Institusi Islam di Negeri Selangor Darul Ehsan.
Yang menyokong perjuangan, Gerakan Cegah Murtad (GCM) Mewakili Pertubuhan NGO Islam di Negeri Selangor Darul Ehsan. - KLpos.com
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.