Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

PAS TERUSKAN CERAMAH WALAU ADA YANG TUMBANG! ZALIM... ZALIM...


Zalim betul PAS... dah tahu ada kecemasan pengunjung diserang sakit jantung pun depa masih meneruskan ceramah politik di Pengkalan Pegoh, Perak semalam.

Tak sensitif langsung, takde sikap prihatin dengan nasib penyokong sendiri. Kepentingan politik lebih diutamakan berbanding nyawa rakyat.

Video kredit kpd bro Sekupang Dua Anak Pakya.

http://www.facebook.com/photo.php?v=3680302825533

Wednesday, November 9, 2011

Sebelum kene tolak, kakitangan kerajaan mesti tolak pakatan! - Ahmad Maslan



KUALA LUMPUR, 9 Nov- "Cadangan itu merupakan satu cadangan gila seorang pimpinan tertinggi DAP yang saya kira merupakan satu pandangan rasmi DAP. Mereka memang tidak sukakan kakitangan kerajaan dan kakitangan kerajaan kena menyatakan kebencian terhadap parti ini".

Demikian tegas Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mengulas cadangan pemimpin DAP, Tony Phua yang mahu memotong separuh dari 1.4 kakitangan kerajaan jika pakatan pembangkang menang pilihanraya umum akan datang..

Ujarnya, jumlah 1.4 juta kakitangan awam itu masih belum cukup dalam sektor-sektor tertentu, contohnya dalam sektor kedoktoran, perubatan dan dalam sektor pendidikan, kerana banyak guru-guru pakar masih lagi diperlukan.

"Dari 1.4 juta tersebut, kebanyakannya dari kakitangan bawahan. DAP memang rasis bila menyebut tentang perkara ini kerana kebanyakan kakitangan kerajaan adalah orang Melayu.

"Untuk memastikan negara ini berjalan seperti biasa sejak 50 tahun lalu, tugas dan peranan kakitangan awam ini amat besar kepada 27 juta rakyat Malaysia selain 2 juta rakyat asing di negara kita," katanya kepada UMNO-Online ketika ditemui di Parlimen di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau mengajak kakitangan kerajaan untuk menolak pakatan pembangkang pada pilihanraya umum akan datang kerana jika pakatan pembangkang menang, separuh dari kakitangan awam akan dibuang kerja.

"Menang sahaja pakatan pembangkang, separuh dari kakitangan awam akan dibuang. Tinggal 700 ribu, lagi 700 ribu lagi nak kerja kat mana?. Jadi ia merupakan satu kenyataan yang merupakan dasar pembangkang.

"Satu tahu pandangan-pandangan serong puak-puak DAP. DAP ini memang rasis terhadap kakitangan awam. Bukan sahaja DAP, tetapi kita harus menolak semua pakatan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang, kalau tidak kita tidak ada kerja dan anak-anak kita nak makan macam mana," tambahnya.

Thursday, October 20, 2011

DAP dalam kerisauan, 5 kerusi DUN bakal hilang di Penang



Goergetown - Berdasarkan kajian akademik dan politik yang dijalankan di Pulau Pinang, DAP bakal hilang 5 kerusi DUN yang kini dalam gengaman mereka. Antara DUN yang bakal hilang ialah DUN Machang Bubuk, DUN Bagan Dalam, DUN Seri Delima, DUN Bukit Tengah dan DUN Kampung Kolam. Kenyataan ini berdasarkan kepada prestasi ADUN-ADUN mereka yang amat rendah dan ditolak oleh rakyat.

ADUN Seri Delima, RSN Rayer contohnya ditolak oleh kaum India kerana tidak membela nasib orang India sehingga Kampung Buah Pala diratah oleh kerajaan negeri walaupun dijanjikan kampung tersebut akan terbela bila Pakatan Rakyat memerintah.

Lagi teruk ialah dakwaan bahawa, bapa kepada RSN Rayer telah mengarahkan supaya bekas tapak kaki penduduk-penduduk dari Kampung Buah Pala disamak dengan susu lembu kerana menganggap kasta penduduk Kg. Buah Pala paling rendah. Peristiwa ini berlaku apabila penduduk Kg Buah Pala datang ke rumah Rayer untuk memohon bantuan menyelesaikan masalah kampung mereka.

Akibat risau dengan prestasi ADUN DAP yang pemalas sehingga rakyat marah, DAP terpaksa membuat permukiman di Pulau Jerjak bagi mencari jalan penyelesaian akan permasalahan ini.

Permukiman tersebut dibuat atas nama Mesyuarat JKKK Kampung Sireh, tetapi menjadi mesyuarat DAP mensekolahkan semua ADUN mereka. - Penang Hari Ini

Tuesday, October 4, 2011

Guru didakwa dipaksa hadiri seminar 'belasah' Pakatan - MalaysiaKini

Sekumpulan guru telah dipaksa menghadiri seminar wajip Kementerian Pelajaran yang dijadikan medan 'membelasah' pembangkang, dakwa Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang ( zon timur ) Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia itu diadakan pada 28 September lalu untuk guru-guru di wilayah pantai timur. Ucapan dasar disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Puad Zarkashi.

“Malangnya seminar ini telah bertukar menjadi seminar Umno untuk membelasah PAS, PKR dan DAP di samping menggesa agar para guru memberi sokongan kepada Umno pada pilihan raya umum yang akan datang,” kata Nasrudin dalam satu kenyataan media hari ini... - MalaysiaKini



WALAU APA YANG BERLAKU...
JANGANLAH KITA JADI BARUA DAP!

Wednesday, June 1, 2011

Melayu DAP keluar parti masuk UMNO


64 ahli Melayu DAP Cawangan Lembah Kinrara masuk UMNO

KUALA LUMPUR 31 Mei - Seramai 64 ahli Melayu DAP Cawangan Lembah Kinrara, Puchong di sini bertindak menyertai UMNO setelah sedar parti tersebut langsung tidak menjaga kepentingan bumiputera.

Pengasas dan Pengerusi DAP Cawangan Lembah Kinrara, Haron Abdul Wahab berkata, kehadiran ahli Melayu di dalam parti tersebut hanya sekadar 'pencukup kuota' untuk mereka tunjukkan bahawa ada orang Melayu yang menyokong DAP.

"Kehadiran kami cuma sekadar melukut di tepi gantang. Meskipun kami merupakan cawangan aktif DAP yang paling ramai ahli Melayu, pimpinannya yang diketuai Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo langsung tidak menghargai pendapat dan usaha kami," katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita pada Majlis Mesyuarat Mingguan UMNO bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, beliau mewakili 63 yang lain menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Tambah Haron, lebih 100 penduduk yang menjadi ahli DAP di cawangan tersebut dijangka mengikut jejak mereka dalam masa yang terdekat ini.

Ditanya kenapa mengambil keputusan menyertai DAP sebelum ini, ujar beliau, dahulunya tuntutan untuk mempertahankan hak orang Melayu kurang menyerlah dalam dirinya akibat terlampau mempercayai manifesto pembangkang yang ternyata palsu belaka.

"Alhamdulillah, kini saya sedar bahawa DAP memang tidak elok. Setelah saya menunaikan umrah, saya menangis tidak henti dan menyesali perbuatan membelakangi perjuangan bangsa sendiri di hadapan Kaabah.

"Sejurus saya pulang ke tanah air, saya telah berazam untuk meletakkan semua jawatan dalam DAP. Hari ini, tercapailah hasrat saya," ujarnya.

Beliau turut menyeru semua orang Melayu yang menganggotai DAP supaya meninggalkan perjuangan parti tersebut dan beralih kepada UMNO bagi memastikan hak Melayu tidak tergugat.

Sementara itu, Ahmad menyifatkan kemasukan bekas ahli DAP itu ke dalam UMNO sebagai bonus yang besar dan perlu dicontohi oleh semua orang Melayu yang prihatin dengan masa depan bangsanya sendiri.

"Alhamdulillah, lebih ramai orang Melayu sedar bahawa hanya UMNO yang mampu mempertahankan hak dan nasib bangsa. Fakta ini perlu diakui oleh semua orang Melayu yang mahu melihat masa depan bangsanya terjamin," kata beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...