Tuesday, April 17, 2012

PAS PAKAR DEMONSTRASI? KAHKAHKAH!!!


PAS pakar demonstrasi, jamin Bersih 3.0 aman

KUALA LUMPUR, 16 April (Haprak betul!): PAS meletakkan objektif 'aman' dalam setiap himpunan yang dianjurkan dan disertai.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, PAS sangat berpengalaman dalam menganjurkan dan mengawal perhimpunan tanpa menyebabkan kacau bilau.

"PAS bersama Pakatan Rakyat bukan sekali menganjurkan dan menyertai perhimpunan tapi kita sangat berpengalaman dan berkepakaran dalam perkara ini.

"Objektif utama kita dalam setiap perhimpunan ialah keamanan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa peserta 'Duduk Bantah' mesti memastikan perhimpunan tidak menyusahkan orang ramai.

Nasrudin juga berkata, sekiranya Pakatan Rakyat berniat membuat huru-hara, mereka tidak akan menuntut penambahbaikan pilihan raya.

"Bersih 3.0 merupakan kemuncak kepada tuntutan reformasi pilihan raya.

"Kalau kita mahu mencetuskan huru-hara, kita tak akan tuntut reformasi pilihan raya. Tapi kita menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Itu termasuk dalam demokrasi," katanya.

Beliau memberi jaminan 'Duduk Bantah' kan berlangsung aman sekiranya tiada sebarang provokasi daripada pihak polis dan pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Seperti himpunan Mansuhkan PTPTN anjuran mahasiswa, ia berjalan aman sebab tiada siap mengganggu," katanya.

Justeru katanya, pemuda PAS akan bertemu dengan pihak polis beberapa hari sebelum 'Duduk Bantah' bagi meminta kerjasama mereka.

"Beberapa hari sebelum perhimpunan pada 28 April, pemuda akan bertemu dengan pihak polis meminta mereka menjaga keamanan," katanya. - SUMBER

PengundiBaharu: Rakyat tak mahu pakar demontrasi. Yang rakyat mahu pakar urus tadbir negara!

3 comments:

  1. Puak puak ni terutama yang mengaku terlebih islam daripada orang lain ni selalu cakap polis yang buat provokasi .... tapi hakikatnya Pendemo ini diupah untuk mencerca, menghina polis dengan panggilan anjing, babi dan sebagainya (Bukan kah itu provokasi ...) Bercakap macam semua orang lain berdosa dan dia orang saja yang maksum.....

    ReplyDelete
  2. PAS pakar fitnah dan cerita basi....

    ReplyDelete
  3. patutlah kelantan tak berkembang...kepakaran Pas hanya berdemo jeee.....

    dalam PR tugas berdemo hanya Pas mampu laksanakan tugas lain PKR dan Dap yg sapu.. siottt...
    jadi balaci jee lah Pas

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...