Saturday, December 8, 2012

CUTI THAIPUSAM: JANJI MUNAFIK PAKATAN KEDAH



KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak tidak menepati janji Pakatan Rakyat untuk mengisytiharkan sambutan Thaipusam sebagai cuti umum di negeri itu, kata Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan.
Beliau mendakwa, masyarakat India di negeri itu telah diperdaya hampir lima tahun sebaik sahaja janji itu dibuat sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), pada Mac 2008.

"Saya bersama satu pentas dengan beliau (Azizan pada PRU 2008), apabila Menteri Besar (Kedah) berkata,  kita menang hari ini, tahun ini juga saya akan isytihar cuti Thaipusam.

"Sudah lima tahun berlalu, tetapi belum lagi ada cuti Thaipusam di Kedah," kata beliau semasa ditemubual Antarapos, dalam program "Menongkah Arus" di sini, baru-baru ini.

Menurut Gobalakrishnan, lima tahun adalah tempoh cukup untuk rakyat menilai keberkesanan pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri naungan mereka.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu keluar daripada PKR tahun lalu setelah dikenakan tindakan kerana lantang mengkritik pucuk pimpinan parti bersabit pelbagai isu. Beliau kini adalah Ahli Parlimen Bebas.

Gobalakrishnan turut kesal dengan tindakan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS memindahkan kuil di negeri itu dengan sewenang-wenangnya.

"Bila MB Kedah nak halalkan kuil Hindu Hitech itu, mereka sudah beri surat untuk kuil itu pindah... mereka minta kuil itu dirobohkan dan dipindahkan ke tempat lain walaupun kuil itu (sudah berusia) 80 tahun," katanya.

Gobalakrishnan turut merujuk kepada rekod Pakatan Rakyat merampas tanah milik penduduk India yang miskin di Pulau Pinang dan Selangor.

"Saya harap, rakyat dapat menilai ini semua. Tengoklah Kampung Buah Pala yang 100 peratus kepunyaan orang India sebelum Pakatan Rakyat menjadi kerajaan, tapi bila Pakatan Rakyat jadi kerajaan, mereka mempunyai kuasa mengambil alih tanah di tangan mereka.

"Tetapi (mereka) merampas Kampung Buah Pala, merampas 10 ekar daripada Coalfield Estate, daripada rakyat yang betul-betul miskin, yang mendapat RM 20, RM 30 sebagai gaji harian mereka,” kata beliau.

"(Mereka rampas) 10 ekar daripada Coalfield Estate, 15 ekar daripada Bukit Raja Estate, Kampung Buah Pala 100 peratus yang bernilai ratusan juta ringgit. Inilah Pakatan Rakyat. Manis sungguh di bibir, tapi gerak kerja mereka hodoh," tambah beliau.

PengundiBaharu: Zalim pada bukan Islam, Ada tak yang berdoa: "KO PAS!"

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...