Friday, December 21, 2012

ADA KE DALIL DOA K.O. BN? @ustazfathulbari #BNPRU13




Doa Pas tidak ikut kaedah Islam - Fathul Bari  (BERNAMA, 1 Disember 2012)

KUALA LUMPUR - Cara yang dipraktikkan Pas ketika mendoakan kehancuran UMNO adalah tidak mengikut kaedah Islam seperti yang dilakukan Nabi Muhammad SAW, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahya.

Beliau berkata dalam doa itu, Pas tidak menjelaskan secara spesifik bentuk kezaliman yang dimaksudkan, seolah-olah menuduh seluruh anggota UMNO berlaku zalim.

Ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung UMNO 2012 hari ini, beliau menceritakan kisah Nabi Muhammad SAW yang mendoakan supaya Allah melaknat pihak yang menipu baginda semasa meminta nabi mengutuskan 70 pakar al-Quran untuk memenuhi beberapa kabilah, namun dibunuh di pertengahan jalan.

"Nabi doakan laknat ke atas mereka dalam setiap solat nabi selama sebulan, doa dalam qunut nazilah. Kemudian, Allah turunkan ayat menegur perbuatan nabi, dan nabi hentikan perbuatan itu.

"Doa nabi khusus kepada orang yang melakukan kezaliman itu, nabi sebut nama satu persatu. Persoalan sekarang doa yang dibaca Pas disebut perkataan umum, iaitu UMNO," katanya.

"Adakah kita semua di sini menzalimi mereka? Adakah kita semua di sini menghancurkan mereka? Adakah kita semua di sini rasuah?," katanya disambut laungan “tidak!" oleh perwakilan UMNO.

Fathul Bari berkata doa oleh Nik Razi Nik Mat, adik kepada Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini menggunakan kaedah yang salah dan tidak memenuhi kriteria doa orang yang dizalimi.

Mengikut kaedah Islam, doa itu perlu dirujuk kepada satu pihak secara spesifik bersama bukti, perlu diletak perkataan "sekiranya" jika tidak Pasti dan perlu ada pernyataan memaafkan kepada pihak yang dirujuk, katanya.

PengundiBaharu: Baca Hadith tak habis... taktik PAS sesatkan ummat!

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...