KUALA LUMPUR 15 Dis. - Lebih 10,000 pengguna jalan raya telah menjelaskan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dari 274,000 saman yang dikeluarkan sejak sistem itu mula beroperasi 23 September lalu.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad berkata jumlah pengguna jalan raya yang menjelaskan saman tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah saman yang dikeluarkan.
"Pengguna jalan raya perlu faham, penguatkuasaan AES ini bukan untuk membebankan mereka sebaliknya sebagai satu kaedah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya yang saban hari semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya anjuran Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) di Plaza Tol Sungai Besi, di sini. - UTUSAN
Jika 10 ribu pengguna jalanraya mampu dan telah menjelaskan saman AES...
Mengapa Pemimpin Pembangkang seperti dibawah terlalu liat untuk melangsaikan saman mereka!?
Adakah JPJ 'double standart' dalam hal ini atau bagaimana?
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.