Friday, December 21, 2012

NAIK CUKAI: TERIMA KASIH PKR SELANGOR! #BNPRU13





SHAH ALAM: Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Zin Mohamed menyifatkan alasan yang diberikan oleh Menteri Besar sama sekali tidak masuk akal apabila menegaskan kenaikan cukai pintu sehingga 10 kali ganda di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

Ujarnya kerana umum mengetahui keputusan cukai yang berkaitan dengan negeri dibuat oleh majlis bandaraya berdasarkan arahan daripada kerajaan negeri.

"Bila masa kerajaan negeri tidak ada kuasa dalam urus tadbir kerajaan tempatan.

"Sebab saya fikir bahawa pelantikan ahli majlis semua dibuat dibawah kerajaan negeri. Itu sudah menjadi asas pertimbangan yang kukuh menyatakan bahawa memang dia (MB) ada kuasa.

"Saya pun pelik kalau dia cakap kerajaan negeri tidak ada kuasa," tegasnya kepada pemberita dalam sidang media Karnival Sayangi Selangor di I-City hari ini.


Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan apabila menyatakan kenaikan mendadak cukai pintu di kedua-kedua kampung Kg Melayu Subang dan Sg. Buloh sebagai munasabah namun mengumumkan penubuhan satu lagi jawatankuasa untuk mengkaji semula kadar itu.

Penubuhan jawatankuasa oleh Khalid juga bercanggah dengan dakwaan beliau sebelum ini bahawa kenaikan cukai pintu itu diputuskan oleh kerajaan persekutuan dan beliau tidak akan masuk campur.  

Khalid sebelum ini mendakwa isu kenaikan cukai pintu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH).

Mengulas lanjut perkara ini Zin yang juga Ketua Umno Bahagian Sepang seterusnya secara sinis mengingatkan Khalid untuk mengkaji semula bidang kuasa sebenar kerajaan negeri sebelum mengeluarkan kenyataan.

"Saya minta dia (Khalid) pergi semak samada tugas dia sebagai MB ada tanggungjawab dalam urus tadbir pihak PBT," ujarnya.



Kelmarin sekumpulan 50 dari mereka berhimpun di hadapan Wisma MBSA bagi membantah kenaikan cukai taksiran sebanyak 7.5 peratus untuk tahun 2013 yang disifatkan mereka sebagai terlalu tinggi.

Kenaikan yang tinggi itu juga tegas mereka tidak setimpal dengan pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut justeru meminta kerajaan negeri menimbang semula kadar cukai taksiran baharu tersebut agar lebih munasabah dan tidak membebankan pemilik tanah. - AntaraPos.

Keluar topik sikit,

Nih Bukti Selangor Makin Jahanam dibawah Pakatan...

Terima kasih pada pencacai PR kerana 'membawa perubahan' sebegini ke Shah Alam.


PengundiBaharu: Terima Kasih lah oi MB Gagap...! Terima Kasih!

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...