Sunday, July 29, 2012

HARI KEMERDEKAAN KE -55: TIADA LOGO RASMI MELAINKAN LOGO 1MALAYSIA @DrRaisYatim



KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia, sepertimana sambutan pada tahun lepas.

Beliau berkata sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".

"Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Rais berkata akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.

Ada beberapa pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bendera Malaysia dan tulisan "55 Merdeka Janji Ditepati", hanya ala kadar dan tidak mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi. - BERNAMA

PengundiBaharu: Baguslah...

Friday, July 27, 2012

@DrRaisYatim PENULIS LIRIK LAGU HARI KEBANGSAAN KE-55...???




DATUK MENTELI RAIS.

AWAK TUH BUKAN PELUKIS.

AWAK TU JUGA BUKAN KERJA KOMPOSER MUZIK.

NAJIB KATA RAKYAT DIDAHULUKAN.

TUKAR LAH 'LOGO RASMI' TU...

KENAPA DATUK BUAT PEKAK AJE!

LOGO BAWAH NIH LAGI CANTIK LA DATUK!!!


Tuesday, July 24, 2012

ULAMAK BN SETUJU ATLIT #OLIMPIK TANGGUH #PUASA...???

Totok PAS marah-marah, tangguh haji tak boleh, tangguh puasa boleh.


TOTOK PAS PATUT BACA NIH!

Saudi Arabia follows Egypt, UAE, Algeria to exempt Olympics athletes from fasting

Ali al-Hakmi, a member of Saudi Arabia's Council of Senior Islamic Scholars, has issued a fatwa stating that Saudi athletes participating in the Olympic Games in London can be exempted from fasting because they are traveling.

According to Saudi newspaper Okaz, Hakmi said that as the athletes are traveling with the intention of returning, not to stay there. Therefore, they and whoever accompanies them can skip their Ramdan fasting, even if their stay "reaches 15 or 19 days."

Seventeen Saudi athletes are participating in the 2012 Olympics in three games: athletics, equestrianism and weight lifting.

With this fatwa, Saudi Arabia follows in the footsteps of Egypt, the UAE and Algeria. Islamic scholars from those three countries have informed their athletes that they can postpone fasting while participating in the Olympics.

In his fatwa granting the Egyptian delegation to the Olympics the right not to fast, Egypt's Grand Mufti Ali Gomaa included a verse from the Quran, “[Fasting for] a limited number of days. So whoever among you is ill or on a journey [during them] — then an equal number of days [are to be made up].”

Dubai's Grand Mufti Sheikh Ahmed Al-Haddad stated that the athletes can fast for the same number of the days they skipped, after the end of Ramadan.

In Algeria, the head of the Fatwa Committee of the Supreme Islamic Council said that as the athletes are traveling to serve their country, they can skip fasting provided that they make up for them after the games end.

The Moroccan Sports Ministry is still seeking a similar fatwa from the country’s Islamic scholars.

Edited translation from MENA - (SUMBER: egyptindependent.com)

PengundiBaharu: Di Algeria ada Ulama BN juga iya...

Monday, July 23, 2012

@DrRaisYatim KENAPA LOGO HARI KEMERDEKAAN KE-55 PELIK..?

Janji Ditepati adalah tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos, manakala di Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September.


Dalam perkembangan lain, perarakan Hari Kemerdekaan akan berlangsung di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia Dibawah merupakan keterangan maksud kepada logo Merdeka ke 55.


MALAYSIA SUDAH MERDEKA SELAMA 55 TAHUN.

TETAPI LOGO KEMERDEKAAN KALI INI MEMANG TAK SESUAI LANGSUNG.


Lihat logo hari kemerdekaan 1976 - 2011,
Logo untuk tahun 2012 memang pelik dan ganjil.



MOHON DITUKAR!

@abuaqifstudio BELASAH @Tantawi100 CUKUP-CUKUP!



UFB - Penyokong PAS Terdiam 2 Kali Kena Sound Dgn UFB Dalam Seminit


Karpal UPDATE Tantawi Isu Negara Islam. Cakpong Cakpong


Tantawi Cakpong Polis. Kebenaran Disembunyikan

 

UFB - Isu Hudud - Karpal & Tantawi Main Cakpong Cakpong


PengundiBaharu: Panas punggung totok PAS tengok video Abu Aqif. Teruskan Bro!. Cakpung cakpung...

LEPAS FITNAH @NingDalton & SHARIFAH AINI, SALAHUDIN DOAKAN MEREKA MASUK PAS...!


PengundiBaharu: Sudah fitnah. Reka doa sendiri supaya masuk PAS.

Sunday, July 22, 2012

SELAMAT HARI JADI YANG KE-59 @NajibRazak




PengundiBaharu: Najib Bapa Transformasi, Anwar Bapa LGBT.

KADAR #ZAKAT FITRAH 2012 M/ 1433 H SELURUH MALAYSIA


Berikut adalah kadar pembayaran zakat fitrah yang telah ditentukan mengikut negeri di Malaysia tahun 1433H / 2012M. Kadar zakat fitrah pada sepanjang bulan Ramadhan kali ini di sebahagian besar negeri seluruh negara mengekalkan kadar tahun lepas dan ada berlaku sedikit penurunan di beberapa negeri.

Kadar zakat tahun 1433H / 2012M boleh dilihat pada jadual di bawah :


*Kadar yang ditetapkan adalah berdasarkan harga beras gred super tempatan 15%, 10% dan 5% hancur (Beras Nasional).

Umat Islam yang mahu membayar fitrah dengan beras pula, kadar yang ditetapkan ialah 2.97 cupak Malaysia atau 2.60 kilogram bagi tiap seorang.

Kadar di Terengganu menurun antara 40 hingga 60 sen disebabkan perubahan kepada pengukuran timbangan satu Gantang Baghdad daripada 2.7 kilogram (kg) kepada 2.6kg biarpun harga beras di pasaran tidak berubah berbanding tahun lalu.

Panduan membayar Zakat


  • Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh  Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
  • Pastikan anda mendapat resit rasmi  Majlis Agama Islam Negeri
  • Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya

Saturday, July 21, 2012

#DebatSinar @Tantawi100 BERKOPIAH SAMBIL BERDUSTA MENJELANG RAMADHAN!


Isu hudud; Nasrudin (Pas) Cerita Nak Best Tapi Berbohong Ketika Debat.

Perkara ini berlaku sewaktu berlangsungnya debat dia antara dua Ustaz Muda, diantara CEO Ilmuan, Ustaz Fathul Bari dan KP PAS, Nasrudin Tantawi. 

Dalam salah satu sesi debat, Ustaz Nasrudin telah mempertikaikan MCA yang menyerang serta mempersoalkan hukum hudud dan tiada maklum balas dari orang UMNO. Dengan tenang, ustaz Fathul Bari menyambut bahawa, Karpal Singh juga menyatakan perkara yang sama supaya melangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum boleh melaksanakan negara Islam.

Dek kerana tersepit, dan mungkin juga sebab malu dibidas dengan kenyataan Karpal Singh, Nasrudin Tantawi terpaksa menggunakan pendekatan reka cerita kanak-kanak dengan menjual nama karpal Singh.

"Karpal Singh dia kata...dia kata langkah mayat saya tu hok 20 tahun dulu dan dia pun beritahu itu ucapan saya 20 tahun dulu. Sekarang, dalam Konvensyen PR di Pulau Pinang baru-baru ni..katanya, setelah saya berkawan dengan PAS, saya tengok HUDUD, masalah HUDUD ialah kita boleh bincang semula....”

Itu kata Nasrudin.. apa pula kata Karpal.??

Wartawan NST dalam satu perbualan telefon bersama Karpal untuk mengesahkan perkara ini terkejut kerana Karpal kedengaran berang dengan kenyataan Nasrudin yang dilihat sebagai menJUAL namanya.

“I will NEVER compromise,” said Karpal in a telephone interview with the New Straits Times.“I have always been very public and absolute on my stand to never have hudud implemented in the country... how then can he (Nasrudin) claim such a thing?” said the DAP stalwart, who is well known for his strong opposition to any attempt to introduce Islamic laws in this country.

Amat malang bagi Nasrudin bila cerita kartunnya membuatkan Karpal Singh naik hangin dan mempersoalkan bagaimana Nasrudin tergamak keluarkan kenyataan sedemikian kepada umum.

So Nasrudin... soalan aku... bagi penjelasan sikit boleh tak...kata bawak imej Islam? Berbohong ni macam mana?

-Tok Guru.



PengundiBaharu: Kan Sudah kantoi...

TAK GUNA @abby_abadi112 @hairieothman SERTAI PAKATAN JIKA HANYA MAHU BERCERAMAH!



Tidak guna artis sertai Pakatan Rakyat jika hanya mahu berceramah, kata Zunar

KUALA LUMPUR, 21 Julai -  Kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan.

Menurut Zunar lagi, yang menjadikan keadaan lebih parah adalah apabila golongan artis yang menyertai PR ini mula berceramah agama dan menyesali kehidupan lama mereka sebagai seorang seniman.

“Apa yang saya dapati sekarang ini, mereka (artis) hanya berceramah,” kata Zunar dalam temubual bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.

“Fenomena ini (kemasukkan artis beramai-ramai menyertai PR) sudah berlaku beberapa bulan, apabila berada dipentas PR, mereka berceramah, kadangkala berceramah ugama lagi.

Kartunis yang aktif dengan parti pembangkang semenjak tahun 1998 itu merasakan tidak wajar fenomena artis berceramah ini diteruskan kerana menurutnya artis perlu terus berkarya dan hasilkan karya-karya yang kritikal kepada Barisan Nasional (BN) kerana ini lebih membantu PR daripada selama-lamanya berceramah.

Akhir-akhir ini, golongan artis arus perdana menyertai parti PR secara beramai-ramai.


Artis seperti Bob Lokman, Sham Kamikaze, Aisyah dan Dayangku Intan telahpun menyertai parti PAS dan PKR.

Terbaru yang menggemparkan apabila bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi dan pelakon utama filem Leftenan Adnan, Hairie Othman menyertai PAS.

Kebanyakan golongan artis yang menyertai PR ini berakhir dengan menjadi penceramah PR yang tidak memberi banyak nilai tambah kepada pakatan pembangkang tersebut. SETERUSNYA BACA DISINI

PengundiBaharu: Tak Guna. Paham tak...? Tak Guna! Tak Guna...!

SETELAH @NingDalton, DATUK SHARIFAH AINI JUGA TELAH KECEWAKAN SELURUH TOTOK PAS!



....Penyanyi terkenal Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar yang turut disebut oleh Salahuddin menafikan beliau hendak menyertai PAS.

“Saya sokong kerajaan dan saya tidak pernah terlintas untuk masuk mana-mana parti pembangkang, baik PKR mahupun PAS.”,katanya ketika dihubungi Agendadaily.


Sharifah Aini, 59 yang baru-baru ini mendaftar sebagai pengundi dengan SPR di Pejabat Pos Besar Shah Alam  terkejut namanya disebut sebagai antara artis yang bakal menyertai PAS.

“Saya tidak tahu bagaimana nama saya boleh terbabit. Tapi yang jelas, cerita itu tidak benar,” katanya.

Bila ditanya apakah ada pihak dari sebelah “sana”  pernah mempelawanya menyertai mereka melalui telefon atau sebagainya, Sharifah Aini, dengan tegas menjelaskan, “Tidak ada orang telefon. Saya ini bukan jenis macam itu sebab saya tidak suka orang gaduh-gaduh.

“Bagi saya, kita semua ada plihan masing-masing. Jadi, kalau parti itu fikir mereka baik, buatlah yang terbaik. Tak perlulah kutuk-kutuk orang dan gaduh-gaduh. Kita mahu hidup dalam aman,” katanya. - AgendaDaily

PengundiBaharu: Zunar kata: "Tidak guna Artis sertai Pakatan Rakyat jika hanya mahu berceramah"

Friday, July 20, 2012

@abby_abadi112 SUDAH JADI AHLI PAS SAMPAI MAMPUS #ArtisGantiUlamak



KOTA BHARU - Selepas hampir beberapa bulan berada di pentas ceramah Pas, pelakon Abby Abadi akhirnya secara rasmi menyertai parti itu sebagai ahli seumur hidup.

Dalam majlis yang diadakan di Padang Yayasan Islam Kelantan di sini, malam kelmarin,  Abby menyerahkan borang keahlian kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik  Mat disusuli dengan pemakaian selendang hijau oleh Exco Kerajaan Negeri, Wan Ubaidah Omar.



PengundiBaharu: Abby Abadi taubat, masuk PAS... Tak bijak. Tak bijak.

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1433H / 2012M BAGI KAWASAN KL DAN PUTRAJAYA



@pengundibaharu MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM


PengundiBaharu: Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi.

Thursday, July 19, 2012

FUYOOOO @Tantawi100 KATA @nikabdulaziz MELAYU DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI!



Hairan juga bila Ustaz Nasrudin Tantawi dalam Debat Sinar Harian semalam bersama Ustaz Fathul Bari telah menyatakan bahawa Nik Aziz dari Hujung Rambut sampai Hujung Kaki beliau adalah Melayu.

Dan beliau teruskan ucapan itu dengan melontarkan soalan ini: "APA MASALAHNYA...?".

Namun tahukan Nasrudin....

KOTA BHARU 18 Sept. – Ketika terdapat usaha cuba menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menyatakan beliau tidak bangga berbangsa Melayu.

Ini kerana, katanya, bangsa itu datang secara automatik dan di dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.

Malah, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, sekiranya beliau dijemput berceramah bukan kerana beliau berbangsa Melayu sebaliknya atas nama Islam.

“Bagi saya, kalau saya dijemput ceramah, saya bukan dengan nama Melayu, dengan nama Islam. Cuma kebetulan saya ini nama Melayu.

“Saya tidak berbangga bangsa Melayu. Bangsa ini datang secara automatik,” katanya pada majlis dialog bersama wartawan di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Menurut Nik Abdul Aziz, bangsa tidak dipentingkan dalam Islam sebaliknya yang dilebihkan ialah takwa kepada Allah...

PengundiBaharu: Kalau Bangsa tak penting, kenapalah Allah Taala cipta manusia berbangsa-bangsa..? Baru hari ini tahu rupa-rupanya Nik Aziz ada Bangsa keturunan...!

DEBAT @SinarOnline "TOLAK PEMIMPIN POLITIK ALA SYAITAN" KATA USTAZ FATHUL BARI @IlmuanMalaysia


SHAH ALAM - Golongan muda perlu menolak pemimpin-pemimpin yang suka mencetuskan huru-hara, menimbulkan propaganda dan persepsi tanpa disokong bukti serta fakta kukuh sehingga menyebabkan fitnah terhadap pihak lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sikap ahli politik yang suka menimbulkan persepsi salah terhadap pihak lain diibaratkan seperti politik 'ala syaitan' yang hanya akan memburukkan pihak lain.

“Banyak kategori pemimpin yang perlu ditolak orang muda antara yang lain ialah mereka yang tidak memiliki kepakaran dalam bidang yang dipimpin.

“Mana mungkin seseorang yang tidak memiliki kepakaran akan berjaya dalam bidang yang dipimpinnya, justeru, orang muda perlu bijak menilai siapa pemimpin yang akan mereka pilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti," kata beliau pada Debat Sinar Harian bertajuk PRU13: Orang Muda Pilih Siapa? yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, sebentar tadi ...Baca Lagi.

'ALA SYAITAN' MACAM INI KUT...

Wednesday, July 18, 2012

MALAM INI @drhasanali DI BANDAR TUN RAZAK


PengudiBaharu: Sambil makan keropok lekor boleh tengok ceramah Hasan Ali.

BENARKAH #PAS ITU PARTI AJARAN SESAT...?


Marah sungguh totok-totok PAS apabila UMNO adakan wacana "PAS: Parti Ajaran Sesat".

Sampai PAS mahu ambil tindakan menyaman MB Terengganu kerana melabel PAS sebagai "Parti Ajaran Sesat". Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga mendakwa bahawa PAS itu adalah singkatan kepada "Parti Ajaran Sesat".

Jika diamati trek rekod PAS, sikap-sikap totok PAS yang taksub dengan PAS jugalah yang mengiakan atau membenarkan label buruk seperti "Parti Ajaran Sesat" terpalit pada PAS!

Misalnya kes cerai Totok PAS dengan Isterinya baru-baru ini:



Selain Itu... doa-doa pelik yang diamalkan oleh Totok PAS
seperti Doa Pecah Perut dan 'Doa Atas Lori' ini: 


Dan Paling tak berapa mengejutkan adalah
amanat Anak Nik Aziz nih...



NIK AZIZ KATA BAGUS OTAK ANAK AKU... 


PengundiBaharu: Ikut Nabi Muhammad comferm selamat. Ikut Nik Aziz... Belum tentu.

HARAKAH @hdaily09 SIAR SURAT BELA SYIAH SESAT!




TV Hijrah didakwa pecahbelahkan Islam

S.M Mohamed Idris,

Kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif
Al Hijrah Media Corporation
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Assalamualaikum wr wb


Tuan,


Menyemai Perpecahan Dalam Kalangan Umat Islam


Saluran Televisyen Al Hijrah merupakan salah satu saluran yang mempunyai ramai bilangan penontonnya. Sikap, pemahaman, pandangan dan tindakan mereka yang menonton rancangan televisyen itu akan dipengaruhi apa yang mereka tonton. Oleh sebab itu, sebagai pengendali saluran Islam, anda mempunyai tanggungjawab yang besar untuk melaksanakan penelitian yang rapi dalam penyampaian mesej melalui saluran televisyen kepada penonton agar ia tidak melanggar ajaran al Quran yang menuntut kebaikan dan melarang kemungkaran.

Al Hijrah, dalam kenyataan misi dan visinya, telah berjanji untuk menjadi stesen penyiar dengan misi untuk mendidik, menghibur dan menyatukan umah melalui siaran yang berkualiti dan kreatif berdasarkan ajaran Islam yang sesuai dengan masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Memandangkan  misi yang suci ini, kami amat terkejut apabila mendapati bahawa TV Al Hijrah menyiarkan suatu diskusi panel di mana ahli panel yang dianggap sebagai sarjana Islam membuat tuduhan tidak berasas terhadap Syiah yang hanya akan menimbulkan perpecahan dan kebencian dalam kalangan umat Islam.

Mereka menuduh Syiah berkomplot bersama Yahudi,  menganggap Islam Sunni sebagai anjing, mengamalkan penipuan, dan tuduhan lain yang mengapi-apikan yang boleh menimbulkan kebencian Islam Sunni terhadap saudara Syiah mereka. Kenyataan provokasi seperti itu jelas melanggar perintah Allah swt: Berpegang teguhlah dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah antara kamu... [Surah Al Imran 3:103].

Siaran TV yang mengutuk Syiah menjejaskan inisiatif yang diambil untuk menggalakkan pemahaman yang lebih luas antara mereka dan kita golongan Sunni dalam usaha untuk menguatkan perpaduan Islam selaras dengan pengajaran al Quran.

Pada Julai 2005, berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh 24 ulamak kanan (termasuklah Sheikh Al Azhar, Ayatollah Sistani dan Sheikh Qaradawi), Raja Abdullah II dari Jordan telah menganjurkan satu persidangan Islam antarabangsa yang dihadiri oleh 200 sarjana Islam terkemuka dunia dari 50 negara yang telah mengeluarkan fatwa berikut:

•    Sesiapa sahaja yang patuh kepada salah satu daripada empat Usuluddin Islam mazhab Sunni (Hanafi, Maliki, Shafei dan Hanbali), dua Usuluddin Islam mazhab Syiah (Ja’fari dan Zaydi), Usuluddin Islam  mazhab Ibadi dan Usuluddin Islam mazhab Thahiri adalah seorang Islam. Mengisytiharkan seseorang itu sebagai murtad adalah mustahil dan tidak dibenarkan.

•    Terdapat lebih banyak persamaan antara pelbagai mazhab Usuluddin Islam berbanding dengan perbezaan antara mereka. Pengikut lapan mazhab Usuluddin  Islam ini bersepakat dalam perkara prinsip asas Islam.

•    Semua percayakan Allah (Tuhan), dimuliakan dan ditinggikan, esa dan unik; al Quran itu suci dan wahyu yang dipelihara dan dilindungi oleh Allah, dimuliakan serta tiada sebarang perubahan dan pindaan; dan Muhammad s.a.w adalah Rasul dan Nabi untuk semua manusia.

•    Semua bersetuju mengenai lima rukun Islam: mengucap dua kalimah syahadah; solat; mengeluarkan zakat; berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji ke Mekah. Semua bersepakat mengenai rukun Iman: percaya kepada Allah, Malaikat, Al Quran, Rasul, Hari Kiamat dan Qada dan Qadar.

•    Ketidaksepakatan antara ulama antara lapan mazhab Usuluddin Islam itu hanya pada cabang agama (furu) dan beberapa asas (usul) [agama Islam]. Ketidaksepakatan tentang  cabang agama (furu) adalah satu rahmat. Lama dahulu dikatakan bahawa kepelbagaian pendapat dalam kalangan ulama adalah satu rahmat.

Fatwa itu diterima dengan sebulat suara di sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam di Mekah pada Disember 2005 dan oleh enam perhimpunan ulama Islam antarabangsa lain, kemuncaknya dengan Akademi Fekah Islam Antarabangsa yang berpusat di Jeddah pada Julai 2006. Jumlahnya, lebih 500 ulama Islam terkemuka dari seluruh dunia menerima dengan sebulat suara fatwa dan Mesej Amman. [Kunjungi laman sesawang rasmi Mesej Amman (Amman Message) untuk senarai lengkap mereka yang menerima fatwa itu].

Resolusi 152 Akademi Fekah Islam Antarabangsa, Islam dan Satu Ummah, dan mazhab Usuluddin  Islam, menyeru supaya diketepikan ketidaksepakatan antara orang Islam, menghormati antara satu sama lain, menguatkan hubungan persaudaraan dan tidak membenarkan perpecahan dan campurtangan luar.

Ia menasihatkan pengajaran fekah berkaitan perpaduan Islam kepada pelajar sekolah menengah dan universiti. Ia menyarankan pihak berkuasa berkaitan di negara Islam mengambil langkah untuk mencegah percetakan, penyebaran dan pengedaran penerbitan yang menambahkan lagi perpecahan ummah.

Resolusi 152 juga menekankan jangan menyalahkan mana-mana lapan mazhab Usuluddin Islam kerana  tindakan yang salah daripada pelampau seperti membunuh mereka yang tidak bersalah, menjatuhkan maruah dan merampas harta mereka. Terdapat elemen pelampau dalam kalangan Syiah dan Sunni yang di beberapa negara menggunakan kekerasan, malah kadangkala di dalam masjid sendiri.

Elemen seperti ini perlu didedahkan dan diasingkan kerana ia menyemai perpecahan dalam kalangan umat Islam dan  memperburukkan lagi Islam. Dialog antara Syiah dan Sunni mestilah digalakkan dan disuburkan, dan sebarang perbincangan mengenai perbezaan mestilah dibincangkan dalam suasana persaudaraan.

Imam Khomeinie berpesan kepada golongan Syiah yang mengerjakan Haji agar tidak mengasingkan diri mereka daripada orang Islam yang lain.

Beliau menasihati jemaah Haji: “Rakyat Iran dan golongan Syiah dari negara lain dikehendaki untuk mengelakkan semua tindakan yang boleh menimbulkan perpecahan sesama umat Islam. Mereka juga perlu menyertai perhimpunan Sunni dan mengelakkan menghadiri atau membentuk solat di rumah atau memasang pembesar suara untuk menentang mereka. Mereka mestilah mengelakkan daripada melutut di makam suci atau melakukan apa sahaja yang tidak selaras dengan undang-undang yang mulia.”

Kita perlu menyedari bahawa konflik mazhab sebenarnya digalakkan oleh kuasa Barat yang mahu mengenakan hegemoni mereka ke atas umat Islam dan mengawal sumber di negara Islam. Pecah dan perintah telah menjadi dasar mereka sejak berakhirnya Perang Dunia Pertama.
Mereka menipu pemerintah Arab supaya menyokong perang mereka terhadap Khilafah Usmaniyah dengan menjanjikan kemerdekaan bagi tanah Arab, tetapi selepas mengalahkan Turki, Britain dan Perancis membahagikan wilayah antara mereka dan menubuhkan Israel dan Arab Saudi.

Kita dapat melihat ulangan dasar yang sama di Iraq, Lebanon dan Pakistan. Kuasa penjajah berusaha untuk memecahkan negara ini melalui mazhab dan suku kaum; menghasut negara Arab ‘Sederhana’ menyertai Amerika Syarikat dan Israel bagi memusnahkan Hisbullah di Lebanon, Hamas di Palestin dan melakukan pertukaran rejim di Iran.

Amat dikesalkan sekali, beberapa ulama membenarkan diri mereka digunakan sebagai alat oleh penjajah dan pemerintah-pemerintah bagi mewujudkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Kita perlu memberi perhatian kepada amaran yang diberikan oleh Imam Khomeini lebih 25 tahun yang lalu: “Tangan kotor yang memburukkan perbezaan antara Syiah dan Sunni bukanlah terdiri daripada golongan Syiah dan Sunni.

Ia merupakan tangan penjajah yang merancang untuk membawa keluar negara Islam daripada tangan kita. Kuasa penjajah yang mahu merampas kekayaan kita melalui pelbagai skim dan konspirasi adalah mereka yang melahirkan rancangan untuk mewujudkan perpecahan di antara fahaman Syiah dan Sunni.”

Kami merayu kepada anda agar memainkan peranan proaktif dalam menggalakkan perpaduan dalam kalangan umat Islam dan memberikan publisiti yang meluas kepada Mesej Amman dan Resolusi 152 Akademi Fekah Islam Antarabangsa.

Anda juga perlu menghasilkan program berhubung sejarah asal cabaran yang dihadapi oleh umat Islam terutama sekali Balkanisasi dan penjajahan Barat di Semenanjung Arab selepas Perang Dunia Pertama. Kami juga menyarankan supaya penerbit rancangan anda mengkaji The Unmaking of the Middle East oleh Jeremy Salt dan The Ethnic Cleasing of Palestine oleh Ilan Pappe dan menghasilkan rancangan berdasarkan karya itu.

Bersama ini saya sertakan dokumen untuk maklumat anda dan menyebarkannya kepada penerbit rancangan TV Al Hijrah:

1.    The Amman Message

2.    Resolution 152 of the International Islamic Fiqh Academy

3.    Ahmed Deedat on Iran: A nation Reborn

4.    Qaradawi and Shia-Sunni dialogue

Kami percaya bahawa anda akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap ulasan dan saranan dengan niat untuk menjadikan Al Hijrah sebagai saluran TV yang benar-benar Islam.

Jawapan awal daripada pihak tuan amat dialu-alukan. 

Terima kasih.


Yang benar,
S.M Mohamed Idris
Pengerusi, Citizens International



PengundiBaharu: Syiah Ganti PAS...

KEMARUK GUNA ARTIS. @NingDalton MENGAMUK DIFITNAH PAS! #ArtisGantiUlamak




Ning Baizura membuat penafian itu melalui akaun Twitter miliknya sebantar tadi.

Jika diamati, Ning bukan sekadar hanya kesal, tetapi marah dengan sikap pengikut PAS menyebarkan berita dia akan menyertai parti berkenaan. Ning menyifatkan apa yang dilakukan PAS itu sebagai satu bantuk penyebaran fitnah.


Hak berpolitik, bertudung dan sebagainya adalah hak individu. Kita harus menegur mengiktu tertib yang dibenarkan dalam agama jika ada yang salah.

Namun, menyebarkan benda yang tidak ada itu, baik jangan buatlah. Itu memang sudah masuk ke peringkat fitnah. - mynewshub.my


PengundiBaharu: Nampak kemaruk bebeno tu yoep!

Tuesday, July 17, 2012

@Khalid_Ibrahim MB SELANGOR PALING BAGUS...


Apa lagi yang perlu dilakukan oleh Khalid Ibrahim. Segala strategi bagai tidak mengena. 'Bail Out' Talam Corporation kini bakal membogelkan beliau sebagai Menteri Besar paling tidak bertanggungjawab menyelamatkan kroni-kroni puak chauvinist ini.

Dua minggu yang lalu, Chua Tee Yong telah mendedahkan bagaimana hartanah Talam Corporation, RM676 juta, telah dinilai lebih dari yang sepatutnya. Khalid Ibrahim terpaksa meminta bantuan Tony Pua bagi menyelamatkan keadaan kritikal skandal Talam ini.

Agak hebat Tony Pua cuba melakukan spin skandal 'bail out' ini. Malah menyebut Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia turut mengesahkan penilaian terhadap hartanah ini.

Walhal Chua Tee Yong pernah mendedahkan dengan jelas bagaimana Bestari Land telah dinilai melebihi apa yang sepatutnya, RM42 juta. Begitu juga dengan Danau Putra Land yang dinilai RM28 juta melebihi harga pasaran.

Dalam kerancakan DAP membantu Khalid Ibrahim untuk mendapatkan nyawanya kembali, akhirnya Talam Corporation berbohong mengenai Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia memperakui penilaian hartanah yang dibuat.



Kami merujuk kepada pengumuman kami bertarikh 11 Julai 2012 dan ingin menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat dalam perenggan 4 siaran akhbar bahawa kedua-dua SC dan Bursa telah meluluskan penilaian Tanah adalah tidak betul. Menjalankan penyelesaian hutang Talam Corporation Berhad, tidak tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa).

Di bawah Keperluan Penyenaraian Bursa, Talam diperlukan untuk memastikan bahawa penilaian laporan yang dihantar bersama-sama dengan draf pekeliling mematuhi Garis Panduan Penilaian Aset SC. Dalam hal ini, salinan laporan penilaian dan sijil telah dirujuk oleh Bursa kepada SC untuk semakan pada mematuhi garis panduan yang berkaitan dan kecukupan pendedahan dalam sijil penilaian.

Kami juga ingin mengumumkan bahawa TRINITY tidak akan membuat sebarang pengumuman lanjut berkaitan dengan apa-apa pernyataan lanjut oleh mana-mana pihak, jika ada, melainkan jika perlu semua butir-butir yang terkandung di dalam surat pekeliling kami kepada pemegang saham bertarikh 15 mac 2011. (Sumber: Gelombang Wangsa Maju)


PengundiBaharu: Khalid gagap memang bagus... Bagus dalam bab membohong rakyat!

PENDEDAHAN @mymassa "NIK AZIZ SEMBAH GAMBAR SENDIRI...?" APA KOMEN @abby_abadi112





Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Dun Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan poster Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai nilai komersil yang tinggi bagi menarik pengundi. Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz. - Haprakdaily


PengundiBaharu: Patutlah totok-totok PAS tampal steaker Nik Aziz di kereta. Dapat pahala.

Monday, July 16, 2012

TEGURAN BUAT ARTIS YANG JOIN PAS @abby_abadi112 #ArtisGantiUlamak



PengundiBaharu: Tak bijak. Saya masuk PAS baru kenal Islam. Tak bijak.

NAJIB JEMPUT RAKYAT KEMUKA INPUT BAJET 2013



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mempelawa rakyat Malaysia menyumbang idea, berkongsi cadangan dan pendapat mereka mengenai Bajet 2013 secara online bermula hari ini sehingga 29 Julai.

Perdana Menteri berkata platform itu merupakan peluang bagi semua rakyat Malaysia mengemukakan idea dan input mereka untuk pertimbangan Kementerian Kewangan.

Orang ramai boleh menyuarakan pendapat mereka dengan mengklik bahagian yang disediakan pada entri terbaharu blog beliau www.1malaysia.com.my yang bertajuk 'Bajet 2013: Saya Hargai Cadangan Anda'.

"Pada 28 September akan datang, saya akan membentangkan Bajet Negara untuk tahun 2013 bagi pihak kerajaan persekutuan selaku menteri kewangan. Pada saya, adalah penting agar rakyat diberikan peluang untuk menyuarakan cadangan dan pendapat mereka tentang cara terbaik untuk bawa negara kita ini ke hadapan di pentas dunia dari segi sosial dan ekonomi.

"Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya amat berharap agar dapat menerima idea-idea baharu yang bernas serta penyelesaian yang berpotensi daripada rakyat Malaysia," kata Najib dalam blog beliau hari ini.

Perdana Menteri berkata platform itu akan memberi tumpuan terhadap beberapa topik iaitu kos sara hidup, keselamatan awam, harga hartanah, peranan belia dalam kreativiti dan juga isu-isu yang mempengaruhi kehidupan rakyat.

"Pada masa ini, kurang daripada 10 peratus rakyat Malaysia yang membayar cukai. Oleh itu cabaran utama bagi kita adalah untuk memperluas dan mengubah sumber pendapatan negara bagi memastikan defisit bajet dikekalkan pada paras boleh urus agar perbelanjaan tidak melebihi kemampuan kita," katanya.

Untuk mencapai matlamat ini, beliau berkata kerajaan perlu memberikan tumpuan terhadap perangsangan pelaburan dalam negeri serta menarik pelaburan asing melalui Program Transformasi Ekonomi.

"Kita sudah pun membuat permulaan yang kukuh di mana LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) tahun lalu telah mengumpul sebanyak RM110 bilion hasil, dan ini membolehkan kita membiayai perkhidmatan-perkhidmatan utama bagi kebajikan rakyat seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan baucar buku.

"Bagi mengekalkan momentum ini, kita perlukan semua rakyat Malaysia untuk menyumbang idea mereka, dan oleh itu saya ingin menjemput anda semua untuk turut serta dalam perbincangan Bajet 2013 ini," katanya. - BERNAMA

PengundiBaharu: Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.

HIMPUNAN OREN, HIMPUNAN TOTOK PAS SE-MALAYSIA!



PengundiBaharu: Surat Kerahan. Totok PAS memang pakar demonstrasi...

Wednesday, July 11, 2012

TOTOK PAS SANGGUP CERAIKAN ISTERI KERANA TAKSUB POLITIK...


KOTA BHARU – Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam.

Proses penceraian ke atas wanita itu, Cik Yah (bukan nama sebenar), 60, berlangsung di Mahkamah Syariah.

Menceritakan kisah yang menyedihkan itu kepada Sinar Harian, Cik Yah, seorang ahli Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka.

Menurutnya, ketika itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami.

“Bagaimanapun, awal bulan lepas, kami bergaduh besar. Ia berlaku selepas saya menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah.

“Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut,” katanya.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka.

Menurut Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama.

Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu.

Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak.

Cik Yah mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas.

Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah.

Cik Yah mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu, di beberapa tempat di kawasan kediaman
mereka.

Beliau syak Awang dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas, sehingga Awang berasa tercabar dan mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik.

“Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami.

“Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri,” katanya. - Sinar Harian.

PengundiBaharu: Ada can lah Pak Cik nak kawin dengan Abby Abadi...

Sunday, July 8, 2012

HUDUD: SURAT SOKONGAN ILMU DAN USTAZ FATHUL BARI KEPADA UMNO JOHOR



1. Kami menyatakan sokongan padu kepada UMNO Johor bagi melaksanakan undang-undang Islam seperti yang telah disuarakan oleh Datuk Ayub Rahmat pada mesyuarat pertama penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor ke-12 dan Sidang Dun pada Disember tahun lalu.

2. Sesungguhnya Hukum Allah Azza wa Jalla tidak pernah zalim dan menzalimi sesiapa. Malah hukum tersebut merupakan sebuah keadilan seperti mana yang diimani oleh setiap Muslim. Cuma terkadang sesuatu hukum dari Allah dilihat tidak mampu membawa wacana keadilan lantaran diungkapkan melalui kerangka politik. Justeru iLMU berharap agar UMNO tidak menciptakan versi Hudud sepertimana yang telah dilakukan oleh parti tertentu. Insyaallah UMNO akan membawakan hukum Hudud yang bersumber dari Kitab Suci Al Qur’an dan hadis yang sah; seperti mana yang telah diterapkan oleh para Salaf As Soleh.

3. Oleh yang demikian, hasrat suci ini wajib didokong oleh seluruh umat Islam tanpa ragu. Segenap lapisan masyarakat perlu diberi penjelasan tentang keagungan Hukum Allah ini. Amat wajar UMNO menubuhkan sebuah Jawatankuasa Perlaksanaan Hudud bagi merangka dan membentuk sistem ini termasuk menangani isu-isu ketidak-jelasan masyarakat terutama masyarakat bukan Islam.

4. Supaya Hukum Hudud yang diungkapkan nanti benar-benar berwajahkan keadilan Islam, wajar beberapa pihak dilibatkan dalam Jawatankuasa Perlaksanaan Hudud. Antaranya adalah para Sultan, para cendiakawan, pakar undang-undang, PDRM, badan Kehakiman dan institusi Mahkamah, Pihak Penjara dan yang paling utama adalah para ulama’ antarabangsa serta penglibatan negara-negara yang telah melaksanakan sistem ini seperti Arab Saudi. Malah iLMU sendiri menawarkan diri untuk mencurahkan kepakaran serta mengelola Jawatankuasa tersebut sekiranya diberi kepercayaan.

5. iLMU berharap agar UMNO Johor melakukan persediaan yang rapi dalam menegakkan Hudud di Johor lantaran terdapat masih banyak kekurangan dari pelbagai sudut di negara kita, sementara itu pula rakyat masih tidak mengetahui hakikat sebenar hukum Hudud ini. Sekiranya ditegakkan dalam keadaan sekarang maka kita khuatir masyarakat Islam sendiri yang akan bangkit menolak perlaksaaan hukum tersebut.

6. Hakikatnya, hasrat yang dinyatakan oleh UMNO Johor merupakan sebuah iltizam yang benar, agung serta berhak untuk dipertahankan. iLMU sentiasa berdoa agar UMNO terus menjadi pihak yang menyebarkan syiar Islam di Malaysia sepertimana yang telah dilaksanakan semenjak kemerdekaan. Segala kekurangan, kesalahan dan keterlanjuran yang mungkin pihak kami lakukan, kami mohon maaf. Kepada Allah-lah kita meminta dan kepada-Nya juga kita mengadu. Wassalam.

Yang benar,
Fathul Bari Bin Dato’ Alim Panglima Mat Jahya
Pengarah Urusan (CEO) Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU)

Thursday, July 5, 2012

INGAT NIK AZIZ JE YANG BOLEH ISLAMKAN ORANG BUKAN ISLAM...?


Tengok bawah nih, DS Zambry ajarkan dua kalimah syahadah kepada Tiga Orang Asli Ketika Program Bersama Masyarakat Orang Asli Di Kampung Kenang, dekat Sungai Siput, Perak.


PengundiBaharu: Abby Abadi kata: "Saya sangat bersyukur kerana dalam keadaan banyak umat Islam menolak agama, saya dipilih utk mendapat hidayah itu (Join PAS)."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...