Tidak guna artis sertai Pakatan Rakyat jika hanya mahu berceramah, kata Zunar
KUALA LUMPUR, 21 Julai - Kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan.
Menurut Zunar lagi, yang menjadikan keadaan lebih parah adalah apabila golongan artis yang menyertai PR ini mula berceramah agama dan menyesali kehidupan lama mereka sebagai seorang seniman.
“Apa yang saya dapati sekarang ini, mereka (artis) hanya berceramah,” kata Zunar dalam temubual bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
“Fenomena ini (kemasukkan artis beramai-ramai menyertai PR) sudah berlaku beberapa bulan, apabila berada dipentas PR, mereka berceramah, kadangkala berceramah ugama lagi.
Kartunis yang aktif dengan parti pembangkang semenjak tahun 1998 itu merasakan tidak wajar fenomena artis berceramah ini diteruskan kerana menurutnya artis perlu terus berkarya dan hasilkan karya-karya yang kritikal kepada Barisan Nasional (BN) kerana ini lebih membantu PR daripada selama-lamanya berceramah.
Akhir-akhir ini, golongan artis arus perdana menyertai parti PR secara beramai-ramai.
Artis seperti Bob Lokman, Sham Kamikaze, Aisyah dan Dayangku Intan telahpun menyertai parti PAS dan PKR.
Terbaru yang menggemparkan apabila bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi dan pelakon utama filem Leftenan Adnan, Hairie Othman menyertai PAS.
Kebanyakan golongan artis yang menyertai PR ini berakhir dengan menjadi penceramah PR yang tidak memberi banyak nilai tambah kepada pakatan pembangkang tersebut. SETERUSNYA BACA DISINI
PengundiBaharu: Tak Guna. Paham tak...? Tak Guna! Tak Guna...!
undi pr akan bertambah.....bertambah sorang artis tulah!!! tp kurang bnyk kerana ramai dh meluat dgn budaya 1 hari bertudung berketayap dh jd ustat ustazah. siap kutuk org lagi. pr tetap rugi....
ReplyDelete