....Penyanyi terkenal Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar yang turut disebut oleh Salahuddin menafikan beliau hendak menyertai PAS.
“Saya sokong kerajaan dan saya tidak pernah terlintas untuk masuk mana-mana parti pembangkang, baik PKR mahupun PAS.”,katanya ketika dihubungi Agendadaily.
Sharifah Aini, 59 yang baru-baru ini mendaftar sebagai pengundi dengan SPR di Pejabat Pos Besar Shah Alam terkejut namanya disebut sebagai antara artis yang bakal menyertai PAS.
“Saya tidak tahu bagaimana nama saya boleh terbabit. Tapi yang jelas, cerita itu tidak benar,” katanya.
Bila ditanya apakah ada pihak dari sebelah “sana” pernah mempelawanya menyertai mereka melalui telefon atau sebagainya, Sharifah Aini, dengan tegas menjelaskan, “Tidak ada orang telefon. Saya ini bukan jenis macam itu sebab saya tidak suka orang gaduh-gaduh.
“Bagi saya, kita semua ada plihan masing-masing. Jadi, kalau parti itu fikir mereka baik, buatlah yang terbaik. Tak perlulah kutuk-kutuk orang dan gaduh-gaduh. Kita mahu hidup dalam aman,” katanya. - AgendaDaily
PengundiBaharu: Zunar kata: "Tidak guna Artis sertai Pakatan Rakyat jika hanya mahu berceramah"
Pas= Parti Artis Sengkek?
ReplyDelete