Saturday, July 21, 2012

#DebatSinar @Tantawi100 BERKOPIAH SAMBIL BERDUSTA MENJELANG RAMADHAN!


Isu hudud; Nasrudin (Pas) Cerita Nak Best Tapi Berbohong Ketika Debat.

Perkara ini berlaku sewaktu berlangsungnya debat dia antara dua Ustaz Muda, diantara CEO Ilmuan, Ustaz Fathul Bari dan KP PAS, Nasrudin Tantawi. 

Dalam salah satu sesi debat, Ustaz Nasrudin telah mempertikaikan MCA yang menyerang serta mempersoalkan hukum hudud dan tiada maklum balas dari orang UMNO. Dengan tenang, ustaz Fathul Bari menyambut bahawa, Karpal Singh juga menyatakan perkara yang sama supaya melangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum boleh melaksanakan negara Islam.

Dek kerana tersepit, dan mungkin juga sebab malu dibidas dengan kenyataan Karpal Singh, Nasrudin Tantawi terpaksa menggunakan pendekatan reka cerita kanak-kanak dengan menjual nama karpal Singh.

"Karpal Singh dia kata...dia kata langkah mayat saya tu hok 20 tahun dulu dan dia pun beritahu itu ucapan saya 20 tahun dulu. Sekarang, dalam Konvensyen PR di Pulau Pinang baru-baru ni..katanya, setelah saya berkawan dengan PAS, saya tengok HUDUD, masalah HUDUD ialah kita boleh bincang semula....”

Itu kata Nasrudin.. apa pula kata Karpal.??

Wartawan NST dalam satu perbualan telefon bersama Karpal untuk mengesahkan perkara ini terkejut kerana Karpal kedengaran berang dengan kenyataan Nasrudin yang dilihat sebagai menJUAL namanya.

“I will NEVER compromise,” said Karpal in a telephone interview with the New Straits Times.“I have always been very public and absolute on my stand to never have hudud implemented in the country... how then can he (Nasrudin) claim such a thing?” said the DAP stalwart, who is well known for his strong opposition to any attempt to introduce Islamic laws in this country.

Amat malang bagi Nasrudin bila cerita kartunnya membuatkan Karpal Singh naik hangin dan mempersoalkan bagaimana Nasrudin tergamak keluarkan kenyataan sedemikian kepada umum.

So Nasrudin... soalan aku... bagi penjelasan sikit boleh tak...kata bawak imej Islam? Berbohong ni macam mana?

-Tok Guru.



PengundiBaharu: Kan Sudah kantoi...

1 comment:

  1. orang2 PAS memang kuat pembohong termasuklah Tok Guru nyanyuk & President Bahlul Hadi mereka tu....x hairan pun.

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...