Friday, December 23, 2011
APA MAKNA LOGO 'DEMI RAKYAT' OLEH PKR?
AIDCNews – 10/12/11 – Sebaik sahaja logo 'Demi Rakyat' dilancarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersempena dengan Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN pada Jun 2011, ramai tertanya-tanya apa makna di sebalik simbol logo itu.
Slogan baru PKR ‘Demi Rakyat’ itu berbentuk banyak tangan yang diangkat dan dibuka supaya nampak lima jari. Apakah ada maksud tersirat yang PKR ingin sampaikan kepada rakyat Malaysia di sebalik simbolik logo berkenaan.
Memandangkan slogan ‘Demi Rakyat’ menjadi slogan utama PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, logo berbentuk ‘tangan-tangan yang diangkat terbuka’ itu dijadikan tema dan backdrop semasa Kongres Nasional PKR Kelapan di Pulai, Johor, November 2011.
Tentunya logo ‘tangan-tangan terbuka’ itu mempunyai makna yang ‘paling berkesan’, lantaran itu dijadikan logo tema ‘Demi Rakyat’ anjuran PKR.
Demi Anwar
Blogger GA telah membahaskan makna slogan ‘Demi Rakyat’ yang disifatkan sebagai slogan untuk mengelabui mata menyokong Anwar Ibrahim di sebalik perkataan ‘Rakyat’.
Sebenarnya slogan itu bukan ‘Demi Rakyat’ tetapi ‘Demi Anwar’, lapor blog itu.
“Kongres PKR akan sekali lagi membawa slogan Demi Rakyat. Anda mungkin tidak percaya, Anwar dan PKR memanggil ‘pakar bahasa’ dalam mencari slogan terbaik yang boleh digunapakai menjelang pilihan raya. Maka, slogan Demi Anwa(R)akyat diguna pakai.
“Sebenarnya Demi Rakyat ini masih meletakkan Anwar sebagai insan agung. Sengaja dipilih begitu, bagi membiasakan penyokong kuat PKR dengan ayat Demi Rakyat – yang akan ditukar kepada Demi Anwar jika pemimpin itu didapati bersalah. Semua ini sudah siap diatur.
“Semuanya mesti mengenai Anwar…jangan lupa itu”, lapornya.
Selain blogger GA yang membahaskan dari segi bahasa, setakat ini belum ada pihak lain yang membahaskan dari segi penggunaan simbol.
Makna Simbol
Menurut blog narcissuswolf, simbol tangan terbuka adalah simbol hak asasi manusia (human rights).
“Anda Mempunyai Hak Asasi Anda”, simbolik di sebalik simbol tangan itu.
Memahami bacaan laman itu ‘simbol tangan’ mungkin diambil dari ‘kepak burung merpati’ yang menjadi simbol utama hak asasi sebelum ini.
Kemudian, simbol burung merpati ditukar kepada simbol tangan yang digunakan secara universal sebagai simbol hak asasi manusia.
‘Rights’(Hak) sama dengan’Freedom’(Kebebasan), yang bermaksud perjuangan yang bertunjangkan hak asasi manusia maknanya memperjuangkan kebebasan manusia.
Salah satu prinsip utama hak asasi adalah keadilan atau ‘equality‘.
Free as a Man
Dr Sulaiman Noordin telah mendedahkan slogan ‘liberty’(kebebasan), ‘equality’(persamaan) dan’fraternity’ (persaudaraan) adalah berasal dari slogan Freemason/Illuminati Zionis yang digunakan untuk menumbangkan sesebuah kerajaan, terutamanya ‘Revolusi Peranchis’.
Menurutnya slogan ini berakar-umbi daripada fahaman Humanisme iaitu satu fahaman yang menganggap manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itu adalah Tuhan yang Maha Agong. Klik di sini dan sini
Kombinasi ‘burung merpati’ dan ‘tangan manusia’ telah menjadi ilham Predrag Stakic, seorang pereka grafik dari Belgrade, Serbia untuk mencipta logo hak asasi manusia anjuran Cinema for Peace, New York 2011.
Logo baru bertema “Free as a Man” itu telah memenangi pertandingan tersebut.
“Tiada logo tunggal boleh mengubah dunia – termasuk yang satu ini. Tetapi logo adalah simbol bahawa orang ramai boleh berkumpul di sekeliling dan mereka boleh mengubah dunia”, kata pemenang logo ‘Free as a Man‘ itu.
Barangkali maksud pereka itu, fahaman ‘Free as a Man‘ tidak akan berjaya jika hanya dianuti secara individu, tetapi akan berjaya jika dianuti oleh ramai pihak di seluruh dunia ini.
Maknanya satu tangan bermaksud satu individu dan banyak tangan yang mengangkat simbol yang sama bermaksud disokong oleh ramai pihak untuk tujuan yang sama.
Justice & Freedom
Bloggers Unite for Human Rights 2009 menjelaskan lagi maksud ‘tangan-tangan yang diangkat terbuka’ itu.
“Setiap individu dilahirkan dengan hak-hak dan kebebasan asas iaitu hak untuk kehidupan, kebebasan dan keadilan!”, lapor blog itu.
Blog itu menterjemahkan secara lebih jelas slogan-slogan di sebalik tangan yang diangkat secara terbuka itu iaitu ‘property‘, ‘Equality‘, ‘freedom‘, ‘justice‘ dan ‘Hope‘.
Menurut blog itu terdapat tiga badan antarabangsa yang memperjuangkan hak asasi manusia iaitu Amnesty International, Human Right Watch dan Youth For Human Rights yang kesemuanya dikaitkan dengan tajaan penyangak mata wang Yahudi, George Soros.
Slogan-slogan ini merupakan slogan yang diperjuangkan oleh Freedom Institute Indonesia dan Akademi Merdeka Malaysia.
Gay Rights Are Human Rights
Pada 7 Disember lalu, laman blogs.rj.org melaporkan Presiden Barack Obama mengeluarkan satu memo mengarahkan agensi-agensi Amerika untuk bekerja dengan kumpulan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) di luar negara.
Memo yang khusus mengarahkan agensi-agensi untuk mempertimbangkan rekod hak asasi manusia di sebuah negara berkaitan dengan masyarakat LGBT untuk diberi bantuan asing.
Pengumuman Presiden Amerika Syarikat itu menyokong langkah kerajaan British di mana Perdana Menterinya, David Cameron yang mengecam negara-negara Komanwel yang melarang aktiviti homoseksual dipraktikkan di negara masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.