Berikut respons Dato Dr Hasan Ali dalam satu PC di rumahnya pada pukul 11 pagi tadi:
1) Menyatakan perjuangan beliau atas nama Islam dan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran seperti jawatan, tetap akan menyokong PR sekiranya perjuangan tersebut meletakkan Islam sebagai asas dalam pentadbiran di Selangor.
2) Menyatakan menerima berita di gugurkan sebagai calon ketika menerima darjah kebesaran oleh Sultan Selangor baru-baru ini.
3) Pengguguran beliau sebagai calon adalah berdasarkan kepada keputusan kekurangan mendapat pencalonan di peringkat cawangan dan negeri
4) Walau bagaimanpun keputusan untuk mencalonkan beliau pada PRU akan datang bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan Pas Pusat
5) Menyatakan pada PRU lalu beliau kurang mendapat pencalonan namun tetap di pilih sebagai calon bertanding
6) Buat masa sekarang beliau tidak akan bertanding atas mana-mana parti dan bergantung kepada keadaan semasa
7) Sudah tidak memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor sejak 8 bulan lalu dan tak mengetahui senarai yang akan di calonkn untuk bertanding pada PRU akan datng
8) Menyatakan wujud kerjasama yang tak selari antara Pas Selangor dan Pas Pusat
9) Walaupun PAS, DAP dan PKR mempunyai ideologi yang berbeza beliau tetap berjuang atas nama perpaduan
10)Beliau akan menyertai HIMPUN di Perak dan Selngor kerana perhimpunan tersbut tidak mlibatkan mana-mana parti politik
11)Beliau digugurkan atau tidak pada PRU 13 bukan satu masalah pada dirinya kerana berjuang atas nama islam
12)Tetap akan menyokong perjuangan PR sekiranya perjuangan berlandaskan kepada 3 perkara Islam, Melayu dan Sultan
13)Kepimpinan Tan Sri Khalid adalah satu prubahan dengan menampilkan pentadbiran ala korporat dan sentiasa menitikberatkan pengurangan kos
14)Mengharapkan berita pengguguran beliau tidak disebarkan oleh media sebagai suatu konspirasi.
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.