Wednesday, December 14, 2011

PAKAT KELUAR RAMAI-RAMAI!: LIM BOO CHANG UMUM KELUAR PKR


GEORGETOWN 14 Dis. - Ketua Bahagian Bukit Gelugor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lim Boo Chang hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam parti tersebut.

Beliau memilih untuk meninggalkan parti itu dan kembali menyertai semula Gerakan yang pernah dianggotainya selama 15 tahun, dari 1984 hingga 1999.

Beliau yang juga merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Datuk Keramat berkata, sebelum ini beliau tertarik dengan agenda perubahan atau reformasi yang dibawa oleh PKR.

Katanya, selepas tiga tahun berada dalam parti itu, beliau hilang keyakinan terhadap parti berikutan kegagalan parti itu memenuhi janji.

"Konflik terus menyelubungi kalangan anggota dalam parti. Saya juga meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), jawatan yang dilantik menerusi PKR.

“Ini kerana saya melihat majlis itu tidak lagi bebas dengan tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mencampuri keputusan yang dibuat oleh majlis tersebut.

"Majlis tidak pernah mengalami keadaan sedemikian sebelum ini dan kini dilakukan oleh kerajaan CAT (kompetensi, akauntabiliti dan telus),” katanya. - BERNAMA

Wajah-wajah pemimpin yang sudah meinggalkan PKR...


Anda yang masih didalam PKR bila lagi...?

*FAKTA: 90% Pengasas PKR sudah keluar dari Parti itu.

2 comments:

  1. wayang ajerrr nieee ... jenis manusia tak ada patriotik kepartian ... pii rah mampossssssssssssss

    ReplyDelete
  2. muka muka ini kalau sekali pandang dah tahu memang lebih umno dari umno yg ada

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...