Thursday, December 22, 2011

SELEPAS KHIR TOYO, ANWAR IBRAHIM JUGA BAKAL DIPENJARA?


Khir Toyo dipenjara setahun, hak ke atas hartanah dilucutkan

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, dipenjara setahun selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menerima barangan berharga tanpa balasan Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki turut memutuskan perlucutan hak tertuduh terhadap dua lot tanah dan rumah berkenaan dan diserah kepada Kerajaan Malaysia.

Beliau membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan, selepas menimbangkan semua keterangan bukti dan hujah pendakwaan dan pembelaan.

Bagaimanapun, Mohtarudin membenarkan permohonan pembelaan supaya hukuman itu ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...