Tuesday, December 27, 2011

DIJEMPUT BERAMAI-RAMAI: KARNIVAL SAYANGI SELANGOR!


Barisan Nasional (BN) Selangor akan menganjurkan karnival empat hari bertujuan menyemai semangat 1Malaysia dalam kalangan masyarakat di i-City dekat sini mulai Rabu ini (28 Dis 2011).

BN negeri telah menyusun pelbagai aktiviti berasaskan kekeluargaan terutamanya bagi belia di karnival bertemakan 'Karnival Sayangi Selangor'. Karnival ini adalah penutup kepada semua program yang diwujudkan dan dilaksanakan oleh Barisan Nasional Selangor tahun ini demi manfaat penduduk di negeri ini.


[KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS]

[KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS]

Matlamat majlis ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dan persefahaman dalam kalangan masyarakat umum mengenai pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri majlis itu dan potret gergasi Perdana Menteri (Najib) yang dibentuk daripada gambar pelbagai wajah penduduk Selangor akan turut diserahkan kepada Najib pada majlis berkenaan.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...