Thursday, December 20, 2012

SALON: ANWAR KATA PAS KELANTAN BODOH?




PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa kerajaan PAS Kelantan kurang bijak mengendalikan isu kontroversi salun gunting rambut di negeri itu.

Menurut beliau, pengurusan kes yang lemah di peringkat negeri menggambarkan seolah-olah pentadbiran kerajaan PAS tidak sensitif dengan cara kehidupan orang bukan Islam.

Justeru Anwar menyarankan agar kerajaan Kelantan meneliti setiap perundangan yang mahu dikenakan ke atas pengusaha salun.

"Saya setuju. Isu salun ini diuruskan dengan lemah di peringkat kerajaan negeri (Kelantan) sepertimana yang dinyatakan oleh Exco, kita perlu faham cara hidup orang Cina dan Pakatan Rakyat perlu sensitif dengan isu yang melibatkan mereka," katanya pada sidang media hari ini.


Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebelum ini dibidas kerana mengambil tindakan saman terhadap pengusaha kedai gunting rambut yang membenarkan pekerja wanitanya yang bukan beragama Islam memotong rambut pelanggan lelaki yang juga bukan beragama Islam.

Setelah dikritik pelbagai pihak termasuk pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat, DAP, Exco Kerajaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan undang-undang berkenaan dibekukan buat sementara waktu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, M Manoharan dipetik sebagai berkata, kerajaan PAS perlu sensitif terhadap perasaan kaum bukan Islam yang menyatakan pendapat tentang tindakan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Kata beliau, PAS tidak perlu mudah tertekan apabila ada pihak lain yang memberitahu tentang kesilapan yang dilakukan.

"PAS tidak perlu berasa tertekan apabila ada pihak yang mengetengahkan kesilapan. Mereka mesti menjadi sanggup menerima," kata Manoharan merujuk kepada kenyataan Takiyuddin yang mendakwa penyokong PAS Kelantan mempunyai "niat buruk" apabila memberi respon mengenai isu tersebut.

PengundiBaharu: "PAS Kurang Bijak" sama dengan "PAS Bodoh". "Anwar Bijak" sama dengan "Bijak Bodohkan PAS".

1 comment:

  1. anwar meliwat sama dgn anwar main dgn jantan
    anwar berzina sama dgn anwar....korang tambah ler....

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...