Ada khawarij tempelan. Ia tidaklah khawarij tulen. Mereka mengambil sebahagian dari khawarij, ciri-ciri dan idelogi. Dan slogan khawarij sangat jelas dari dahulu sampai ke hari ini. Kenyataan ini bukan untuk menghukum sesiapa ikut suka. Sebaliknya ini merupakan prinsip-prinsip dan dasar khawarij seperti yang telah dinyatakan dalam kitab-kitab ‘firaq'. Seperti tokoh 'firaq' yang terkenal al-Syahrastani dalam kitabnya al-Milal wa Nihal. Juga Syaikh Hussain al-‘Awaji dalam kitabnya 3 jilid Firaqal Muasirah (Pecahan-Pecahan Yang Baru dalam Agama).
Mereka menyatakan slogan Khawarij ialah ‘berhukum dengan hukum Allah’.
Mungkin kita akan bertanya, adakah kenyataan itu tidak betul. Kenyataan, ‘berhukum dengan hukum Allah’ adalah ayat al-Qur’an. Namun yang dipersoalkan ialah pemahaman mereka terhadap ayat ini dan hukum Allah. Seperti kes hukum hudud yang sering dibicarakan hari ini.
Ada orang yang tidak faham akan hukum agama. Mereka hanya melihat kepada kekejaman, keganasan dan perlaksanaan. Namun mereka terlepas pandang untuk melihat kepada indikasi, tujuan perlaksanaan dan maqasid di sebalik hukum tersebut.
Mereka tidak melihat kepada suasana. Mereka tidak melihat kepada keadaan. Mereka tidak melihat kepada masa. Mereka tidak melihat kepada realiti
Hakikatnya hukum Allah sesuai dan tepat pada semua masa dan zaman. Cumanya dalam kesesuain tersebut, kita tidak boleh hanya terus memindahkan kandungan kitab fikah terus kepada perlembagaan. Tindakan ini tidak benar.
Kita perlu melihat, meneliti dan mengkaji beberapa hal.
Sebagai contoh mengapa Khalifah Umar menambah hukuman sebat kepada peminum arak dari 40 sebatan kepada 80 sebatan.
Juga mengapa Khalifah Umar tidak potong tangan orang yang mencuri ketika musim kemarau.
Dan mengapa Nabi dalam hadis Imam Abu Dawud, Nabi melarang potong tangan kepada pencuri dari kalangan tentera ketika peperangan. Hal-hal ini semua oerlu diambil kira.
Hukum Islam Untuk Orang Islam Sahaja?
Dan hukum Islam tidak boleh dilaksanakan kepada orang Islam sahaja. Bukankah kita melihat realiti yang berlaku pada hari ini, apabila kelompok-kelompok ajaran sesat seperti Qadiyahi dan Ayah Pin di dakwa, akhirnya mereka mendakwa keluar dari ajaran Islam (yang mengakibatkan tindakan tidak boleh diambil). Maka dengan itu senanglah pencuri, perompak atau perogol mahu melepaskan diri dari hukum. Ini harus difikirkan.
Pernah terjadi kes seorang pelajar sekolah agama ditangkap kerana tidak berpuasa. Dengan mudah pelajar ini menyatakan bahawa dia adalah seorang Siam dan bukan Islam. Setelah diperiksa kad pengenalannya baharulah diketahui bahawa dia telah menipu untuk menyelamatkan diri.
Hal-hal seperti ini tidak mustahil berlaku, jika undang-undang Islam hanya dilaksanakan kepada orang Islam sahaja. Jika tidak undang-undang Islam akan dipermainkan-mainkan.
Oleh yang demikian itu kita perlu lihat, kita perlu fikirkan dan melakukan perbincangan dari masa ke semasa. Jangan kita beridelogi seperti idelogi khawarij semata-mata kita bercakap tentang hukum Allah namun kita sendiri tidak memahami apatah lagi untuk memahamkan masyarakat.
Hukum Allah ini semuanya sama sahaja. Seperti mana juga hukum solat. Kita adakah kursus-kursus solat dan hukum hakam solat. Namun apabila tiba bab hukum had dan perlembagaan Islam, mengapa pihak-pihak yang bertanggungjawab tidak memberi penjelasan.
Hal-hal yang lain kita berusaha memberi penjelasan kepada masyarakat. Beri penjelasan dan pencerahan kepada non-Muslim. Mereka mungkin akan melihat dari perspektif berbeza dari apa yang kita lihat. Banyak benda umat Islam sendiri bertanggungjawab memberikan gambaran yang tidak tepat kepada orang bukan Islam.
Disalin dari rakaman kuliah 03 Oktober 2011 di al-Khaadem.
oleh Abu Abdillah Riduan Khairi, Biro Multimedia & Penerbitan iLMU.
pemerintah wajib jalankan hukum Allah..berapa tahun orang islam pegang tampuk pemerintahan malaysia, kenapa xlaksanakan hudud?
ReplyDeleteadakah kewajiban melaksana hukum islam harus ditunggu?