Tuesday, October 25, 2011

LAGI KEJAYAAN KHALID DAN PKR DI SELANGOR...



KUALA LUMPUR: Pengurusan Syarikat Kerajaan negeri Selangor iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kurang memuaskan apabila mengalami kerugian sebelum cukai bagi 2009 sebanyak RM122.25 juta berbanding keuntungan sebelum cukai yang diperoleh 2008 iaitu RM34.45 juta.


Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2010 hasil daripada pengauditan yang dijalankan terhadap KDEB antara bulan Ogos hingga Disember tahun lalu mendapati secara keseluruhannya pengurusan syarikat KDEB adalah tidak memuaskan.

KDEB adalah syarikat milik penuh kerajaan negeri Selangor yang ditubuhkan 3 Ogos 1985 di bawah Akta Syarikat 1965 beroperasi dengan modal yang dibenarkan berjumlah RM300 juta dan modal berbayar berjumlah RM262.40 juta.

“Pada tahun 2009, pengurusan aktiviti utama KDEB dan prestasi kewangan syarikat subsidiari KDEB juga juga tidak memuaskan di mana terdapat kerugian selepas cukai berjumlah antara RM1.08 juta hingga RM139.23 juta.

“Terdapat juga beberapa kelemahan tadbir urus korporat seperti mesyuarat lembaga pengarah tindak mengikuti kekerapan, audit dalaman tidak ditubuhkan dan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan tidak berfungsi,” katanya.

Selain itu berdasarkan laporan audit juga mendapati KDEB tidak membayar dividen kepada kerajaan negeri Selangor serta pembayaran bonus tidak mengikut peraturan ditetapkan.

Bagi memastikan pengurusan kewangan, operasi dan tadbir urus korporat dipertingkatkan, KDEB disyorkan mematuhi dan melaksanakan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9, 10, 11 dan 12 tahun 1993.

Bukan itu saja KDEB juga disarankan supaya meluluskan Prosedur Kerja dan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan diguna pakai sebagai panduan dalam menjalankan urusan kewangan.

Syarikat milik kerajaan negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar Selangor itu berperanan sebagai sebuah syarikat pelaburan dan bagi memenuhi keperluan masyarakat KDEB menekankan kepada pelaburan terancang dan berstruktur.

“Keahlian Lembaga Pengarah pada Mac 2008 terdiri daripada empat orang ahli iaitu, Menteri Besar Selangor, Presiden KDEB, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Pegawai Kewangan Negeri,” katanya.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...