Saturday, October 15, 2011

UMNO lebih utamakan artis...

Kecoh Awie dan beberapa artis Malaysia lain join UMNO...




Hakikatnya, PAS hari ini kian terdesak....

Pelbagai pendekatan digunakan utk meraih undi terutama daripada bangsa Melayu sendiri. Dengan bermodalkan program dan aktiviti bersama rakyat serta dihebahkan secara meluas secara tidak langsung membuka mata banyak pihak berkenaan program yg dijalankan.

Pendekatan yg lebih rapat kepada rakyat adalah dengan membawa artis-artis jemputan utk memeriahkan program mereka. Inilah yg terjadi kpd Zahid AF2 dan juga Amy Search.

Zahid AF

Amy Search

Penglibatan artis-artis di atas tidak diketahui samada atas dasar dibayar ataupun sukarela (suka dgn PAS lah) bersama. Tetapi jika diikutkan Zahid tidak pernah umum utk berjinak dgn mana-mana parti politik. Tp sy percaya, Zahid menerima bayaran utk memeriahkan majlis, hehe. Dia dah tak kuar album baru lagi.

Bagi Amy Search, beliau mungkin berminat utk mengenali lebih mendalam Nik Ajis. Arr itu tidak bermakna dia bersungguh join PAS. Tapi kalo dia nak join PAS, takda masalah. Sy skit pun tak kecik hati haha (donlot dari intenet je la lagu baru Amy nanti)

Berlainan dengan artis-artis di bawah ni, yg mana boleh diklasifikasikan sebagai CONFIRM org PAS. Spt Bob Lokman, Leman Raja Lawak dan Akhil Hayy.

Akhil Hayy

Akhil Hayy ni pun dah nampak spt terumbang ambing di dalam PAS. Mungkin dia sbg seorang penceramah freelancer di dalam PAS dan akan digunakan semasa musim-musim kemarau PAS dan musim pilihanraya akan datang.

Tp apa yg sy lihat, pastinya suatu hari nanti Akhil Hayy akan meninggalkan PAS. Percayalah..

Leman Raja Lawak

Si Leman Raja Lawak ni tak tau apa nak cakaplah. Tp mungkin akan dijadikan sbg penceramah di peringkat kampung-kampung utk memujuk dan menipu org ramai dgn lawak serta kelakarnya yg tak berapa nak jadi mcm Amir Raja Lawak tu.

Setakat area Kedah tu boleh cover la kot. Paling jauh pun sampai Padang Besar, Perlis lah.

Bob Lokman

Bob Lokman adalah di antara penceramah 'pisang panas' PAS. Akan digunakan seboleh mungkin sehingga si Bob ni kurus mcm Tok Guru Nik Ajis. Selepas tu Bob akan diangkat menjadi Mursyidul Am PAS II. Mungkin juga bakal calon pilihanraya akan datang.

Menyalahkan sistem negara ye yg menyebabkan ko terjebak dalam syahwat dunia hahaha.

Pak Jabit

Penglibatan Pak Jabit ni mmg sudah diketahui ramai. Kalo tgk film Hantu Kak Limah tu, mendengar skripnya pun kita tau dia mmg pembangkang walaupun itu hanya lakonan semata-mata. Tapi lantak lah, yg sy tau dia ni org PAS (Sebenarnya Pak Jabit orang kuat PKR) dan bakal mendapat title Ustaz suatu hari nanti.

Renggo


Ini artis bernama Renggo daripada kumpulan Arrow. Menurut info, ketika itu Renggo melakukan kejutan dgn menyertai PAS dan menyerahkan borang keahlian kpd PAS. Bagus-bagus. Ramai dah artis dalam PAS. Popular gak PAS ni.

Cico dan Bob Lokman


Gambar ini diterima, dikatakan sebelah Bob itu merupakan Cico - pelakon yg badan sasa tu pun turut menyertai PAS. Orang kata dia masuk PAS tapi tak sure lah kesahihannya. Kita tgk lah nanti. Mungkin mamat ni pun dah malas nk cite pasal dunia hiburan kot. Insafff~

Azmil

Ustaz Azmil Mustapha atau dikenali sebagai Ali Setan yg didakwa kononnya dia tidak menyebelahi mana-mana parti politik di Malaysia ini dalam menyampaikan dakwahnya. Tetapi percaturan beliau silap. Jika tidak menyebelahi parti politik masakan tidak perasan bendera PAS yg terletak di hadapan rostrum dan bendera yg berkibar di atas bumbung tu.

Level dia skg ni menyamai Al Fadhil Ustaz Bob Lokman. Kemungkinan besar boleh menjadi Penerangan PAS Pusat.

Wardina

Mengenai Wardina pula, dia ni merupakan seorang yg agak kompius dgn dirinya serta tingkah laku diri sendiri. Mungkin setelah melakukan sesuatu, dia baru perasan dan menyedari perkara itu salah ataupun tidak.

Malas nak ulas lebih-lebih, kang nak menyaman je kejenya hehe.

Yassin

Ini pula Yassin, bekas penyanyi kumpulan Brother's. Tak dapat dipastikan samada dia pun turut terjerumus dalam kancah politik busuk pembangkang ataupun tidak. Nasib lah, sy tak berapa kisah sangat pasal dorg ni semua.

Tapi apa yg pasti, kita bukan mengejar berapa banyak kuantiti artis yg berjaya dihasilkan dan dikumpulkan di dalam parti. Saya teruja ingin mengetahui apakah sebab musabab penghijrahan artis-artis ini? Adakah disebabkan rasa ingin kembali popular ataupun sekadar meletakkan diri setanding para 'ustaz' PAS?

Teringat dahulu, PAS sungguh membenci hiburan tanah air kerana semuanya disifatkan sbg maksiat dunia. Tetapi hari ini, anda pikirlah sendiri. Apa yg pasti jumlah artis tidak menjamin kemenangan kpd sesebuah parti tetapi apa yg penting adalah pelan jangka panjang sesebuah parti tersebut adakah ia menguntungkan rakyat ataupun sebaliknya.

Kepada artis-artis PAS, berjuanglah bersungguh-sunggu agar tidak tersesat ataupun terjerumus ke dalam kancah dosa yg bakal menjahanamkan masa dpn anda di akhirat nanti.

Tidak berguna segala amalan serta dakwah yg disampaikan disulami dengan perasaan penuh benci dan dendam kepada org lain dek kerana ketelanjuran yg dilakukan dahulu disebabkan kelalaian diri sendiri. Harus diingat, segala yg berlaku telah mengikut ketetapan Allah. Jgn salahkan segala sistem di negara ini yg menyebabkan anak-anak menjadi gila. - Rezqeen Hill

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...