Saturday, October 22, 2011

KEJAYAAN KERAJAAN PKR SELANGOR



KUALA LUMPUR 21 Okt – Kerajaan Selangor tidak harus mendiamkan diri berhubung dakwaan salah tadbir geran wang kerajaan negeri sebanyak RM 55 juta kerana ia adalah milik rakyat yang seharusanya digunakan untuk tujuan penyelengaraan jalan dan kemudahan infrastuktur.

Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamad berkata, sehingga kini Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan anggota exconya enggan menjawab terhadap yang dibuat olehnya baru-baru ini.

“Saya hairan sehingga kini, kerajaan negeri termasuk Menteri Besarnya masih mendiamkan diri mengenai perkara itu, wang berkenaan adalah milik rakyat dan tidak seharusnya digunakan untuk tujuan lain.

“Wang berkenaan adalah peruntukkan dari Kerajaan Pusat untuk kemudahan insfrastruktur di Selangor, tetapi apa yang saya diberitahu wang berkenaan telah disalurkan ke tempat lain,” katanya.

Minggu lalu, Zin mendedahkan berhubung salah tadbir kerajaan negeri terhadap peruntukkan sebanyak RM55 daripada RM183 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat untuk kemudahan infrastruktur.

Pengagihan peruntukkan itu adalah untuk kegunaan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan Selangor dan pihak berkuasa tempatan, selepas dihitung perbelanjaannya, masih ada RM55 juta yang masih tidak digunakan dan ada laporan yang mengatakan wang berkenaan dimasukkan dalam tabung amanah kerajaan negeri.

“Jika benar apa yang didakwa itu tidak benar, Menteri Besar harus menafikan perkara itu, tetapi sehingga kini tiada sebarang maklumat yang diterima mengenai perkara itu, apa yang terjadi.

“Peruntukkan itu dari Kerajaan Pusat untuk rakyat yang disalurkan melalui agensi terbabit, wang berkenanan adalah duit rakyat. Peruntukkan yang diberi itu adalah tanggunjawab Kerajaan Pusat kepada rakyat walaupun Selangor diperintah pembangkang.

“Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai rakyat Selangor untuk mengetahui apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, jika perkara itu berlaku kepada Kerajaan Pusat sudah pasti pembangkang akan menjadikan modal politiknya dan memperbesar-besarkan cerita itu untuk menimbulkan perasaan benci kepada Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...