Tuesday, November 1, 2011

AMBIGA KEPALA BERSIH2.0 AKAN RASMI PROGRAM GAY DAN LESBIAN!!!

AMBIGA BUAT HAL LAGI...


Majlis Fatwa Kebangsaan Digesa Halang Program Seksualiti Merdeka

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan digesa supaya mengeluarkan fatwa bagi melarang penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang bertujuan bagi mempromosikan kesamarataan antara jantina dan hubungan sejenis.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertindak serta merta bagi menangani aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia.

"Program sebegini begitu asing dengan budaya timur dan negara kita sendiri. Bagi saya sendiri...semua agama, semua tamadun, semua etika tidak bersetuju dalam hal hubungan sejenis," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Program Seksualiti Merdeka 2011 yang dijadual diadakan di The Annexe Gallery bermula 9 hingga 13 November ini dijangka dirasmikan oleh Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) , Datuk S. Ambiga.

Melalui program tahunan berkenaan, gerakan tersebut mengadakan beberapa aktiviti bagi menarik sokongan masyarakat serta menguar-uarkan kewujudan mereka dalam komuniti.

Dalam pada itu Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, PAS akan membincangkan secara serius mengenai perkara tersebut yang jelas bertentangan dengan akidah umat Islam.

"PAS akan membincangkan tentang perkara ini dalam mesyuarat tertinggi parti dalam masa terdekat. Kita akan keluarkan pendirian rasmi selepas itu," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan turut mengkritik sekeras-keras penganjuran program ini yang jelas menyalahgunakan nama kebebasan dan hak asasi manusia.

Katanya lagi, jika program sebegini dibenarkan berlangsung di negara ini, ia dibimbangi akan menyebabkan keadaan kucar-kacir apabila banyak kelompok lain yang mahukan perkara serupa diadakan.

“Ini baru satu, jika ada lagi orang lain yang minta perkara pelik-pelik contohnya mahu kahwin dengan kura-kura atau lembu bagaimana? ini hak mereka, jadi di mana perkara ini harus berhenti.

“Mana-mana negara walaupun menggunakan nama hak asasi, ia tidak boleh terbuka terus. Negara kita ini berasaskan Islam dan kita ada undang-undang. Agama kita melarang malah mana-mana agama pun melarang hubungan sejenis, saya berpegang kepada itu,” katanya.

PUAK-PUAK MELAYU PAS-PKR YANG SOKONG BERSIH NI TAK SEDAR-SEDAR TELAH DIPERGUNA!!!

NGO-NGO SOKONG BERSIH DIBELAKANG PROGRAM INI!


Amnesty International Malaysia - SOKONG BERSIH

Bar Council Malaysia Human Rights Committee - SOKONG BERSIH

EMPOWER - SOKONG BERSIH

KL Word

KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces)

Justice For Sisters

MyConstitution Campaign - SOKONG BERSIH

MyNetra

Precious Old China Restaurant

PT Foundation

Pusat Rakyat LoyarBurok - SOKONG BERSIH

Rev Yap Kim Hao - SOKONG BERSIH

Quek Sue Yian

SUARAM - SOKONG BERSIH

Tenaganita - SOKONG BERSIH

Women's Aid Organisation

Women's Candidacy Initiative

United Nations Theme Group on HIV

and many other individuals...?


ANWAR IBRAHIM?

1 comment:

  1. Apa pasal pulak si Salahuddin Ayub suruh J/Kuasa Fatwa keluarkan fatwa..? Perkara yang JELAS dalam al Qur'an.., nak keluarkan fatwa apekebenda lagi? Benda macam ni pun PAS nak meeting2 lagi..! Politik sampah! Islam dibakulkan!

    Are you buying time?

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...