Kalau PKR khususnya Ketua Wanita parti itu ,Zuraida Kamaruddin merasa Datuk Seri Shahrizat sudah gabra dengan isu projek lembu NFC ,beliau tentu pengsan melihat ledakan semangat Wanita UMNO pagi Rabu.
Senario ini bergema di PWTC bila Ketua Wanita UMNO Malaysia itu menyampaikan ucapan dasar di permulaaan sidang perwakilan pergerakan itu.
Secara spontan diluar teks ucapannya Shahrizat telah menyentuh isu NFC yang hangat digembar gemburkan pembangkang kebelakangan ini – dengan mengaitkan beliau kerana Pengerusi NFC ialah suaminya ,Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail.
Para perwakilan Wanita UMNO telah bangun bersorak dengan penuh semangat menyokong ketika beliau membelasah Zuraida dan dua lagi Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution dan Pengarah Stratejik PKR, Rafizi Ramli yang galak main isu itu.
Kepada Zuraida yang desaknya letak jawatan kerana suaminya pengerusi NFC,Shahrizat ‘ melontar bom’ balik kearahnya.
Ibarat pulang paku buah keras – Shahrizat mecabar Zuraida mendesak Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail agar letak jawatan.Ini kerana suaminya,Datuk Seri Anwar Ibrahim terpalit dengan pelbagai isu.
Anwar kini berdepan dengan kes dakwaan liwat Saiful Bukhari Azlan di mahkamah dan isu dakwaan skandal video seks dengan pelacur China.
PKR mahupun pakatan pembangkang contohnya bukan sahaja ‘ buat tak faham’ saja pada dakwaan video seks yang serius itu malah tidak berani bersuara meminta siasatan terperinci dibuat keatasnya.
Sambil menyifatkan Zuraida ibarat gajah depan mata tak Nampak,Shahrizat berkata "Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?"
Beliau mengulangi kenyatannya sebelum ini bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan NFC.
Merjuk kepada Saifuddin beliau berkata ,"Ada MP Kelantan, sepatutnya jaga pengundi tetapi sibuk di Kuala Lumpur, tutup pusat khidmat. Tanya Machang," .
Beliau mengelar Rafizi sebagai "si Tanggang muda".
"Anak muda ini, apa namanya? Rafizi? Mafizi? (Dia) adalah si Tanggang muda, sepatutnya belajar dengan ibu-ibu di sini, bukan jadi anak derhaka, jual agama dan bangsa," kata Shahrizat.
Beliau juga menegaskan penjelasanya hari ini baru mukadimah saja.
“Mentang-mentang kita berjuang cara berhemah - kita wantia Melayu, wanita Islam,..saya tak boleh bawa kepimpinan yang biadap seperti pembangkang.
“Mereka serang kita oleh kerana PKR dan pembangkang takut dengan kekuatan Wanita UMNO maka mereka pun cari pasal,” katanya.-30/11/2011- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL
Begitu lah sepatutnya wanita umno. Jangan dibiarkan sahaja kata cacian. Ketegasan mencerminkan kekuatan. Pembangkang hanya pandai mencaci orang, tapi tidak pandai bekerja untuk kebajikan rakyat.
ReplyDelete