Thursday, November 24, 2011

RAJA PENGKHIANAT MALAYSIA




KUALA LUMPUR 24 Nov. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya di Indonesia terus memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh pihak kerajaan.


Ketua Pembangkang itu berkata, bukan itu sahaja, hakim-hakim yang menjalankan tugas juga tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.


Beliau berkata, secara ringkasnya, tidak berlaku pemisahan kuasa di Malaysia seperti mana ditetapkan dalam amalan demokrasi berparlimen, khususnya antara badan kehakiman dengan eksekutif.


‘‘Sebagai contoh, jika seorang yang berpangkat besar menerima komisen, orang ini tidak akan masuk penjara, sebaliknya akan dilepaskan.


‘‘Apabila hakim boleh dibeli atau mereka takut untuk membuat keputusan, itu merupakan satu petanda yang cukup buruk (terhadap institusi kehakiman),’’ katanya ketika berceramah di dalam satu forum di hadapan pelajar Indonesia di republik itu, 30 Julai lalu.


Rakaman ceramah tersebut diperoleh Utusan Malaysia hari ini.


Selain itu, Anwar di dalam ceramahnya itu turut memberitahu rakyat Malaysia telah mula mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


‘‘Begitu juga dengan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Pada tahun 2008 di kawasan Pantai Barat kita menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


‘‘Hanya satu sahaja kerusi yang mereka menang. Itu pun pada saat-saat akhir, entah bagaimana ada 14,000 undi pos turun dari langit,’’ katanya.


Dalam pada itu beliau menyelar tindakan pihak berkuasa Malaysia menahan enam orang termasuk seorang Ahli Parlimen kerana disyaki menjadi pendukung fahaman komunis.


Soal beliau, adakah wajar mereka yang dikatakan pendukung itu dipenjarakan seperti mana kesalahan memukul orang.

1 comment:

  1. Anwar ni kena dilawan dgn ruas. Bukan calang2 orang yg boleh menandinginya - Mana pergi sipemidato bertaraf anuar. Dah tak ada barisan pelapis kah? Muncullah wahai sipemidato. Selamatkanlah negara mu. Demi bangsa kita, demi anak cucu kita.

    Bila ditilik2, boleh dikatakan Anuiar ni tak ada point langsung. Hanyalah sekadar menimbulkan isu, menaikkan rasa benci yang meluat pada kerajaan.

    Kalau kita tidak tegas, tidak boleh befikir dengan nyata dan suka mengikut dan percaya dgn apa yg dikatakan, maka jadilah kita sebagai seorang yg busuk hati sptnya.

    Tapi maukah kita? Sanggupkah kita hidup dgn perassan sakit hati sepanjang masa? Tidur tak lena. Fikiran bercelaru, hati sakit tak tentu pasal. mahukah kita?

    Oleh yg demikian, kita mestilah tenang dan berfikiran terbuka. Nilai mana yg baik dan mana yg buruk. Selebihnya ada pada kita.

    sekian.

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...