Friday, December 28, 2012

REBAT RM200: KETUA PEMUDA UMNO MINTA SKMM TIDAK PERLU HAD HARGA TELEFON #JANJIDITEPATI #BNPRU13



SHAH ALAM – Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mengehadkan rebat RM200 kepada telefon pintar berharga RM500 sahaja.

“Tak perlu ada had harga untuk rebat yang diberi untuk telefon pintar,” kata beliau dalam mesej yang diajukan kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini, menerusi Twitter.

Dalam mesej berasingan, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno menulis bahawa ucapan Bajet 2013 hanya menyebut tentang pendapatan belia yang layak menerima rebat telefon pintar, bukannya harga telefon pintar.

Menjawab mesej pengikutnya, Khairy berkata: “Setuju. Kalau nak bagi rebat RM200, bagi sajalah kepada semua telefon pintar.”

Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau menyatakan demikian ekoran rungutan orang ramai berhubung laporan media bahawa SKMM telah menerbitkan kriteria menikmati rebat RM200, antara lain pembeli seharusnya warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun; berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500, pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru dan hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.


Menurut notis SKMM, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.

Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember depan dan para belia yang berminat boleh memohon melalui laman web SKMM.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dipetik berkata, had harga adalah perlu kerana dasar itu direka untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan para belia untuk memiliki telefon pintar sendiri.

Di bawah Bajet 2013 yang diumumkan pada 28 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rebat RM200 akan diberi ke atas pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun, dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah atau tanpa pendapatan bulanan, daripada peniaga yang dibenarkan bawah Pakej Komunikasi Belia.

Sumber: Sinar Harian


PengundiBaharu: kutuk tetap kutuk, ambil tetap ambil. Cacai Pakatan Se-Malaysia Style.

SENARAI TELEFON PINTAR YANG LAYAK UNTUK REBAT RM200 #JANJIDITEPATI #BNPRU13


Salam...

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib telah mengumumkan pemberian rebat sebanyak RM200 untuk pembelian Smartphone atas nama Pakej Komunikasi Belia pada Belanjawan 2013. Jumlah dana sebanyak RM300 juta disediakan untuk Pakej Komunikasi Belia, diagihkan kepada 1.5 juta belia.

Pemohonan boleh dibuat bermula 1 January 2013 hingga 31 Disember 2013 melalui laman web SKMM (http://nbi.skmm.gov.my/)

Antara syarat-syarat adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu Smartphone untuk satu belia.
Buat masa ini terdapat 23 peranti yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia. 23 Smartphone berikut merupakan Smartphone 3G dibawah RM500:

Model : Alcatel 993D


Model : Alcatel OneTouch Glory 2

Model : Alcatel OneTouch Inspire 2


Model : HTC Wildfire


Model : Huawei Ideos X3

Model : LG Optimus L3


Model : Ninetology Black Pearl II


Model : Ninetology Palette (Dual Sim)


Model : Nokia 2730


Model : Nokia 7230


Model :Nokia Asha 305 (Dual SIM)


Model : Nokia Asha 308 (Dual SIM)


Model : Nokia Asha 311


Model : Nokia C2-03 (Dual SIM)


Model : Nokia Lumia 610


Model : Samsung Galaxy Chat


Model : Samsung Galaxy Mini


Model : Samsung Galaxy Pocket


Model : Samsung Galaxy Y


Model : Sony Xperia Tipo


Model : ZTE Acqua


Model : ZTE V790 (Dual SIM)


Model : The Buzz Phone


PengundiBaharu: Jangan jadi macam cacai Pakatan, bagi betis nak peha!

Monday, December 24, 2012

PAKATAN GILA KHINZIR: KENDERAAN KEMBARA OREN CUBA LANGGAR ORANG FELDA?! #BNPRU13


Berita dari Suara Keldian...


Video ini menceritakan kisah sebenar:




Jadi kita semua tahu kenapa orang Felda naik angin dengan kembara Oren yang kurang ajar nih...

Sudahlah kurang ajar, reka cerita polis tak bantu mereka bila mereka provoke orang Felda dengan membawa kenderaan secara gila khinzir!


PengundiBaharu: Memang Haram Jadah!

"TERSESAT DALAM PAS..." #BNPRU13


Pendedahan Buku kafirkah aku? Menyebabkan ramai ahli pas membuat pengakuan pernah mengkafirkan orang UMNO & menjadi perpecahan dikalangan Orang Islam.

Pengakuan daripada Khaled Mohamad yang pernah memegang jawatan sebagai AJK PAS Dun Jabi, Setiu Terengganu ini membuktikan bahawa Amanat Haji Hadi ini pernah menyebabkan ramai Ahli PAS sanggup menkafirkan anak beranak & menyebabkan perpecahan dikalangan Umat Islam.

Sehingga kini amanat ini masih lagi berterusan seperti kejadian pada 11 Julai 2012 di PASIR MAS, Kelantan Apabila Suami, Yahaya Ibrahim yang berusia 78 tahun sanggup menceraikan isterinya Hasnah Che Ahmad yang berusia 61 disebabkan perbezaan politik.

Di Terengganu juga pernah berlaku solat 2 imam & masih terdapat 11 masjid yang masih solat 2 kariah dalams satu masjid disebabkan oleh Amanat Haji Hadi.



Bukti keratan akhbar Amanat Haji Hadi Masih berterusan...




Peristiwa dimana suami menceraikan isteri kerana taksub PAS



PengundiBaharu: Marilah sama-sama kita doakan agar kita semua tidak tersesat daripada PAS alKhawarij!

Sunday, December 23, 2012

PRINSIP DAP: 'TIDAK BOLEH' TERIMA ANUGERAH DARI SULTAN MELAYU? #BNPRU13



GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh menegur dua pemimpin parti, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim kerana menerima anugerah Datuk daripada pemerintah negeri, bertentangan dengan prinsip parti yang sudah lama dipegang.

Beliau berkata mengikut prinsip yang dipersetujui oleh ahli-ahli parti sejak pertengahan 1990-an, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli Parlimen DAP tidak akan menerima anugerah Datuk semasa dalam tempoh jawatan mereka.

"Mulai sekarang, parti akan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli yang tidak mengikut peraturan ini," katanya, sambil menambah bentuk hukuman akan diputuskan oleh lembaga disiplin parti itu selepas pendengaran.

Ngeh, yang juga pengerusi DAP Perak, telah dianugerahkan gelaran pada tahun 2008 manakala Teng yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menerima gelaran Datuk pada tahun 2010. - MStar

PengundiBaharu: Satu undi untuk PAS, Satu undi untuk DAP!

Friday, December 21, 2012

SALAH GUNA KUASA @mbnizar! #BNPRU13



kes yang memang berat,kalau tidak mana mungkin Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berani mendedahkannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Sebelum ini memang sudah tersebar cerita mendakwa semasa 11 bulan jadi kerajaan di Perak selepas pilihanraya umum ke 12,pakatan pembangkang ' kenduri sakan' agih kawasan balak di negeri itu.

Menariknya PAS-PKR-DAP diketahui umum memang cukup rajin dalam bab menuduh Barisan Nasional yang galak buat kerja itu.

Dalam ceramah-ceramah di serata ceruk kampong mereka sentiasa gambarkan merekalah yang cukup beramanah dan tak main dengan balak segala macam.

Mungkin mereka duga tembelang mereka tidak akan terdedah kerana tidak menjangka langsung kerajaan pakatan Perak akan tumbang dalam masa sekejap.

Setiap urusan pentabiran kerajaan ada hitam putihnya.Oleh itu bukan sudah untuk mengesannya.

Itu baru 11 bulan perintah Perak.

Senang cakap...kalau berani silalah Menteri Besar kerajaan 11 bulan itu, Datuk Seri Nizar Jamaludin keluar satu kenyataan rasmi menafikan pernah meluluskan agihan kawasan balak semasa pentabirannya.

Juga kalau berani...senaraikan kepada siapa kawasan balak diberi.

Itu satu hal.

Ini satu hal lain.

Kalau lulus pemberian kawasan balak mengikut peraturan lainlah ceritanya.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri Jumaat,Zambry mendakwa Nizar sewaktu jadi Menteri Besar meluluskan kawasan balak kepada beberapa syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Balak.

Dakwanya Nizar (PAS-Pasir Panjang) menggunakan kuasanya sebagai menteri besar ketika itu untuk meluluskan permohonan komponen balak berkenaan.

"Biasanya Jawatankuasa Balak akan bermesyuarat dan melihat senarai permohonan, kemudiannya baru diluluskan. "Tetapi Adun Pasir Panjang luluskan menggunakan kuasanya tanpa memanggil mesyuarat," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2013 Perak.


Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Setiawan) yang tidak berpuas hati kemudian bangun dan meminta Zambry menunjukkan bukti dakwaan itu.

"Saya ada bukti, bukan saya tidak boleh tunjuk," kata Zambry sambil menunjukkan beberapa helai kertas.

Mohd Nizar turut mencabar Zambry untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya minta SPRM ambil dokumen ini selepas ini," kata Zambry.

Mohd Nizar yang ditemui di luar dewan kemudiannya menafikan beliau pernah membuat kelulusan berkenaan tanpa melalui jawatankuasa itu.

Persidangan dewan yang berakhir hari ini meluluskan Belanjawan 2013 Perak berjumlah RM948.47 juta.- AgendaDaily

PengundiBaharu: K.O. NIZAR K.O...!

ADA KE DALIL DOA K.O. BN? @ustazfathulbari #BNPRU13




Doa Pas tidak ikut kaedah Islam - Fathul Bari  (BERNAMA, 1 Disember 2012)

KUALA LUMPUR - Cara yang dipraktikkan Pas ketika mendoakan kehancuran UMNO adalah tidak mengikut kaedah Islam seperti yang dilakukan Nabi Muhammad SAW, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahya.

Beliau berkata dalam doa itu, Pas tidak menjelaskan secara spesifik bentuk kezaliman yang dimaksudkan, seolah-olah menuduh seluruh anggota UMNO berlaku zalim.

Ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung UMNO 2012 hari ini, beliau menceritakan kisah Nabi Muhammad SAW yang mendoakan supaya Allah melaknat pihak yang menipu baginda semasa meminta nabi mengutuskan 70 pakar al-Quran untuk memenuhi beberapa kabilah, namun dibunuh di pertengahan jalan.

"Nabi doakan laknat ke atas mereka dalam setiap solat nabi selama sebulan, doa dalam qunut nazilah. Kemudian, Allah turunkan ayat menegur perbuatan nabi, dan nabi hentikan perbuatan itu.

"Doa nabi khusus kepada orang yang melakukan kezaliman itu, nabi sebut nama satu persatu. Persoalan sekarang doa yang dibaca Pas disebut perkataan umum, iaitu UMNO," katanya.

"Adakah kita semua di sini menzalimi mereka? Adakah kita semua di sini menghancurkan mereka? Adakah kita semua di sini rasuah?," katanya disambut laungan “tidak!" oleh perwakilan UMNO.

Fathul Bari berkata doa oleh Nik Razi Nik Mat, adik kepada Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini menggunakan kaedah yang salah dan tidak memenuhi kriteria doa orang yang dizalimi.

Mengikut kaedah Islam, doa itu perlu dirujuk kepada satu pihak secara spesifik bersama bukti, perlu diletak perkataan "sekiranya" jika tidak Pasti dan perlu ada pernyataan memaafkan kepada pihak yang dirujuk, katanya.

PengundiBaharu: Baca Hadith tak habis... taktik PAS sesatkan ummat!

NAIK CUKAI: TERIMA KASIH PKR SELANGOR! #BNPRU13





SHAH ALAM: Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Zin Mohamed menyifatkan alasan yang diberikan oleh Menteri Besar sama sekali tidak masuk akal apabila menegaskan kenaikan cukai pintu sehingga 10 kali ganda di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

Ujarnya kerana umum mengetahui keputusan cukai yang berkaitan dengan negeri dibuat oleh majlis bandaraya berdasarkan arahan daripada kerajaan negeri.

"Bila masa kerajaan negeri tidak ada kuasa dalam urus tadbir kerajaan tempatan.

"Sebab saya fikir bahawa pelantikan ahli majlis semua dibuat dibawah kerajaan negeri. Itu sudah menjadi asas pertimbangan yang kukuh menyatakan bahawa memang dia (MB) ada kuasa.

"Saya pun pelik kalau dia cakap kerajaan negeri tidak ada kuasa," tegasnya kepada pemberita dalam sidang media Karnival Sayangi Selangor di I-City hari ini.


Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan apabila menyatakan kenaikan mendadak cukai pintu di kedua-kedua kampung Kg Melayu Subang dan Sg. Buloh sebagai munasabah namun mengumumkan penubuhan satu lagi jawatankuasa untuk mengkaji semula kadar itu.

Penubuhan jawatankuasa oleh Khalid juga bercanggah dengan dakwaan beliau sebelum ini bahawa kenaikan cukai pintu itu diputuskan oleh kerajaan persekutuan dan beliau tidak akan masuk campur.  

Khalid sebelum ini mendakwa isu kenaikan cukai pintu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH).

Mengulas lanjut perkara ini Zin yang juga Ketua Umno Bahagian Sepang seterusnya secara sinis mengingatkan Khalid untuk mengkaji semula bidang kuasa sebenar kerajaan negeri sebelum mengeluarkan kenyataan.

"Saya minta dia (Khalid) pergi semak samada tugas dia sebagai MB ada tanggungjawab dalam urus tadbir pihak PBT," ujarnya.



Kelmarin sekumpulan 50 dari mereka berhimpun di hadapan Wisma MBSA bagi membantah kenaikan cukai taksiran sebanyak 7.5 peratus untuk tahun 2013 yang disifatkan mereka sebagai terlalu tinggi.

Kenaikan yang tinggi itu juga tegas mereka tidak setimpal dengan pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut justeru meminta kerajaan negeri menimbang semula kadar cukai taksiran baharu tersebut agar lebih munasabah dan tidak membebankan pemilik tanah. - AntaraPos.

Keluar topik sikit,

Nih Bukti Selangor Makin Jahanam dibawah Pakatan...

Terima kasih pada pencacai PR kerana 'membawa perubahan' sebegini ke Shah Alam.


PengundiBaharu: Terima Kasih lah oi MB Gagap...! Terima Kasih!

Thursday, December 20, 2012

PENCACAI PAKATAN MEMANG 'HARAMJADAH' PUN...!




TEMERLOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman fitnah yang difailkan lapan peneroka Felda terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ucapannya semasa mengumumkan 'durian runtuh' untuk peneroka di Felda Jengka 8, Bandar Jengka, Pahang, 8 Mei lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas membenarkan permohonan Najib untuk membatalkan saman itu.
 
Peguam yang mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita bahawa selepas membaca keseluruhan ucapan Perdana Menteri, hakim itu berpendapat ucapan itu tidak berbentuk fitnah.

Katanya mahkamah juga memutuskan ucapan itu adalah satu bentuk kiasan yang tidak merujuk kepada mana-mana pihak.

 
"Oleh itu mahkamah membatalkan saman plaintif (peneroka felda) dan membenarkan permohonan defendan (Najib). Mahkamah memerintahkan plaintif membayar RM3,000 setiap seorang kepada defendan," katanya.

Pada 7 Ogos lepas, tujuh lelaki dan seorang wanita peneroka felda Wilayah Jengka, Bandar Jengka, memfailkan saman itu terhadap Najib berhubung ucapannya yang didakwa mengaibkan dan menghina mereka melalui The Law Office of Mohd Harris.

Mereka ialah Samat L.Yusof, Alias Ibrahim, Idris Mat Sah, Syed Jamaluddin Syed Muhamed, Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong.

Mereka mendakwa ucapan di hadapan lebih kurang 40,000 orang itu antara lain membawa maksud mereka adalah pengkhianat, tidak bermaruah, tidak jujur dan tidak setia dalam perjuangan.

Mereka berkata ucapan itu juga telah disiarkan di media massa dan media elektronik dan mereka menuntut ganti rugi am, khas, teruk, faedah dan juga kos.

Perdana Menteri pada 24 September lepas telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha atas alasan writ saman itu adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah kerana plaintif tiada kuasa tindakan terhadap defendan, selain ianya tidak merujuk dan/atau mempunyai kaitan kepada defendan.

Beliau juga berkata saman itu mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan kegagalan plaintif untuk menyatakan kes terhadap defendan adalah suatu kegagalan yang mandatori dan menjadikan tuntutan mereka harus dibuang secara in limine.


Peguam Mohd Harris Abdullah yang mewakili peneroka felda itu memberitahu media bahawa beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini.

Sementara itu, di luar mahkamah lebih 600 peneroka felda Wilayah Jengka yang menyokong Perdana Menteri berkumpul bermula kira-kira 8 pagi dengan membawa sepanduk antaranya bertulis "Kami sokong PM".  - Bernama


PengundiBaharu: Caicai tak perlu takut dengan perkataan 'Haramjadah' tersebut. Pencacai Pakatan memang 'Haramjadah'! Cai patut saman si 'Pandikutti' pujaan hati cai se-malaysia kerana menabur fitnah dan jadi tukang hasut!

SALON: ANWAR KATA PAS KELANTAN BODOH?




PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa kerajaan PAS Kelantan kurang bijak mengendalikan isu kontroversi salun gunting rambut di negeri itu.

Menurut beliau, pengurusan kes yang lemah di peringkat negeri menggambarkan seolah-olah pentadbiran kerajaan PAS tidak sensitif dengan cara kehidupan orang bukan Islam.

Justeru Anwar menyarankan agar kerajaan Kelantan meneliti setiap perundangan yang mahu dikenakan ke atas pengusaha salun.

"Saya setuju. Isu salun ini diuruskan dengan lemah di peringkat kerajaan negeri (Kelantan) sepertimana yang dinyatakan oleh Exco, kita perlu faham cara hidup orang Cina dan Pakatan Rakyat perlu sensitif dengan isu yang melibatkan mereka," katanya pada sidang media hari ini.


Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebelum ini dibidas kerana mengambil tindakan saman terhadap pengusaha kedai gunting rambut yang membenarkan pekerja wanitanya yang bukan beragama Islam memotong rambut pelanggan lelaki yang juga bukan beragama Islam.

Setelah dikritik pelbagai pihak termasuk pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat, DAP, Exco Kerajaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan undang-undang berkenaan dibekukan buat sementara waktu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, M Manoharan dipetik sebagai berkata, kerajaan PAS perlu sensitif terhadap perasaan kaum bukan Islam yang menyatakan pendapat tentang tindakan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Kata beliau, PAS tidak perlu mudah tertekan apabila ada pihak lain yang memberitahu tentang kesilapan yang dilakukan.

"PAS tidak perlu berasa tertekan apabila ada pihak yang mengetengahkan kesilapan. Mereka mesti menjadi sanggup menerima," kata Manoharan merujuk kepada kenyataan Takiyuddin yang mendakwa penyokong PAS Kelantan mempunyai "niat buruk" apabila memberi respon mengenai isu tersebut.

PengundiBaharu: "PAS Kurang Bijak" sama dengan "PAS Bodoh". "Anwar Bijak" sama dengan "Bijak Bodohkan PAS".

NGEH KATA PAS KHIANAT DAP! KEHKEHKEH!



PETALING JAYA: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa, pemimpin PAS telah membocorkan rahsia pemberian tanah seluas 10,526 ekar di Gua Musang Kelantan.

Ngeh dilaporkan sebagai berkata, beliau hairan bagaimana dokumen tersebut boleh bocor sedangkan itu adalah maklumat sulit antara mereka dan pemimpin PAS.

Beliau, bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada benar atau tidak beliau merupakan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian  tanah bernilai lebih RM30 juta.

Ngeh memberi alasan surat SSM yang didedahkan sebuah blog kelmarin merupakan dokumen yang menjadi rahsia antara beliau sebagai peguam dengan anak guamnya.

”Kerana saya peguamnya. Di bawah undang-undang, ada benda yang menjadi rahsia yang tidak boleh didedahkan. Ia untuk melindungi anak guam,” katanya ketika ditemui pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagaimana dilaporkan blog www.pengundisetiasungairapat.blogspot.com.

Sementara itu, Exco kerajaan negeri Perak, Datuk Hamidah Osman  mendakwa Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausahanya, Datuk Nga Kor Ming merupakan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian tanah bernilai lebih RM30 juta di Kelantan.

Hamidah berkata, pencarian beliau di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati dua pemimpin kanan DAP negeri itu merupakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

”Saya sudah buat pencarian di SSM pada Isnin lalu dan saya mendapati Koo Ham dan Kor Ming merupakan antara enam ahli lembaga pengarah di syarikat tersebut.

”Jika tidak ada kena mengena, mereka perlu berani menafikan jika mereka bukan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. itu.

“Dan jika mereka ada kepentingan di syarikat itu, mereka perlu dedahkan berapa kos yang dibayar untuk membeli tanah tersebut,” katanya yang juga Adun Sungai Rapat.

Dalam satu entrinya kelmarin, blog pisau.net mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar atau 10,526 ekar di Gua Musang, Kelantan kepada Ngeh yang juga Adun Sitiawan dan Adun Pantai Remis, Nga.

Sementara itu, sebuah NGO iaitu Barisan Bersatu Nambikei (BBN) membuat laporan polis ke atas Nik Aziz berhubung dakwaan rasuah tersebut.

Presidennya, B. Kalai Vanar mendakwa Nik Aziz telah memberi tanah seluas 4, 259 hektar di Gua Musang, Kelantan untuk membolehkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jalamuddin  sebagai menteri besar Perak  pada 2008.

Katanya, ini kerana DAP yang menang majoriti kerusi negeri di Perak. - AntaraPos.

PengundiBaharu: Cai kata sebab UMNO lah Tanah rezab Melayu makin sikit. Kehkehkeh!

Wednesday, December 19, 2012

HADI AWANG WAJIB TARIK BALIK AMANAT SESAT!

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, adalah lebih baik sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penarikan secara rasmi amanat yang pernah diberikan kepada ahli Pas lebih tiga dekad lalu.

Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu.

“Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat.

Amanat Hadi Awang, Dulu lain, sekarang lain.



“Ini perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi). Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini,” katanya kepada Sinar Harian mengulas gesaan dua mufti agar Hadi menarik balik amanat beliau.

Katanya, perkara sama turut berlaku kepada ramai tokoh-tokoh pemimpin muda pada ketika itu.

“Pas sekarang sudah lain. Saya melihat kepimpinan hari ini sudah tahu hala tuju perjuangan mereka. Hadi juga sudah bertemu dengan pemimpin parti lain termasuk Umno.

“Jadi, ahli parti itu sudah boleh mengagak dan tahu amanat lama sudah tidak ada lagi,” katanya.

Menurutnya, penggabungan Pas bersama Pakatan Rakyat (PR) juga memperlihatkan parti itu semakin realistik dalam perjuangan politik mereka.

Kerjasama PAS-DAP. Dulu tak boleh, sekarang boleh.


“Jika dapat dibuktikan, masih wujud ahli yang berpegang teguh dengan amanat seumpama itu, bermakna Hadi perlu tampil membuat penarikan semula dengan segera,” katanya.

Tambah Asri, isu lama ini seharusnya tidak lagi dibangkitkan kerana ia akan mengundang pelbagai perkara lain yang boleh mendatangkan kontroversi.

“Seharusnya ia dihentikan. Jika tidak, akan muncul macam-macam lagi termasuk isu 13 Mei. Tutup buku lama.

“Semua pihak perlu melihat ke depan bukan membongkar kisah lama lagi. Ia sudah tidak relevan lagi,” katanya. - SinarHarian


PengundiBaharu: Susah benor dia nak tarik balik kenyataan sesat dia tu yoep. Tak apa, nanti dia jawap la sendiri dalam kubur ye yoep...!

UPDATE INSIDEN PERGADUHAN KEDAH: AMARAN SEBAR MAKLUMAT PALSU! @PDRMsia @HishammuddinH2O


Berikut adalah kenyatan terkini berkenaan
insiden pergaduhan yang berlaku di Kedah semalam:


Dato' Ahmad bin Ibrahim, Ketua Polis Kedah pohon supaya orang ramai menghentikan perbuatan menyebarkan maklumat palsu mengenai kejadian pergaduhan perkauman di Sg. Petani. Tindakan tegas akan diambil terhadap semua yang menyebarkan berita palsu berkenaan kes tersebut. Sekiranya ada maklumat atau pertanyaan, orang ramai boleh berbuat demikian menghantar pesanan di dalam private mesej fb ini.. https://www.facebook.com/PolisKedah

Tuesday, December 18, 2012

KENYATAAN TERKINI INSIDEN PERGADUHAN DI KEDAH @PDRMsia @HishammuddinH2O




PERHATIAN :


PADA 18/12/2012 JAM 2330HRS YDHSAC DATO ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB TIMBALAN KETUA POLIS KEDAH TELAH MENGADAKAN SIDANG AKHBAR DI IPD KUALA MUDA BAGI MEMPERBETULKAN BERITA PALSU BERKENAAN KEADAAN HURU HARA DI DAERAH KUALA MUDA , SG PETANI KEDAH SEPERTIMANA DIGEMBAR GEMBURKAN DI BLOG , FACEBOOK , TWITTERS DAN SMS OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB . KEADAAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI DAERAH KUALA MUDA ADALAH SELAMAT DAN TERKAWAL WALAUPUN TELAH BERLAKU INSIDEN PERGADUHAN ANTARA BEBERAPA PEMUDA MELAYU DAN PEMUDA INDIA PADA 16/12/2012 AWAL PAGI . KESEMUA YANG TERBABIT DI DALAM KES TERSEBUT TELAH DITANGKAP (SERAMAI 13 ORANG TERDIRI DARI MELAYU DAN INDIA ) , MANGSA JUGA TELAH DIRAWAT DAN HANYA TINGGAL SEORANG SAHAJA YANG MASIH DIRAWAT DI HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM DARI 5 ORANG YANG TERCEDERA . EKORAN INSIDEN TERSEBUT , PIHAK PDRM TELAH MENGAMBIL TINDAKAN AWAL DENGAN KAWALAN KESELAMATAN SEPERTI FRU , LSF , MPV , JSJ , NARKOTIK , SB DAN ROADBLOCK DI SEMUA LOKASI DI DALAM DAERAH KUALA MUDA BAGI MENJAMIN KESELAMATAN ORANG AWAM KHUSUSNYA .


PESANAN DARIPADA YDH SAC DATO' ABDUL GHAFAR BIN RAJAB UNTUK SEMUA MASYARAKAT MALAYSIA AMNYA 



YDH DATO' ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB BERSAMA MASYARAKAT INDIA BERSALAMAN SELEPAS TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM


YDH DATO' ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB BERSAMA MASYARAKAT MELAYU BERSALAMAN SELEPAS TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM



ANTARA MASYARAKAT INDIA DAN MELAYU YANG HADIR


KETUA KETUA MASYARAKAT DAN NGO YANG HADIR TAKLIMAT PADA 16/12/2012


PESANAN OLEH YDH DATO' ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB SELAKU TIMBALAN KETUA POLIS KEDAH

Sumber Gambar & Kenyataan: http://www.facebook.com/HeaIpdKualaMuda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...