KUALA LUMPUR, 28 MAC: Tempoh tiga tahun sudah cukup untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan bahawa kepimpinan beliau semakin diterima rakyat terutamanya di kalangan masyarakat luar bandar.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center for Opinion Research, Ibrahim Suffian berkata, transformasi demi transformasi yang diperkenal Najib sejak mengemudi tampuk pemerintahan negara diterima dengan baik dan sampai kepada golongan sasaran.
"Sentimen antara masyarakat bandar dan luar bandar bercampur- campur. Penerimaan masyarakat luar bandar lebih bersifat positif berikutan usaha kerajaan melakukan penambaikan dari segi pembangunan, bantuan kewangan dan sebagainya.
"Berbanding masyarakat bandar, persepsi mungkin sedikit berbeza memandangkan pembangunan di kawasan ini sedikit lambat disebabkan beberapa perkara seperti karenah birokrasi dan sebgainya," kata Ibrahim ketika dihubungi AntaraPos.com.
Setelah diberi mandat memimpin negara, Najib memperkenalkan slogan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang mengundang pelbagai reaksi masyarakat.
Najib tidak menunggu lama untuk memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) merangkumi Model Baru Ekonomi (MBE), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dan 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP), yang tentunya menyumbang kepada peningkatan pertubuhan ekonomi negara.
Pada September 2011, Najib mengejutkan pelbagai pihak termasuk pakatan Pembangkang apabila melakukan Program Transformasi Politik dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Buang Negeri 1959, dan kajian semula yang membabitkan Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.
Awal tahun ini, Najib mengumumkan Program Transformasi Nasional (DTN) bagi menaungi program transformasi yang sudah dan akan dilaksanakan kelak. Untuk tujuan itu, sejumlah dana dari Bajet 2012 berjumlah RM232.8 bilion akan digunakan.
Namun Ibrahim berkata, transformasi yang diperkenalkan Najib masih memerlukan penambahbaikan terutama dari aspek perkhidmatan agensi kerajaan yang mendapat maklum balas yang kurang memberangsangkan.
"Terdapat peningkatan dari segi mutu perkhidmatan agensi kerajaan sejak Program Transformasi Kerajaan diperkenalkan oleh beliau. Walaupun mereka secara keseluruhannya memberikan reaksi positif, namun penambahbaikan perlu dilakukan misalnya dalam perkhidmatan kaunter, urusan permohonan dan sebagainya," katanya lagi.
Ibrahim tidak menolak strategi Najib yang menggunakan medium alam maya sepeti laman sosial facebook dan twitter disamping menjadi tetamu konti radio tempatan,berjaya menambat hati rakyat marhaen.
"Usaha ini mungkin membantu beliau dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang. Kalau kita tengok, rakyat membezakan beliau sebagai perdana menteri dan sebagai pemimpin parti. Cara sebegini mungkin membantu rakyat mengenali keperibadian beliau yang positif, bersifat mengambil berat serta cuba membantu menyelesaikan masalah rakyat.
Kajian yang dilakukan pensyarah Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, Prof Datuk Syed Arabi Idid mendapati populariti Najib melonjak tinggi walaupun beliau diserang bertubi- tubi oleh seteru politiknya.
Kajian berupa borang kaji selidik itu mendapati pada Oktober 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.
PengundiBaharu: Hancur Pakatan!
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.