SHAH ALAM, 18 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mahu merampas kembali kesemua negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat agar dasar transformasi yang mahu dilakukan di negara tercapai.
Menurutnya, adalah penting negeri-negeri di bawah Pakatan rakyat itu kembali dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) supaya semua program transformasi tiu dapat dilaksanakan sepenuhnya demi kesejahteraan dan kebaikan rakyat di negara ini.
"Yang penting bahawa dasar dan transformasi negara kita ni yang kita nak lakukan dan perjuangkan tidak akan tercapai melainkan negeri-negeri ini (negeri PR) akan ditadbir BN." ujarnya.
Najib menambah, jika ada penyertaan dari semua negeri di negara ini, secara tidak langsung pelaksanaan dasar dan transformasi itu akan menjadi lebih mudah dan memberikan kesan kepada pembangunan di negara ini..
"Tsunami politik, 5 negeri kalah termasuk yang saya rasa amat terkilan dan terkedu, negeri Selangor ni kalah. Bukan saya nak perkecil negeri lain, tetapi dari sudut kekayaan dan strategiknya, Selangorlah yang merupakan negeri yang amat strategik, sebab itulah walau macam mana sekali pun kita mesti kembalikan Selangor ini ke pangkuan BN." katanya lagi.
Justeru itu beliau meminta bekas pegawai kerajaan dan pesara yang hadir untuk membantu BN dalam mengembalikan Selangor.
"Tolong cakap baik pasal kerajaan, ini cara kita untuk tolong kerajaan. Bila kita berkumpul dalam majlis seperti ini, cuba kita pertahankan kerajaan BN. Cuba jadi juru cakap dan pembela kita (BN)."
Beliau berkata demikian di hadapan hampir 1000 bekas pegawai kerajaan dan pesara dalam majlis sepetang bersama perdana menteri di Hotel D' Palma Shah Alam, di sini, hari ini
Jelasnya terlalu banyak sebab mengapa BN mahu mendapatkan kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat yang diumpamakan 'cakap tidak serupa bikin'.
"Mereka (Pakatan Rakyat) cakap tentang keadilan tapi mereka tak lakukan keadilan. Mereka cakap tentang bersih, bersih sangatkan ke mereka itu? Mereka cakap tentang moral, (tapi isu) jam Omega masih tak jawab.", katanya lagi
Najib turut berkata secara beseloroh sejak mengambil alih tugas daripada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, ia merupakan satu tanggungjawab yang besar di mana mahu membawa Malaysia untuk mencapai negara maju.
Ujarnya sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan pada April 2009 lalu, terdapat dua cabaran yang mendepani tugasnya iaitu dalam bidang ekonomi dan politik. - AntaraPos
PengundiBaharu: Tolak Pakatan!
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.