SHAH ALAM, 14 MAC - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata usaha Yayasan Basmi Kemiskinan melaksanakan program transformasi lima tahun tidak akan berjaya selagi kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak memulangkan 473 ekar tanah di Serendah yang dirampasnya pada tahun 2010.
Tanah itu diambil alih ketika berlaku pergelutan kuasa yang menyaksikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim gagal mengangkat dirinya menjadi Pengerusi Baru YBK.
Najib berkata rampasan tanah itu meyebabkan projek-projek yang ingin dilaksanakan oleh YBK terjejas.
"Saya mendengar lakaran mengenai hala tuju YBK dalam tempoh 5 tahun yang akan datang. Projek yang akan dibangunkan YBK di Serendah. Saya dengar dan teliti. Tetapi ada satu kekangan yang agak besar. rancangan ini adalah di atas tanah yang dirampas kerajaan negeri.
"Oleh itu nampaknya pelan transformasi lima tahun ini bersyarat," katanya pada ucapan perasmian Pelancaran Program Transformasi lima tahun YBK di Shah Alam Convention Center (SACC) semalam.
YBK ditubuhkan pada tahun 1990 di atas insiatif Barisan Nasional untuk menjalankan program-program pembasmian kemiskinan .
Dalam ucapannya sempena pelancarkan program lima tahun itu semalam, Najib mempersoalkan keperluan kerajaan negeri menyekat YBK daripada memiliki tanah itu.
“Kenapa letakkan “caveat” pada tanah itu ..adakan kerana Khalid mahu menjadi Pengerusi YBK,” tanya beliau.
Pada majlis itu, Najib sekali lagi member jaminan bahawa program-program untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan peniaga kecil akan rancak dilaksanakan sekiranya BN diberikan semula mandat untuk mentadbir Selangor.
"Dalam satu lawatan yang saya buat di gerai-gerai di kompleks di sini (Kompleks PKN Shah Alam). ada yang menyeru supaya kerajaan pusat mengambil alih kompleks itu kerana kadar sewanya telah naikkan seratus peratus.
"Daripada ambil alih kompleks itu, adalah lebih mudah jika kita ambil alih kerajaan negeri Selangor," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin. - AntaraPos
PengundiBaharu: Pakatan Rakyat Selangor Bakal Tumbang. InsyaAllah!
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.