KUALA LUMPUR, 12 Mac: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mempertikai keputusan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tanpa mengemukakan bukti bahawa beliau tidak bersalah.
Timbalan Ketua DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, sekiranya Shahrizat benar-benar tidak terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation (NFCorp), beliau perlu mempertahankan diri.
"Memang dari segi siasatan SPRM sampai sekarang belum ada apa-apa keputusan. Beliau meletakkan jawatan atas desakan. Sekiranya dia yakin yang dia tidak bersalah dan tak ada kena mengena dengan dana NFC, pertahankan diri.
"Kalau saya, saya akan pertahankan diri. kalau saya tidak bersalah, pantang orang sebut saya bersalah," kata beliau ketika ditemui selepas istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Kota Raja itu juga berkata, hanya dengan mengatakan Shahrizat tidak bersalah, namun ingin mengundurkan diri demi kebaikan Umno BN, itu bukan pembelaan diri yang baik.
"Saya juga bersimpati (terhadap Shahrizat) kerana apabila dakwaan-dakwaan ini tidak dipertikai atau tidak ditolak dengan bukti-bukti yang kukuh, maka ia akan tinggal sebagai dakwaan dan Shahrizat tidak ada peluang membela diri.
"Bagi saya tidak adil seseorang itu tidak diberi peluang membela diri dan setakat mengatakan dia tidak ada kena mengena dengan perkara ini, itu bukan satu pembelaan diri yang baik," katanya.
Sehubungan itu ujar beliau, perkara ini harus dijadikan iktibar oleh semua pihak sama ada kerajaan atau Pakatan Rakyat iaitu jawatan seseorang itu dalam kerajaan tidak boleh diambil kesempatan oleh ahli keluarga untuk mendapatkan apa-apa projek.
"Dari segi undang-undang dana itu diberi secara sah oleh kementerian. Sekarang ini persoalannya ialah kenapa diberi kepada keluarga Shahrizat dan dana itu digunakan untuk apa?
"Jadi sebagai peringatan kepada semua menteri atau bakal menteri atau semua yang memegang jawatan kerajaan, kita tidak boleh ada kepentingan ataupun keluarga kita sendiri pun tidak boleh mendapat peluang ini melalui jawatan yang kita pegang.
"Kalau seseorang menteri boleh mengatakan sesuatu kontrak itu diberi tidak ada kena mengena dengan dia, dia kena beri bukti.
"Ini bukan sahaja untuk kerajaan BN tapi untuk mana-mana kerajaan hatta Pakatan Rakyat sekalipun, setiap penjawat mesti sedia berkorban bahawa ahli keluarga tidak boleh dapat manfaat daripada jawatannya," tegasnya.
Semalam, Shahrizat mengumumkan pengundurannya apabila tempoh pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini.
Bagaimanapun, beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita BN. - Haprakah
PengundiBaharu: Zuraidah Mak Lampir apa cerita?
cakap memang senang muslimat oooooii. cuba hang lihat projek tanam herba di karangan , kulim kedah tu yang bersebelahan dengan pusat kesihatan sungai kob siapa yang punya , siapa dibelakang projek tu. jangan dok membebel tak tentu hala, letak jawatan pun salah, tak letak pun salah. awat puak hang pa tu maksum ke? kat ijat walau pun tak ada teloq tapi lebih berani dari puak hang pa tu yang walaupun disabitkan dengan berbagai isu termasuk main dgn bini orang pun masih tak mahu lepaskan jawatan. Ini kah yang kau mahu. Bukan soal nak pertahankan pendirian atau pun tidak tapi tindakan kak ijat tu bersesuaian dan tepat demi UMNO tidak spt. PR yg terang2 ada bukti tp masih nak pertahankan barua2 tu.
ReplyDelete