Tuesday, March 20, 2012

PRU13: "MALAYSIA PERLUKAN MAJORITI 2/3" - NAJIB RAZAK


KUALA LUMPUR, 20 MAC : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi sekali lagi menekankan betapa pentingnya Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan majoriti yang selesa pada pilihan raya umum akan datang kerana ia akan memberi kesan besar kepada politik negara.

Oleh itu katanya, BN perlu memperoleh majoriti dua pertiga kerana negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.

Meskipun mengakui ia memerlukan kerja kuat dalam suasana sekarang, namun ujarnya usaha memang tertumpu ke arah itu.

"Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat," katanya.

"Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur, malam tadi.

Menurut Najib, walau apa pun cabarannya, keputusan pilihan raya umum ke-13 nanti begitu penting kepada negara dan BN harus bekerja kuat.

“Turun padang akan diteruskan. Tetapi, keadaan semasa memang mencabar. Rakyat makin berpendidikan dan dengan limpahan teknologi baharu. Inilah cabaran masa kini.

“Namun, kalau pilihan raya menghasilkan keputusan yang lemah, ia akan memberi kesan kepada negara,” katanya. - AntaraPos

PengundiBaharu: Akan pastikan BN menang 2/3!

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...