Friday, March 2, 2012

KBS TAJA HASSAN ALI, MAHFUZ SAKIT OTAK!


KUALA LUMPUR, 2 MAC : “Mahfuz (Omar) ini sakit otak dan perlukan kaunseling”, itu komen spontan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam menolak dakwaan kononnya kementerian beliau membiayai program ceramah bekas Ahli Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.





“Apa yang dia cakap itu semua bohong dan tidak berasas dan kebudak-budakkan" kata Ahmad Shabery kepada Antarapos.com ketika diminta mengulas dakwaan Naib Presiden Pas itu.

Pagi tadi, Mahfuz mendakwa sebuah unit strategik di Kementerian Belia dan Sukan menyediakan dana RM30 juta untuk membiayai program Hasan selaku peneraju pergerakan Jalur Tiga (JATI) setelah dipecat daripada Pas Januari lalu.

Mahfuz menuntut penjelasan daripada Ahmad Shabery sambil mendakwa Hasan diberi peruntukan yang besar menerusi Kementerian Belia dan Sukan itu untuk menarik sokongan belia terhadap Barisan Nasional.

Ahmad Shabery menolak tuduhan Mahfuz dan mencabar beliau untuk menyamannya.

“Saya nak suruh dia saman saya. Dia perlukan rawatan psykiatrik dan kaunseling daripada kawan-kawan dia di dalam PKR," tambah beliau.

Ahmad Shabery berkata tuduhan liar Mahfuz itu adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada kemelut kepimpinan Pas di Kedah.

“Saya rasa dia cuba alihkan pandangan masyarakat daripada kemelut apa yang berlaku di Kedah sekarang yang tidak dapat diselesaikan," katanya.

Ahmad Shabery juga tidak menolak kemungkinan Mahfuz melontar tuduhan sebegitu untuk mengekang sambutan hangat kalangan anggota Pas terhadap ceramah-ceramah Hasan Ali.

“Apa yang saya tahu Hasan Ali, bila dia pergi ke seluruh negara, dia berjaya menarik penyokong-penyokong Pas dan ini kemungkinan menjadikan pemimpin Pas begitu panik sekali dan terkial-kial mencari macam mana Hasan Ali boleh jadi begitu popular daripada mereka," kata beliau.

Ahmad Shabery menegaskan beliau secara peribadi tidak mengenali Hasan dan kementeriannya tidak ada kena mengenai dengan sebarang program bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu.

"Saya sendiri pun tidak pernah jumpa Hasan Ali, saya tidak pernah bersua dengan dia, tidak pernah jumpa dengan dia. Saya tidak pernah berbincang dengan dia dan saya tidak tahu mana mana dia pergi berjuang ke seluruh negara,” kata beliau.

Beliau berkata kementeriannya sendiri melaksanakan banyak program yang disasarkan kepada belia.

“Program kita pun banyak dan Hasan Ali pun tiada kena mengena dengan program kita. … kalau berbelanja besar pun , (program seperti) Le Tour De Langkawi, Monsoon Car yang ramai belia-belia sokong dan seronok (sehingga) program kita berjaya,” kata beliau. - AntaraPos

PengundiBaharu: Mahfuz yang bengong...

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...