Saturday, March 17, 2012

PAS TIADA MASALAH KERJASAMA DENGAN YAHUDI. KENAPA PKR BERMASALAH DGN APCO DAN HUBUNGAN DAGANG MALAYSIA-ISRAEL?



SHAH ALAM, 17 MAC : Pas menegaskan kesediaan untuk bekerjasama dengan rakyat Yahudi tetapi tidak akan akan mengiktiraf kerajaan Israel yang mendokong kefahaman Zionis, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden Pas itu membayangkan partinya tidak bermasalah bekerjasama dengan bangsa Yahudi asalkan ia tidak menjuruskan kepada hubungan diplomatik dengan rejim Zionis yang menghina bangsa lain.

Hadi berkata demikian apabila ditanya dasar Pas dan Pakatan Rakyat terhadap rejim Israel dan bangsa Yahudi sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.

“Kita menolak Zionis. Zionis ialah kefahaman anarki Yahudi yang menganggap bangsa Yahudi bangsa yang mulia dan menganggap bangsa lain adalah binatang. (Manakala) bangsa Yahudi kita boleh bekerjasama kerana Nabi Muhammad (S.A.W) juga menjalankan kerjasama bersama mereka.
Kita boleh berniaga dengan mereka tapi dengan zionis tak boleh," kata Hadi.

“Pendekatan kita, kita boleh berniaga bekerjasama dengan orang bukan Islam," tambah beliau.

Jawapan Hadi itu dijangka mengapikan semula perbahasan mengenai pendirian Pakatan Rakyat terhadap hubungan Malaysia-Israel jika pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan.

Jawapan Hadi seolah-olah menghalalkan hubungan tidak rasmi antara Malaysia dan rakyat Israel yang boleh mencakupi sektor perdagangan, sukan dan lain-lain, asalkan tidak membabitkan hubungan diplomatik rasmi.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan Israel boleh diiktiraf sebagai negara merdeka jika rejim itu bersedia menghormati hak rakyat Palestin.

Bagaimanapun Mursidul Am Pas Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menolak sebarang bentuk pengiktirafan untuk Israel malah menganggap negara itu sebagai haram.

Berucap di majlis makan malam bagi mengutip dana untuk pilihan raya umum ke-13 di Pusat Konvensyen Shah Alam malam tadi, Hadi sekali lagi menggariskan kesediaan parti itu bekerjasama dengan bukan Islam malah meletakkan mereka sebagai calon pada PRU 13.

Bagaimanapun pemimpin bukan Islam di dalam Pakatan mahupun Pas harus menerima perjuangan Pas jika mahukan sokongan parti itu.

"Dewan ulama kita (Pas) telah buat keputusan untuk meletakkan calon bukan Islam dalam pilihan raya akan datang."

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Muslimat Pas Zailah Mohd Yusof, Timbalan Dewan Muslimat Pas Dr Mariah Mahmud dan pimpinan Pas pusat yang lain.

PengundiBaharu: "I support all effort to protect the security of the state of israel" - Anwar Ibrahim

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...